Dunia Herba HPA

Air Mineral HPA

Posted by: duniaherbahpa on: 2 Disember, 2006

air-hpa.JPG

Air Mineral HPA merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air penawar semulajadi ini dapat membantu:

  1. Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh
  2. Meningkatkan stamina tubuh
  3. Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen
  4. Membina dan menguatkan tulang dan gigi
  5. Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah
  6. Membersih serta melancarkan sistem penghadaman
  7. Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh
  8. Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS:294ml/l) dan pH 7.9

Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Mineral HPA ini ialah:

Kalsium

Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan system imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bacteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bacteria.

Magnesium

Tugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.

“Kandungan mineralnya antara yang terbaik selepas air zam-zam” 

Isipadu : 600ml, Harga: RM1.30

Isipadu: 1500ml, Harga:RM2.50

10 Respons kepada "Air Mineral HPA"

assalamualaikum..
bole detail kan khasiat air mineral ni

Waalaikumussalam cik Nurull, ini penerangan ttg khasiat Air Mineral HPA.

Tahap dan kualiti kandungan mineral air ini diukur dalam skala miligram per liter (mg/l) bagi Jumlah Pepejal Terlarut atau lebih dikenali sebagai TDS (Total Dissolved Solid). Tahap piawaian antarabangsa TDS yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) ialah 250mg/l. Namun, bacaan TDS untuk air mineral ini ialah 294mg/l, yang mana secara jelasnya ia telah melepasi tahap piawaian tersebut.Sehingga kini di Malaysia, tiada lagi air berbungkus (dibotolkan untuk pasaran) yang mempunyai tahap TDS tersebut melainkan air yang diperolehi dari telaga di Sungai Gau ini.

Harga ahli berape?

Utk menjadi ahli HPA, anda boleh mendaftar di ruangan http://duniaherbahpa.wordpress.com/pendaftaran-ahli/ . Yuran hanya RM 20 sahaja seumur hidup. Harga ahli utk air mineral HPA ini ialah seperti berikut:
1. Isipadu: 600ml, Harga Ahli: RM1.00
2. Isipadu: 1500ml, Harga Ahli: RM2.00

Wassalam.

Assalamualaikum, saya seorang ahli dan sudah membuat agak banyak pembelian. Saya sudah mengumpul mata yang sudah mencukupi lebih 50 mata untuk melayakkan memerima bonus. Itu yang dikatakan oleh kawan saya (pencadang saya). Soalnya saya tidak mempunyai akaun bank islam. Soalannya adakah saya tidak akan menerima bonus atau apa2 ke? Saya sudah menyertai HPA sejak bulan Februari 2007 tapi belum menerima apa2 intensif, ini melemahkan semangat niaga saya. harap dapat penjelasan

Waalaikumussalam Cik Husna, bonus bulanan HPA diberi melalui 2 cara samada melalui Bank Islam atau cek dalaman/cek Bank Islam. Utk kes anda, bonus HPA akan dipos kepada anda dalam bentuk cek dalaman. Cek ini anda boleh tukarkannya utk membeli produk yg seterusnya (seperti voucher).

Utk bonus kurang dari RM 50, bonus diberi dalam bentuk cek dalaman. Bonus melebihi RM 50, Cek Bank Islam akan diberi. Bonus yang akan di bank in terus ke akaun Bank Islam adalah utk bonus melebihi RM 50 atau RM 100. Anda boleh pilih samada ingin terima Cek Bank Islam atau HPA terus bank in ke akaun Bank Islam anda. Harap jelas dengan penerangan ini. Atau anda sendiri boleh rujuk kepada staf cawangan HPA jika mempunyai masalah berkenaan bonus ini. Wassalam.

Assalamualaikum,
Saya Zuraini Ibrahim, no. ahli 242344. Saya telah menjadi ahli lebih kurang 3 tahun, masaalah sekarang saya tidak mendapat sabarang katalog cuma mendapat nombor ahli sahaja. Bagaimana saya boleh mendapatkan katalog produk HPA? Bolehkah saya semak NM melalui laman web HPA?

Waalaikumussalam Pn Zuraini, sepatutnya apabila anda mendaftar sebagai ahli HPA dengan bayaran RM 20, anda akan mendapat Kit Niaga HPA yang mana di dalamnya terkandung semua katalog produk HPA. Untuk mendapatkan katalog ini, anda harus membeli semula kit niaga HPA di cawangan HPA atau stokis yang berhampiran. Mengenai semakan NM melalui laman web, buat masa ini HPA belum menyediakan perkhidmatan sedemikian. Nasihat kami, jadikan invois pembelian anda sebagai rujukan untuk menyemak NM semasa anda. Wassalam.

husna mohamad : untuk mendapat bonus kita perlu membeli 50nm sekurang2nya dalam masa sebulan. jadi jika belian saudara 50nm itu dalam masa 3 bulan ia tidak layak mendapat bonus. untuk mendapat bonus saudari perlu buat belian 50nm dalam masa sebulan iaitu misalnya MEI: 1 mei 2007 hingga 31 mei sahaja perlu 50nm. Cuma NM itu terkumpul utk kenaikan pangkat PLX 20%

drp mahadi: hpa rusila group. http://rusilagroup.com.

nota: mohon maaf webmaster duniaherbahpa. saya banyak mengunakan link saudara dalam website saya. saya terlalu sibuk utk buat website sedetail saudara

Terima kasih kepada En Mahadi kerana memberi sedikit penerangan berhubung masalah Pn Husna.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)