Dunia Herba HPA

Madu Asli

Posted by: duniaherbahpa on: 5 Disember, 2006

madu.jpgMadu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga :

Semenanjung : RM23

Sabah/Sarawak : RM27

4 Respons kepada "Madu Asli"

maaf bertanya. Bagaimanakah kita boleh mengetahui sama ada ianya madu asli atau sebaliknya? terima kasih

En Kamarudin, anda boleh mencuba cara ini untuk menentukan sama ada madu itu asli atau tidak. Caranya ialah dengan menitiskan beberapa titis madu ke atas pinggan. Kemudian letakkan sedikit air di atas permukaan titisan madu tersebut. Goncang/kacau/gerakkan ikut arah lawan jam secara perlahan-lahan sehingga campuran madu dan air tersebut membentuk corak heksagon. Jika corak ini muncul, ianya membuktikan bahawa madu tersebut asli. Jika tiada corak, maka berkemungkinan madu tersebut sudah dicampur dgn bahan lain.

Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki. Sekali lagi bagaimana cara pengambilan madu asli. Sebagai stokist saya rasa tidak wajar jika saya memberikan cara pengambilan pada para pembeli saya tanpa mengikut aturan yang betul.

Pn Zalifah, cara terbaik mengamalkan Madu Asli HPA:

1. Letak 1 sudu Madu Asli dahulu kemudian campur air satu cawan. Cara ini baik untuk menurunkan panas dalam badan seperti demam.
2. Letak air dahulu kemudian letak 1 sudu Madu Asli HPA. Cara ini baik untuk mendapatkan tenaga segera (instant energy) dan mengatasi masalah suhu badan yg sejuk.

Utk tujuan menambah tenaga dan kesuburan, guna cara kedua. Radix kapsul amalkan 2 biji pagi 2 biji malam.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)