Dunia Herba HPA

Set Bersalin HPA

Posted on: 4 Oktober, 2006

setbersalin.jpg

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
– Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
– 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
– Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
– Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
– Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
– Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga :

Semenanjung : RM85

Sabah/Sarawak : RM95

Advertisements

77 Respons to "Set Bersalin HPA"

Berapa harganya?
Gimana cara ordernya?

Pn Maria, harganya seperti tertera di atas. Semenanjung RM85, Sabah/Sarawak RM95. Cara pesanannya, sila hubungi saya sama ada melalui emel muhamadredza@yahoo.com atau call/sms saya, Redza 0193093956. Harga produk yang tertera tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran ditambah berdasarkan berat produk. Penghantaran di dalam kawasan Lembah Klang akan dilakukan secara Cash On Delivery (COD) manakala penghantaran di luar Lembah Klang akan dibuat secara pos laju.

Adakah set bersalin ini sesuai untuk wanita yang melahirkan anak secara pembedahan?
Adakah ubat periuk, kapsul dan teh herba memberi kesan sampingan pada bayi (melalui susu ibu) seperti menghidapi penyakit kuning?

Salam Pn Murni, set bersalin HPA ini sesuai utk semua wanita yg bersalin secara normal atau pun pembedahan. Produk2 yg terkandung didalam set ini tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada bayi tetapi sebaliknya memberi manfaat dan mampu membantu ibu utk kelihatan lebih sihat dan bertenaga serta mengelakkan si ibu daripada masalah seperti masuk angin atau sukar buang air besar. Wassalam.

Saya ingin kepastian mengenai ubat basuh, di gunakan selepas hari ke-40 selepas bersalin atau digunakan selama 40 hari sejurus selepas bersalin. Terima kasih.

Salam Arjuni, cara-cara menggunakan set bersalin HPA:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
– Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
– 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
– Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin.sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
– Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
– Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
– Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Nak tahu tahun ni kopha bagi dividen berapa….kalu bagi >15% keatas setiap tahun…pasti ramai nak melabur ke KOPHa ni….boleh ke bagi dividen tinggi ni…ramai nak melabur ni…

Salam Muhazam, pihak KOHPA belum memutuskan dividen utk thn lepas. Mesyuarat akan diadakan tak lama lagi. harap bersabar. Sertailah koHPA ini segera agar semua ahli dpt menikmati keuntungan bersama. Saham sebyk rm 50 juta telah dibuka utk anda semua melabur. Wassalam.

assamualaikum :
saya ingin bertanya teh herba dan ubat periuk di minum pada hari keberapa begitu juga dengan kapsul sprirulina diambil hari keberapa bersalin dan bolehkah kapsul A & B di ambil pada hari ke-4 bersalin sbb di daalm risalah kapsul A & B diambil pada hari ke- 16

Kenapa arahan makan spirulina tu lain lain. ada yg kata makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. kat maklumat tambahan pula, 1 biji pagi dan 1 biji malam. Mengelirukan. Yang mana satu betul.

Salam Fiza, semuanya telah dimuatkan dlm info produk di atas. Saya copy semula:

1. Masukkan satu uncang teh herba ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin.

2. Ubat periuk: 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

3. Spirulina: 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B:
– Ambil bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama. Diambil selepas meminum ubat periuk.

Salam Haris, dos bergantung kepada anda. Jika merasakan 1 dos tidak memberi apa2 kesan yg positif, anda boleh tambah kpd 2 dos. Dinasihatkan agar mula makan dgn dos yg rendah.

Wassalam.

puan, sekiranya minyak bayi dah habis, adakah boleh minyak but-but digunakan sebagai ganti?keranan minyak bayi tidak dijual sebagai ‘loose product’. Ia datang ber set.

Salam Rosnita, saya bukan ‘puan’, saya ‘tuan’ :) . anda boleh gunakan minyak but2 sbg ganti kepada minyak bayi. Wassalam.

saya nak tanya macamana nak dapatkan product ni? saya duduk di kawasan puchong/ ampang.

Salam Fidapilus, sila rujuk cara pembelian/pesanan produk HPA disini: http://duniaherbahpa.com/pesanan-pembelian/

assalamualaikum tuan,

saya nak bertanya selain drpd penggunaan set bersalin semasa pantang,boleh tak tuan cadangkan produk2 tambahan lain yang boleh saya ambil semasa dalam pantang nanti.Kalau boleh produk yang boleh meningkatkan tahap kesihatan saya sebagai wanita dan yang boleh menurunkan berat badan saya dan yg pasti tidak memudaratkan bayi saya nanti?wassalam

slm, ingin bertanya adakah set bersalin ini dijamin halal oleh jakim?

Salam Angah, ambil set bersalin HPA…semua produk kesihatan utk ibu telah dipakej kan dalam set ini.

Salam Darin, semua produk herba HPA mempunyai sijil Halal dari Jakim.

slm, sy ada 1 kemusykilan. sy sedang mencari set bersalin yg sesuai. di website hpa sy baca ada terkandung 4 unit minyak barut yg mana agak menarik minat saya.

tetapi baru2 ini sy lihat di toko2 jamu yg menjual set hpa, di kotak set bersalin tersebut cuma ada 2 unit minyak barut (tulisannya ditampal dengan kertas). yg mana satu pakej yg betul? adakah website ini tidak diupdate?atau bil qty minyak itu memang dikurangkan?

terima kasih.

Salam Darin, saya dah bertanya kepada pihak syarikat, dan sekarang memang syarikat mengeluarkan set bersalin ini yg mengandungi 2 unit minyak barut, dan bukan 4 sepertimana dipasarkan sebelum ini. Ini adalah berdasarkan feedback pelanggan dan keperluan ketika tempoh berpantang yg sesuai iaitu sebanyak 2 unit sahaja. Harap maklum.

Salam Animunirah, terima kasih atas penjelasan anda.

Bahan-bahan untuk kapsul wanita itu apa bahannya? Lagi satu boleh ke beli asing kapsul wanita tu?

salam, boleh nyatakan produk yang patut diambil ketika hamil?

salam, ada tak produk untuk dimakan semasa hamil dan bagi yang mengurangkan rasa sakit bersalin????

salam, adakah perlu lagi bertungku semasa menggunakan produk bersalin HPA? atau ada produk tambahan untuk cepat pulih bersalin?

as’kum!
sy ingin brtanya,
sy tlh bsalin awal pd tarikh jangkaan
skrg sy dh 20hr brlalu
masih blhkah sy mengamalkn set bsalin ini?

bagaimana saya nak dapatkan product ni

Salam,
Sy nor. Selain dr. set bersalin HPA, barut berherba, barut az-zahra & periuk tanah liat xda ka penambahan barangan lain. Cthnya. spt. batu/besi tungku perut.
Sekian terima kasih…

Salam Wan Norashikin, kapsul A dan B tidak boleh dibeli secara berasingan. Kalau tak salah saya, dua2 produk tu ialah Paramaria dan Herba Tuju Angin.

Salam rynn dan shinju, amalkan mega 3 kapsul, spirulina, kopi radix, EQ minda semasa hamil.

Salam Intan, anda boleh bertungku selepas bersalin walaupun telah menggunakan set bersalin HPA.

Salam Sahalida, set bersalin HPA harus diambil mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Salam Laila, hubungi pengedar kami utk dptkan produk ini. Lihat menu pengedar HPA atau cawangan HPA atau stokis HPA.

Salam Norazilah, HPA belum ada produk tmbhn lain utk selepas bersalin.

saya nak tanya pada tuan/puan… ubat periuk tu sesuai ke untuk ibu yang myusukan anak? harap hpa betulkan pada kotak set bersalin minyak barut 2botol dan bukan 4botol… ubat peiuk tu kena guna periuk tanah je ke?periuk biasa boleh tak?

kenapa ubat basuh digunakan selepas 40 hari?sy rasa dlm tempoh 2 minggu selepas bersalin amat -amat diperlukan penjagaan rapi bahagian tersebut.

Salam, slps tempoh b’pntng, bdn sy rasa sakit2, n urat rasa tegang bla sy travelling jauh, produk pe yg bleh sy ambik utk kembalikn kesihtn sy ke keadaan yg baik.

Salam,adakah set bersalin hpa boleh membantu melancarkan pengeluaran susu ibu..sebab ada sebahagian set bersalin bila di makan payu dara menjadi bengkak dan susu x lancar..ini menyeksakan ibu dan bayi..tolong jawab jika ada pengalaman

adakah set bersalin HPA mempunyai no siri dr kementerian kesihatan malaysia?

salam. Ingin kepastian, saya ada penyakit darah tinggi. adakah penggunan set bersalin ni akan menyebabkan tekanan darah lebih tinggi seperti jamu2 biasa yg ada di pasaran??

Salam,

Saya ngin bertanya, adakah 1 set bersalin ni cukup untuk pengambilan tempoh berpantang selama 44 hari ataupun ianya hanya untuk 2 minggu dan memerlukan set tambahan

Sepupu saya br mengalami keguguran. Produk apa yg disyorkan? kalau beli set besalin ada poduk yg tak digunakan. Harap maklum balas

ada tak cawangan di kota kinabalu sabah?

Saya nak tanye adakah set bersalin ini merangkumi produk menambah susu ibu?
Berapa lama tempoh set bersalin ini digunakan?.
Sekian…

salam,

Selain Set bersalin HPA, produk tambahan yg perlu ditambah didalam set ini ialah tungku samada batu/besi.

Boleh tak saya menambah madu asli ketika minum ubat periuk?

Saya keliru tentang pengambilan ubat periuk dan kapsul A & B. Adakah kapsul A & B diambil setelah ubat periuk habis diminum atau kapsul tersebut diambil setiap kali selepas minum ubat periuk.

saya juga inginkan penjelasan terperinci,,,boleh ambil produk ni sambil menyusukan baby ker?

salam sy nak tahu adakah set tunku dan bengkung dijual berasingan daripada set bersalin HPA? kalau dah beli set bersalin HPA mesti kah sy membeli set tunku dan bengkung?

adakah set bersalin HPA akan menganggu penyusuan bayi… apakah tindak balas ubat

a’kum…saya nak bertanya…set bersalin HPA nie kalo termasuk barut herba berapa ek..adakah barut ini besar..

salam…..saya nak bertanya….berapakah harga ahli, jika saya ingin membeli set bersalin HPA ini….harga yang diberikan adalah harga bukan ahli, jika ahli macam mana pulak…

saya nak bertanya adakah set bersalin ni memberi kesan seperti panas kepada baby yang menyusu badan sepenuhnya?

dalam set bersalin ni ada dibekalkan kain bekung skali ke tidak ye.

BERAPA LAMA TEMPOH PENGGUNAAN SET BERSALIN NI

salam,

– Set bersalin HPA tidak dibekalkan bersama bengkung (Barut)

– Set bersalin tidak mendatangkan kesan sampingan kepada baby yang sedang menyusu bah kan menjadikan baby bertambah sihat.

– Harga set bersalin HPA ialah: RM70.00(harga ahli) RM85.00(bukan ahli) bagi Barut Herba pula RM24.00(harga ahli), RM30.00(bukan ahli)

-Tempoh penggunaan set bersalin adalah sepertimana yang disarangkan pada pek(kotak) set bersalin.

http://www.duniaherba.net/nagasuci79

nak tanya… saham kophpa ada lagi ke? kalau ada macam mana nak join?

nak tanya, hpa ada provide tungku herba untuk set lepas bersalin tak?

terima kasih

Set bersalin hpa memang antara set bersalin paling ekonomik di pasaran

salam, saya nak tanya blh ke kapsul A+B di makan dengan produk lain?

assalamualaikum..nak tanya pasal kuantiti kapsul A & B yg perlu diambil utk sehari. Terkeliru sebab arahan kat kotak set bersalin dan website ni erlainan. tq.

salam…

saya nak tanya kalau nak jadi ahli kene bayar ke?

saya berada di seri manjung..ada stokis terdekat di sini x?

adakah same cara penggunaan set bsersalin hpa ni bg org bersalin bedah?

Dalam set bersalin ada tak termasuk bengkung? Melalui rakan-rakan mengatakan gamat dan pati haruan adalah elok untuk menyembuhkan luka dalam. Adakah set hpa ini sudah lengkap atau ada produk tambahan dlm bentuk gamat dan pati haruan ini?

salam…sy tgk set bersalin nih x sampai 60 harikn? jd kalu nk gna dlm 60 ari…sy kena beli satu set lagi ke atau beli satu2 yg perlu sj…

owh ye…satu lg sy nk tanyer…kalu ubat periuk tuh skang hanya ada 2 dn bkn 4…jd nyer bleh guna dlm masa x sampai 12 hari la kan…mcm tu ke?

salam..kalau dah ambil set besalin HPA ni..bleh x campur dengan ubat lain @pil@ herba lain

1 set bersalin hpa ini sememangnya dikhaskan penggunaan untuk tempoh berpantang (cukup 40 hari) @ perlu 2 set persediaan

akum tuan,
saya ingin bertanya adakah set bersalin hpa ini akan menambahkan air susu ibu kerana saya bercadang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun.

tuan,
satu uncang teh herba tu boleh digunakan untuk 2 kali minum ke? or dalam satu hari, perlu guna 2 uncang sehari?

salam,
1)nk tnye,set bersalin ne boleh tahan smpai brp bulan ye?
2)HPA de jual bengkung ibu b’salin x?

Salam..

Saya just nak inform je..mengikut katalog produk HPA, Set Bersalin ini mengandungi Minyak Barut 4 unit dan Minyak Bayi 2 unit manakala di website ini pula tertera Minyak Bayi 2 unit..di sini mungkin terdapat sedikit kesilapan memandangkan Set Bersalin HPA ini hanya mengandungi 2 unit Minyak Barut dan 1 unit Minyak Bayi 1..harap pihak tuan sedia maklum dan mengambil tindakan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna produk ini. Sekian, terima kasih.

blh x guna hpa ni bersama set hemopathy

Salam, nak tanya pasal penggunaan barut herba HPA ni. kalau bersalin secara pembedahan boleh ke guna barut ni? Ada kesan apa2 tak?

salam… pertama sy ingin tahu ttg barut herba HPA dengan lebih jelas dr segi saiz, potongan dan cara penggunaannya. kedua mengikut keterangan diatas, set bersalin HPA ini mengandungi minyak bayi ada 2 unit tetapi apa yg sy dah beli minyak Bayi hanya 1 unit sahaja. mungkin terdapat sedikit kesilapan harap pihak tuan dapat mengambil tindakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembeli dan pengguna produk ini. Sekian, terima kasih.

Salam kunjungan malam..
tengah survey produk..

Salam..

Saya mengandung anak pertama, dan kini usia kandungan saya dah masuk 8 bulan.. Saya belum lagi membeli set bersalin dan bengkung… Ibu saya mengesyorkan untuk menggunakan produk ini… Setelah saya tengok di laman web saya berminat…

Terdapat 3 jenis iaitu :-

1) Set bersalin 8 produk dalam 1 pek (RM 85 SM / RM 95 SS)
2) Bengkung (RM 50 SM / RM 55 SS)
3) Barut Herba (RM 30 SM / RM 35 SS)

Untuk set bersalin saya faham tentang penggunaannya akan tetapi untuk bengkung dan barut, saya kurang pasti. Bila perlu bengkung dipakai dan bila pula barut herba perlu dipakai. Adakah saya perlu memilih salah 1 atau saya perlu beli kedua-duanya? Kalau saya perlu beli kedua-duanya, boleh terangkan bila dan cara penggunaannya?

Lagi satu, saya baru berpindah ke Sabah dan sekarang saya di Teluk Sepangar, Kota Kinabalu. Di sini, di mana saya boleh mendapatkan produk ini?

Saya berharap Che Sham dapat reply secepat mungkin. Kerjasama dari Che Sham amat dihargai..

Terima Kasih

set ni mmg ok. puas ati lah guna.

adakah produk ini sesuai bagi yg bersalin secara ceaser?

ader tak cawangan yang berhampiran di setapak..?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: