Dunia Herba HPA

EQ Minda

Posted on: 3 Oktober, 2006

PENGENALAN

eq-minda1.jpgEQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

  • 35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
  • 20% DV bagi magnesium
  • 15% DV bagi phosphorus
  • 13% DV bagi riboflavin
  • 8% DV bagi kalsium
  • 6% DV bagi iron dan zink
  • 4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).

Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.

Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Penggunaan EQ Minda:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari

Harga: Semenanjung Malaysia RM 50

Advertisements

28 Respons to "EQ Minda"

apakah cara untuk mengambil EQ-minda ini? adakah hanya dengan minum begitu sahaja atau boleh dicampur dengan air suam dan sebagainya. apakah sukatannya?

apakah cara untuk mengambil EQ-minda ini? adakah hanya dengan minum begitu sahaja atau boleh dicampur dengan air suam dan sebagainya. apakah sukatannya?

En Azeezoo, cara mengamalkan EQ Minda adalah dengan mencampur 2 sudu EQ Minda dengan air kosong, kacau arah lawan jam, baca doa, selawat 3 kali dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

En Azeezoo, cara mengamalkan EQ Minda adalah dengan mencampur 2 sudu EQ Minda dengan air kosong, kacau arah lawan jam, baca doa, selawat 3 kali dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

sesuai utk pelajar IPT x? ke..pelajar yg masih kanak2?

sesuai utk pelajar IPT x? ke..pelajar yg masih kanak2?

Salam Cik Ira, EQ Minda ini sesuai diamalkan oleh semua golongan pelajar dan org dewasa.

Salam Cik Ira, EQ Minda ini sesuai diamalkan oleh semua golongan pelajar dan org dewasa.

boleh di berikan kpd kanak2 berumur 1 tahun ke atas tak.

boleh di berikan kpd kanak2 berumur 1 tahun ke atas tak.

Salam Pn Nurul, EQ Minda boleh diamalkan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas. Digalakkan agar dicampur dengan air dan minum tiap-tiap pagi sebelum sarapan.

Salam Pn Nurul, EQ Minda boleh diamalkan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas. Digalakkan agar dicampur dengan air dan minum tiap-tiap pagi sebelum sarapan.

Boleh ke EQ minda ini dicampurjan dengan susu bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahum. dan boleh ke EQ minda ini diberi kepada bayi yang belum mencapai usia 1 tahun.Terima kasih

Salam

Produk EQ Minda boleh dimakan oleh ibu mengandung tak? Adakah produk ni menaikkan suhu badan (rasa panas)?

Salam Aslinah, seeloknya dicampur dgn air kosong dan diberi kpd kanak2 berusia setahun ke atas.

Salam Kak Tisah, EQ minda sgt elok diamalkan oleh ibu hamil. Ia tidak menaikkan suhu badan. Amalkan bersama spirulina dan mega 3 kapsul.

kenapa produk tidak disertak quntity per unit seprti berapa ml pada harga produk tersbut?

[…] Oktober 16, 2008 EQ MINDA – Bantu perkembangan minda anak-anak Posted by go4halal under Uncategorized   EQ Minda […]

nak tau juga adakah ibu hamil yg mengalami kurang darah boleh minum eq-minda ini dan apakah kesannya apabila diamalkan.ada tak testimoni untuk mengenainya?tk

boleh tak kalau diberi terus kepada kanak kanak tanpa dicampu dgn air? Berapa kandungan sebotol?

salam,sy telah membeli produk e q minda ini,boleh tak sy tahu dlm masa brapa lama kita dpt rasa kesan perubahan yg berlaku pd minta kita

salam,sy telah membeli produk e q minda ini,boleh tak sy tahu dlm masa brapa lama kita dpt rasa kesan perubahan yg berlaku pd minda kita

salam, boleh ke eq minda diberi tanpa campuran air? berapa ml air yang diperlukan untuk 2 sudu kecil eq minda?

sesuai tak kalu utk kanak2 bwh 1 thn?

saya dari Negara Brunei Darussalam. Bolehkah saya mendapatkah EQ Minda ini di Brunei, Miri atau Sabah dan tolong nyatakan alamat dan contact numbernya.

As’kum saya nak tahu boleh ker kalu pregnant 7weeks amek Eq Minda?

Salam…blh sy tau produk eq minda ini akn memberikan kesan sampingan seperti mengalami sukar tidur(insomnia)….

Salam…..sy ingin tahu sama ada produk eq minda jika segala makanan yang tidak boleh di makan ubat-ubatan turut memberi implikasi yang sama oleh produk eq minda..misalnya durian tidak boleh dimakan sekali dengan ubat-ubatan…

npew product nie sukar nk dpt kt kwsn jitra,kedah

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: