Dunia Herba HPA

Artikel – Tumbuhan Penawar Penyakit

Posted on: 6 Oktober, 2006

Tumbuhan Penawar Penyakit

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu
pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu
dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran
ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi
tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun
demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta
memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa
itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan
tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk
manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan
ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
* Madu boleh mengeluarkan racun
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh
dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak
berbau busuk
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh
atau menyebabkan penyakit.
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
* senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

* Penyakit kulit
* Terbakar
* Jerawat
* Gatal-gatal
* Luka
* Kanak-kanak lumpuh
* Kurap
* Sakit gigi
* Sakit mata
* Sakit jantung
* Selesema

BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di
mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah
keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di
atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang
fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda
SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari
syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak
berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan
buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi
Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya
selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:

* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun
untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam
berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk
melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

KHASIAT BUAH ZAITUN

Antara khasiat buah zaitun ialah:

* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.

KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam
sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat
ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi
sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar,
insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan
santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.
Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua
dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun
sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

HABBAH AS-SAUDA

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya
; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala
penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam
kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim
tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di
India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya
berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh
dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh
dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang
harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati
bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah
penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu
bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak
lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin,
Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya
menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat
manfaat dari penggunaannya.

3 Respons to "Artikel – Tumbuhan Penawar Penyakit"

[...] Artikel – Tumbuhan Penawar Penyakit « Dunia Herba HPA [...]

assalammualaikum,
sy br sahaja menjadi ahli ingin menanya di dalam kit niaga terdapat 2 ubat yg boleh digunakan dalam rawatan tumor iaitu spirulina dan minyk ikan yu..yg mn satu daripada ubat itu yg paling disyorkan?

Salam Syafiq, produk herba HPA utk rawatan tumor:

1. Omega 3 softgel
2. Shark cartilage
3. Herba rebusan Fisalin B
4. Kopi Radix

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: