Dunia Herba HPA

Kordial Kurma Madu

Posted by: duniaherbahpa on: 20 Oktober, 2006

kord-kurma.jpg

Kandungan Utama:
Kurma
Madu Lebah

Kepentingan Jus Kurma:

  1. Kurma memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.
  3. Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.
  4. Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.
  5. Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.
  6. Penawar untuk masalah insomnia.
  7. Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.
  8. Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan redakan tekanan darah tinggi.
  9. Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.
  10. Melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah dan merawat buah pinggang.
  11. Fiber semulajadi yang mengelak kanser kolon.
  12. Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.
  13. Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.
  14. Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.

Penggunaan:
Boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.

“Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga”

Harga: RM15.00 Semenanjung Malaysia

Kuantiti : 1 Liter

4 Respons kepada "Kordial Kurma Madu"

Saya nak tahu apa kesannya terhadap kanak2 hiperaktif sekiranya mereka diberi minum jus kurma nih….sbb penerangan ttg jus kurma ni ada menyatakan ianya disyorkan utk kanak2 hiperaktif? adakah tingkah laku mereka akan dapat dikawal? apa pula kesan jangka panjangnya? Terima kasih

Salam Pn Siti, pengamalan kordial ini sangat baik utk mengawal tingkahlaku anak-anak yg hiperaktif. Selain itu, bantuan ibu bapa dan orang sekeliling juga penting dlm kes anak-anak hiperaktif. Gabungan perubatan dan terapi adalah cara terbaik bagi masalah ini. Produk ini tidak meninggalkan kesan buruk utk jangkamasa panjang atau pendek.

Sedikit info ttg hiperaktif:

Simptom hiperaktif dapat diperhatikan sejak kanak-kanak itu berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan jelas dapat dilihat sebelum usia 6 tahun…

Antara simptom yang dipamerkan termasuklah tidak dapat duduk diam, sentiasa berada dalam keadaan bergerak (sama ada berjalan ataupun berlari). Tidak dapat bermain dengan senyap, banyak bercakap, tidak sabar menunggu giliran untuk berbuat sesuatu, mengganggu perbualan dan permainan orang lain. Melakukan sesuatu mengikut desakan dalam atau gerak hati. Kanak-kanak ini akan mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti. Kesukaran melakukan tugas yang berulang-ulang (kecuali jika aktivitinya menarik).

Sebenarnya, banyak daripada simptom yang disenaraikan di atas itu dipamerkan oleh kanak-kanak normal. Namun bagi kanak-kanak ADHD, ia terlalu kerap berlaku. Simptom itu dipamerkan dalam pelbagai keadaan sama ada di rumah di sekolah ataupun di rumah orang lain yang dilawati. Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak itu menyebabkan pencapaian di sekolah tidak cemerlang, bermasalah menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan sebaya, malah dilihat sebagai pengacau. Antara kesan jangka panjang ADHD adalah gangguan kecemerlangan pencapaian akademik, kejayaan dalam pekerjaan dan perkembangan sosial serta emosi.

Info ini dipetik dari web ini >> http://akudandia.com/modules/smartsection/item.php?itemid=43 . Selamat mencuba!

Saya ingin mengetahui ape khasiat dan kesannya pada kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit (ekzema). anak saya mengalami gatal-gatal, bernanah dan merah pada kulitnya.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)