Dunia Herba HPA

Artikel Mengenai Berbekam

Posted on: 22 Mac, 2007

أن النبي صلى الله عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسل

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim

Dalam sesetengah tariq hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.

Hadith-hadith lain

Dia (Anas) berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.
Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku: Wajib bagimu wahai Mohd untuk berbekam.”

Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.
Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi saw

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari

APA ITU BEKAM (Al-Hijamah) 

Teknik pengobatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin – toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.

Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia, sebab itu banyak toksid / racun berkumpul . Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

FAKTA BEKAM

A. Jenis Bekam
Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu Berbekam

Berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam 

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. 
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. 
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang. 

About these ads

28 Respons to "Artikel Mengenai Berbekam"

Ya,ini bekam bagus sekali,karena tanpa efek samping dan dijamin manjur. Saya baru saja berbekam dan langsung merasakan khasiatnya. Badan terasa lebih bugar, kepala lebih ringan, tidak mudah letih dan nyaman gitu.

Awalnya saya liat di tv cara pengobatan nabi ini,karena saya tidak tahu harus kemana mencari ahli bekam maka nita berbekam saya urungkan. Tapi setahun kemudian ada temen yang kasih tahu,dimana ahli bekam yang bisa dihubungi,akhirnya saya hubungi,dan dia datang kerumah…langsung deh di bekam…ini pengalaman bekam saya yang pertama…mantap laahhhh….coba aja..jangan takutt…enaakk kok….masalah tarif murah kok…bibanding sehat yang kita dapatkan….

Ya,ini bekam bagus sekali,karena tanpa efek samping dan dijamin manjur. Saya baru saja berbekam dan langsung merasakan khasiatnya. Badan terasa lebih bugar, kepala lebih ringan, tidak mudah letih dan nyaman gitu.

Awalnya saya liat di tv cara pengobatan nabi ini,karena saya tidak tahu harus kemana mencari ahli bekam maka nita berbekam saya urungkan. Tapi setahun kemudian ada temen yang kasih tahu,dimana ahli bekam yang bisa dihubungi,akhirnya saya hubungi,dan dia datang kerumah…langsung deh di bekam…ini pengalaman bekam saya yang pertama…mantap laahhhh….coba aja..jangan takutt…enaakk kok….masalah tarif murah kok…bibanding sehat yang kita dapatkan….

Salam Gajah Oling, terima kasih kerana memberi komen dan sama-sama mempromosi agar semua org berbekam. Saya juga telah melakukannya. Kesannya memang baik. Badan terasa ringan dan lenguh badan juga berkurangan.

Salam Gajah Oling, terima kasih kerana memberi komen dan sama-sama mempromosi agar semua org berbekam. Saya juga telah melakukannya. Kesannya memang baik. Badan terasa ringan dan lenguh badan juga berkurangan.

a’kum
saya ingin tahu mengenai pusat rawatan bekam yang berada disekitar gombak, bagaimana untuk menghubunginya dan costnya

thank you

Wslm En Kamaruddin, anda boleh cuba hubungi En Rahmat (Puchong), 013-3564353 terlebih dahulu. Sila ajukan pertanyaan kepada beliau jika beliau boleh ke tempat anda memandangkan beliau mengadakan perkhidmatan rawatan bekam ke rumah. Selain itu, anda boleh hubungi HPA cawangan Gombak utk mendapatkan contact no perawat bekam di kawasan Gombak.
HPA WILAYAH GOMBAK,
NO 45 JALAN SG 3/19,
PUSAT BANDAR SERI GOMBAK,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR D. EHSAN
TEL : 03-61881433
Wassalam.

Amalan bekam telah saya amalkan selama 7 tahun. Alhamdulillah terlalu banyak keberkatan dan keajaiban mengamalkan sunnah nabi tsb. Ribuan pesakit gout, migrain,diabetic, athma, reumatism, lenguh, kebas, lumpuh, stroke, catarac, resdung, sakit pinggang, sakit belikat, sakit leher,salah tidur, sukar tidur, tension dan sebagainya telah sembuh. Tuan/puan yang berminat boleh kunjungi klinik saya di 75, Jln Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, Ipoh, Perak. Hubungi Dr Saparudin 012-5320275 atau Dr Nurlinah 012-4521737 untuk temujanji. Terima kasih.

Tahniah kepada HPA kerana mempromosi dan mengamalkan amalan bekam yang penuh keberkatan. Semoga Allah memberkati usaha murni tuan.
Terima kasih.

Assalamualaikum Tuan/Puan yang berada di Negeri Sembilan yang berminat dengan rawatan bekam boleh menghubungi Pn Nurulhuda 019-6786881 dan En Junaidi 019-2890971 atau 06-4581033. Lokasi kami di Bandar Seri Jempol ( Bandar Baru Serting ) Negeri Sembilan. Terima Kasih.

Bekam….memang besst gilee…..lama dah mencarik…baru2 ni g Pekan Fest pahang…ada lak Bekam..apa lagik cuba laa….dah bukak baju baru rasa takot tu ada..al-maklum la bila nampak pisau kan…tapi pas kena toreh tu…tak rasa sakit sebab die dah pam dulu pakai cawan khas tok bekam kan….cuma geli jek…heheehhe…

tapi Bekam mmg bagus…cuba la…..!!!

Salam Lin_blur, terima kasih atas perkongsian pengalaman anda menjalani rawatan bekam. Wassalam.

Saya berada di Bandar Kuala Terengganu.ingin berbekam .Kepada siapa yang boleh saya hubungi.
2.Bagaimana ingin menjadi pengedar Hpa

Salam Abu Aiman, anda boleh mendaftar sbg pengedar HPA melalui rangkaian kami di laman web ini. Sila ikuti arahan di link ini: http://www.duniaherbahpa.com/daftar-ahli-hpa . Utk mendptkan contact no pengedar HPA yg melakukan rawatan bekam di Terengganu, sila hubungi cawangan HPA Terengganu. Anda boleh dptkan nombornya dgn menghubungi pihak HQ HPA, 04-9776805. Wassalam.

bekam ubatan tradiosional diamalkan dari zaman nabi lagi. kenapa mesti kita takut . saya dah mencuba nya 3 kali dalam tahun ni je. kini sakit2 sendi hpt dah tak de lagi

memang best…ada gak saya cuba bekam ni tapi yang kering jer sebab baru semalam aku beli alat dia…tapi semalam bini aku sampai tertidur membekamkan aku…heheh best laa bekam ni …rugi OOoooo kalau tak cuba…hehehheeh

Alhamdulillah! saya pun tak terfikir tentang perubatan ini. Penyakit yang saya tanggung lebih 20 tahun..hilang serta merta setelah mengamalkan perubatan ini.

Salam Fadzil, Alhamdulillah syukur. Semuanya berlaku dgn izin Allah. teruskan mengamalkannya.

Saya berada di Alor Setar, Kedah ingin mendapatkan rawatan berbekam. Kalau boleh bekam lintah. Kepada siapa yang boleh saya hubungi.

Saya Abdul Hamid Haroon bertugas di USM Pulau Pinang, saya ingin mengikuti kursus berbekam, dimanakah kursus tersebut akan di adakan di kawasan utara bagi tahun 2009. Saya adalah ahli HPA, saya juga ingin di bekam, dimana pusat berbekam yang terdekat? Terima Kasih

a,kum. saya tinggal di penang( pulau).saya tertarik dengan kaedah berbekamni tapi dimana pusat berbekam yang dekat dengan saya?

Assalamualaikum,

Saya juga telah menjalani berbekam ini di HPA Nilai dan saya rasa ia amat baik sekali, terasa ringan badan dan kepada sesiapa yang tinggal di kawasan Sentul yang berbekam dari rumah ke rumah boleh hubungi saya:
ZAINAL ABIDIN BIN ABU BAKAR
H/P: 0133499143
Sekian, Wassalam.

SEDIA BERTANDANG KE RUMAH ANDA

Saya telah mula menjadi perawat bekam mulai 2003. Kini sedia memberikan rawatan pada mereka yang tinggal sekitar DAERAH KINTA termasuk Ipoh, Chemor, Ulu Kinta, Batu Gajah, Tronoh. Saya tinggal di :

LOT : 2926 Kg. Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh.
(berhampiran dengan masjid Dr. Nazrin Shah)

TELEFON / SMS : 0125413743
DARUL RIDZUAN BIN HJ ABD WAHED

Saya adalah ahli HPA sejak beberapa tahun lalu. Kad ahli saya telah hilang dan saya lupa no ahli saya. Ini menyulitan urusan pembelian produk HPA. Bagaimana nak mendapatkan kad ahli baru. Mykad 460304-04-5177

salam,

nak tanya rawatan bekam di bangi, ada x?

Saya ingin bertanya dimana saya boleh melakukan berbekam di Alor Setar. TQ.

salam,

tolong beritahu saya dimana saya boleh berbekam sekitar pasir gudang dan kota tinggi, johor.

terima kasih

assalamualaikum,

saya nak tanye boleh ke pasakit kencing manis buat bekam darah..??
kerana takut luka dari bekam darah boleh membahayakan pesakit..

Salam,

Saya ingin mendapat rawatan berbekan di sekitar Kuala Terengganu atau Marang
yang mempunyai juru bekam perempuan yang berpengalaman dan menggunakan alat bekam yang di steril. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: