Posted by: duniaherbahpa on: 3 Oktober, 2006
1. PENGASAS YANG BERWIBAWA
•Diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad pada tahun 1987, pada ketika itu, dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida (PTA).
•Latar belakang Tn Haji Ismail Ahmad:
•Lulusan Sarjana Muda Sains (Botani) Universiti Pertanian Malaysia
•Pernah berkhidmat sebagai pegawai di Lembaga Pertubuhan Peladang
•Mewarisi kepakaran ilmu herba daripada keluarga
•Datuk beliau adalah salah seorang pakar herba terkenal di Perlis
2. MENDOKONG EKONOMI UMAT ISLAM
•15 Julai 1995 (1 Ramadhan) – HPA Industries Sdn Bhd ditubuhkan. Dimiliki oleh 100% bumiputera Muslim.
•1997 – Al-Wahida Marketing Sdn Bhd ditubuhkan – anak syarikat yang mengendalikan pemasaran produk HPA secara MLM.
•Dianggotai oleh beberapa graduan Muslim daripada pelbagai bidang kelulusan seperti lulusan ekonomi, perakaunan, sains komputer, pertanian, pengurusan dan lain-lain.
•Hampir 200 pekerja yang kesemuanya beragama Islam – HPA memberi nafkah kepada hampir 200 keluarga orang Islam.
•Satu-satunya syarikat MLM milik umat Islam yang telah bertahan melebihi 10 tahun.
•HPA memiliki kilangnya sendiri di Perlis dan Kedah.
3. MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN
•Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia
•Lulus 4 jenis ujian yang diwajibkan sebagai syarat untuk mendapat sijil kelulusan iaitu:
4. AMALAN PENGILANGAN TERBAIK
•Kilang HPA mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
•Kawalan mutu dan kebersihan yang ketat serta kualiti dan kebersihan produk dijamin
5. PRODUK DAN PERNIAGAAN BERLANDASKAN SYARIAT
•Produk suci, bersih dan berkesan, dibuat oleh tangan orang Islam – 200 pekerja muslimin dan muslimat.
•Produk herba HPA tidak meninggalkan kesan sampingan malah boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas.
•Semua pekerja diwajibkan berwuduk sebelum memasuki kilang untuk memulakan kerja.
•Setiap pagi (pukul 10.00 pagi), pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas.
•Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil, tiada keraguan dan tiada perangkap. Mendapat pengikitirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultasi Muslim Indonesia.
•Tidak terlibat dengan riba’ – HPA tidak meminjam wang daripada institusi kewangan.
•Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100%-dikeluarkan oleh Halal Gel Sdn Bhd
•Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM.
•Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.
6. MEMPERKENALKAN KONSEP PERUBATAN JAWI
•Pendekatan yang digunakan bersumberkan sumber Ilahiyah dan Alamiah (herba).
•HPA memiliki sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang dikenali sebagai ‘Pusat Penyelidikan Perubatan JAWI’ dalam mengeluarkan perawat terlatih.
•HPA bukan sahaja hanya mengeluarkan produk herba, tetapi turut menyediakan kursus-kursus perawatan seperti bekam al-hijamah, akupunktur, urut reflekslogi, kiropraktik dan urutan limfatik.
Assalamualaikum, saya sudah berkahwin hampir 3 tahun dan masih lagi tidak dikurniakan zuriat. apakah herba yang disyorkan untuk meningkatkan kesuburan?
Untuk pengetahuan saudara, sekarang ini saya amalkan kopi radix, herga tuju angin, radix, omega-3 kapsul, roselle kapsul dan coscinium plus untuk resdung.
Salam,
Anak saya mengalami migrain dan keadaannya akan menjadi teruk terutamanya apabila waktu peperiksaan (belajar di IPT)atau dalam cuaca yang agak panas. Apakah produk yang sesuai untuk dia mengatasi masalah ini
Terima kasih.
bolehkah tuan/puan cadangkan apakah produk yang perlu diambil bagi penghidap penyakit Endometrosis
kalo buat rawatan reflexology, sakit dibahagian tumit sebelah kaki kanan, sakit apa tu? t.kasih
sori, salah kaki, kaki kiri.
askum..
sy ingin tahu sejauh mana kejayaan pihak HPA dlm kes-kes penyembuhan penghidap asma
sy punya teman (wanita) – sekitar awal 30an yang menderita penyakit lelah/asma yang kerap bergantung kepada ubatan hospital. asmanya bermula bukan sejak lahir dan beliau kini memiliki seorang anak perempuan (2 tahun) yang juga mewarisi penyakit penat ini
apakah nasihat dan panduan yang pihak tuan boleh berikan berdasarkan kejayaan SEBENAR yang pernah pihak tuan lalui..
terima kasih
ariff, s. jaya, PP
Assalamulaikum,
Masalah saya tentang keputihan sudah berlarutan lebih kurang 5 tahun walaupun saya sudah ada anak 3 orang , saya sudah pergi jumpa doktor pakar tentang masalah ini tapi masih seperti itu juga …saya harap pihak tuan
dapat menberi pertua tentang perubatan hpa ini.macamana nak mengubati penyakit keputihan ini.
sekian..
saadiah.
salam…
utk cik ayu, mengikut apa yg saya tahu, sakit di bahagian tumit kaki sebelah kiri bermakna anda kemungkinan mempunyai masalah di bahagian rahim kiri. sekiranya anda mempunyai masalah spt senggugut/ rahim jatuh/ atau apa2 saja masalah di bahagian berkenaan, saya cadangkan anda membuat rawatan lanjutan serta mengamalkan paramaria, omega gel, shark cartilage, dan herba senggugut. selain itu selalu amalkan refleksologi kecuali ketika hamil.
saya nak tanya..apakah social responsibility yang dibuat oleh syarikat ini?
salam..
bagaimana syarikat ini menjalankan social responsibility?adakah syarikat anda melakukan social responsibility?
Assalamualaikum,
jiran saya mengalami batuk yang berterusan, hampir 3 bulan. Batuknya tidak berkahak, kerongkong pedih dan gatal. Saya ada mencadangkan dia untuk menggunakan produk herba. dia menolak kerana katanya herba itu panas. Apakah produk herba HPA yang sesuai untuk dia, dan bagaimana saya boleh meyakinkan dia yang herba HPA ini tidak memudaratkan dia seperti yang disangkanya panas itu. Dia juga ada resdung.
salam,apakah product yg sesuai utk saya gunakan utk menghilangkan keletihan apabila penat bekerja selama lebih 12 jam setiap hari,saya hanya minum kopi radix setiap pagi alhamdulillah agak bertenaga,tetapi apakah yg perlu ditambah,juga berat badan saya bertambah disebabkan suka makan malam.terima kasih
soalan:
1. saya menghadapi masalah kelemumur yang berkeping-keping yg menyebabkan kepala saya gatal.
2. anak perempuan saya berusia 9 tahun mempunyai kulit yg kering.
produk apa yg boleh saya ambil. terimakasih.
saya pengidap sakit buasir sejak tahun 2002.setiap kali selepas membuang air besar saya akan berasa sakit di bahagian dubur dan kadang-kadang sampai berdarah kerana ia terkeluar sedikit.apakah produk HPA yang sesuai untuk saya amalan bagi mengatasi masalah ini.
saya mengalaim penyakit resdong yang mungkin pada peringkat permulaan kerana setiap pagi saya akan bersin berkali-kali dan hidung selalu rasa tersumbat, tidak selesa,berair dan kadang-kaddang gatal-gatal.saya juga alah dengan bau masakan yang sedang dimasak di dapur. apakah produk hpa yang sesuai untuk saya.
Saya baru 6 bulan berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.Saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tentu sejak zaman dara lagi.Kini saya sedang usaha untuk mencari produk HPA yang bersesuaian dengan masalah saya.Saya juga ada mengalami sengugut tetapi tidaklah teruk.Bolehkah pihak HPA sarankan produk apa yang sesuai?Apakah ada perkhidmatan berurut bagi wanita seperti saya ni?sebab saya juga ingin berurut sebagai salah satu usaha mendapatkan zuriat.
Terima kasih..
saya ingin menjalankan urus niaga dengan HPA terutama dalam memasarkan tumbuhan herba yang di dikehendaki oleh HPA mengikut syarat oleh HPA.
saya harap pihak HPA dapat memberi sebarang ulasan.
asalamualakum,
saya ingin brtanya,apakah ubat penyakit gout yang terdapat di HPA.dah bermacam2 produk yang saya cuba tapi masih tidak berkesan.kadang2 bila saya makan apa yang disarankan itu membuat sakit saya bertambah2.kadang2 kata mereka bahawa itu hanya mengeluarkan penyakit dulu baru tempoh penyembuhan.penyakit yang saya alami lebih dari 10 tahun sudah.minta pendapat dan penerangan dari pihak tuan agar saya dapat manapaat yang berguna.buat masa ini saya amalkan makan pelawas dan tuju angin seperti yang di sarankan ahli di kawasan ranau.
20 November, 2006 pada 4:40 am
Assalamualaikum, saya ingin tahu herba rawatan untuk rambut yg gugur.