Dunia Herba HPA

D’DET, D’KARM & D’DEU

Posted by: duniaherbahpa on: 16 Oktober, 2006

kd01.gif

D’DET @ D’TORK

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah. Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 kapsul per botol) :
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos :

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

dkarm.gif

D’KARM

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :

Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

 ddue.gif

D’DEU @ D’HEAT

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Harga :

Semenanjung : RM75 setiap botol

Sabah/Sarawak : RM85 setiap botol

12 Respons kepada "D’DET, D’KARM & D’DEU"

Mengapa Di Indonesia kami tak bisa mendapatkan produk D’Det, D’Karm dan D’deu? Padahal itu bisa menjadi alternatif pengembangan potensi pasar kami selain menggunakan Kopi Pra-Campuran Radix.

En Yuli, produk 3 D (D’Det, D’Karm dan D’deu) memang masih belum dipasarkan di Indonesia. Mungkin pada masa akan datang pihak HPA akan memasarkannya. Harap bersabar.

saya mempunyai berat atas 60kg dan saya ingin menghilang kebuncitan perut selepas bersalin anak no.3,apakah herba yg patut saya ambil?

Pn Salinah, anda boleh gunakan barut berherba. Sapu dgn minyak but-but di bahagian perut dahulu sebelum guna barut tersebut. Untuk amalan seharian, minum Teh Asiatica Plus 2 kali sehari. Boleh juga amalkan Stoma K. Ambil dos 2 biji pagi, 2 biji malam. Sebaik-baiknya kawal pemakanan harian. Elakkan makan berat selepas pukul 8 malam. Digalakkan makan malam antara jam 6-7 petang. Diharap ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

askum…bagaimana cara pemakanan utk ketiga produk ini…

Wslm, pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Saya mengalami masalah ruam kulit yang serius. Ia kemerah2an dan timbul sprti kena gigit semut d seluruh badan terutama peha dan bhg blakang badan & sgt gatal. Jika d klinik doktor hanya akn memberi ubat & anti biotik, mmg hilang tapi akn timbul balik jika berhnti ambil ubat jd smpi bila sy nak ambil ubat saja?? Tolong syorkan saya herba apa yg perlu dan berkesan sy ambil, krn dah bnyk ubat yg saya cuba tp tak brp brkesan. Mgkinkah ini juga d pggil resdung?

Cik Watie, utk masalah kulit, anda boleh cuba gunakan Tea Tree Oil Cream. Sapu pada kulit yg bermasalah. Utk amalan herba, anda dicadangkan mengamalkan Teh Herba (2x sehari), Mega 3 Kapsul (2×2) dan Evergreen Centella (2x sehari). Boleh juga gunakan Sabun Asiatica untuk mandian. Antara gejala resdung ialah:

* HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selsema berpanjangan.
* MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
* MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
* BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
* KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
* MULUT nafas berbau, sakit gigi.

Jika gejala resdung di atas berlaku pada anda, mungkin anda mempunyai masalah resdung. Cuba amalkan produk utk masalah kulit yg dicadangkan terlebih dahulu. Semoga Allah menyembuhkan penyakit anda. Amin!

saya menghadapi masalah berat badan berlebihan krn sebelum bsalin berat saya cuma 46-48kg tp selepas bsalin berat badan meningkat hingga 60^, ia menyebabkan saya cepat penat, sakit kaki, & tak selesa..disamping tu perut pun membuncit..badan saya menjadi lebar..ada tak penyelesaian yg baik utk saya menurunkan berat saya..tq

pada bahiagian mata saya…sekitar kelopak mata..terdapat bintil bintil kecil yg bykk..sesetengah orang mengatakan akibat kndungan kolestroll yang tinggiii..betulkah?adakah 3d ini amat sesuai bg masalah ini?

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)