Dunia Herba HPA

Herba Rebusan

Posted on: 6 Oktober, 2006

Merupakan produk dalam bentuk herba periuk. Dirumus khas daripada seratus peratus pokok herba tempatan yang bermutu tinggi. Mempunyai khasiat pengubatan yang tersendiri.

JENAMA

  1. D-HIPO
  2. ALYXIA
  3. ALAC
  4. SEMARU
  5. LOHARD
  6. FOLIA
  7. HERBA LULUR
  8. TENAGA HAYAT
  9. PENAWAR KENCING MANIS
  10. PENAWAR RESDUNG
  11. M-GREN
  12. AN-MIA
  13. FISALIN-B
  14. DINOS
  15. ARA
  16. GATAL BADAN
  17. HERBA SENGGUGUT

Sila rujuk dengan herbalis atau pengedar HPA mengenai perawatan herba rebusan yang sesuai dengan masalah anda.

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua campuran ini ke dalam periuk (Periuk tanah atau yang lain yang terbaik).
  2. Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1)
  3. Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih.
  4. Pastikan melebihi 1 jam.
  5. Minum selepas daripada makan.
  6. Dos yang ditentukan: 1 cawan kecil
  7. Minum 1 hari 3 kali (pagi, petang dan malam)
  8. Sekiranya air didih telah habis ulangi seperti di atas.
  9. Ubat periuk ini hanya untuk 3 kali ditambah air (14 hari)

Berat Kandungan:

Antara 200 gram hingga 250 gram mengikut kategori jenama herba.

alac.jpg

Contoh Packaging Herba Rebusan

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 5

20 Respons kepada "Herba Rebusan"

assalamualaikum..
saya ingin tahu tentang rawatan dan pengambilan produk mana utk menyembuh penyakit tiroid dan gout..harap encik dapat beri penjelasan selengkapnya..

Waalaikumussalam En Rahimi, diharap encik dpt ceritakan dgn lebih detail tentang masalah penyakit tersebut kpd saya melalui emel muhamadredza@yahoo.com . Ini saya sertakan secara umum set lengkap produk HPA utk penyakit tiroid:
-Herba Senggugut
-Roselle (kapsul)
-Omega 3 kapsul
-Mengkudu
-Malac

Set lengkap produk HPA utk penyakit ghout:
-Ardisia
-Malac
-Teh Asiatica Plus
-Kopi Radix

Penjelasan lebih lanjut akan saya emel. Wassalam.

Soalan dari Hawa Utara:
https://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/10/06/herba-rebusan/#comment-982
salam
1.nak tanya, produk utk pesakit ‘endometriotic cyst’ ovari
kerana penyakit ini boleh berulang walaupun setelah pembedahan dibuat
2. produk utk memudahkan hamil
terima kasih

Jwpn utk soalan Hawa Utara:

Salam, produk HPA utk masalah ‘endometriotic cyst’ ovari ialah mikrolenin (produk Single Level Marketing), shark cartilage dan omega 3 softgel. Manakala produk HPA utk kesuburan ialah set wanita: Mega 3 kapsul, Paramaria Plus, Herba Rebusan Penggalak kesuburan wanita, D’Deu, Kopi Radix. Set lelaki: Radix kapsul, mega 3 kapsul, Evergreen Centella, Kopi Radix, Madu Asli. Wassalam.

Adakah atau tidak cawangan hpa di Medan, Indonesia.

Salam Nisfi, sila layari web HPA indonesia di web ini: http://www.hpa-indonesia.net atau http://www.eramuslim.com/hrb/acv/ utk maklumat lanjut ttg HPA di sana.

saya mengalami ketumbuhan bukan kanser pada kelopak mata, apakah produk yang perlu saya amalkal?

Salam mazha, kami kurang pasti apa bentuk rawatan yg sesuai utk masalah yg anda utarakan kerana kami tidak ada pengalaman utk masalah sebegini. namun begitu, kami cadangkan agar anda berjumpa dengan herbalis HPA utk rawatan lanjut. Anda boleh rujuk di web ini http://hpa.com.my/jhs/ atau menghubungi mana2 cwgn HPA berdekatan dgn tmpt anda dan tanyakan herbalis HPA yg ada menyediakan khidmat perawatan.

sejak seminggu yg lalu sejenis lendir putih kuning dan kadang2 berwarna kecoklatan telah keluar melalui faraj saya dengan banyak tetapi ia x berbau. apakah yang harus saya amalkan, apakah ia sejenis keputihan atau ada luka di dalam faraj saya?

macam mana saya nak daptkan produk Single Level Marketing(SLM), kerana kebanyakan stokis tak ade produk tu..

salam….leh tak saya nak tau produk apa yg sesuai tuk menghilangkan ketumbuhan ovari….tuk pengetahuan saya dah buang sebelah ovari..skang tumbuh lg.doc cakap takder ubat…

lg satu produk tuk masalah pernafsan..sy slalu mgalamai masalah sukar nak bernafas..kdang2 dada rasa ditarik2 dan mencucuk2…g jumpa doktor kata ader asma tp jumpa doc pakar lain cakap bukan asma…cuma masalh saraf lemah yg menyebabkan sukar bernafas…tp saya rasa angin la..tak tau la.apa pendapat tuan.

Salam.

Saya nk tanya skit, produk mane yg sesuai untuk rawatan bg penyakit TONSIL..

Salam, saya ada terbaca didalam web menyatakan untuk ubati masalah ‘endometriotic cyst’ ovari ne makan produk hpa iaitu mikrolenin (produk Single Level Marketing), shark cartilage dan omega 3 softgel. leh tak saya nak tahu berapa harganya dan untuk 1 kotak untuk kegunaan berapa lama? senang saya nak bajet..tlg jawap segera ye..

Salam…saya mempunyai masalah cyst….telah melakukan 3 x pembedahan membuang cyst…tapi..baru2 ini cyst itu muncul kembali dilm ovari yg sama iaitu belah kanan. Dalam waktu yg sama haid saya semakin tidak teratur…kalau dulu 3bln sekali…tapi dalm 2 thn lepas hanya 1-2 kali setahun….
Apakah produk yg bagus bagi mengurangkan masalah saya?….

Terima kasih…

Assalamualaikum encik,
Saya ingin bertanya tentang apa2 kombinasi product yg dpt membantu saya hamil.
Saya berumur 25 tahun. Skrg saya mkn paramaria (4biji X 2kali), herba senggugut (4biji X 2kali), herba tuju angin (2×2),kopi radix (2paket x2) dan omega-3 softgel (2×2). Adakah apa yg saya mkn ni tepat dan perlukah saya mengambil product HPA lain?

Herba rebusan senggugut dan herba penggalak kesuburan wanita adalah sama?
Jika tidak sama, bagaimana hndk mendapatkan herba penggalak kesuburan wanita?

Hrp sgt encik dpt membantu.

salam, nak tahu produk untuk PCOS?

Salam, saya nak tanya, herba rebusan penggalak kesuburan masih ada lagi tak? kalau takde lagi, nak guna yang mana satu ye untuk set kesuburan wanita?

Akum. Saya nak tanya, Saya ada ketumbuhan Fibroid dan saya ada minum air rebusan mikrolenin, dapatkah ia diminum untuk ibu Hamil.

Assalamualaikum,

saya telah mengalami penyakit tiroid sejak mengandung anak ke-3 dalam tahun 2008. saya mengalami bengkak di leher dan kini ianya semakin membesar. saya telah berjumpa doktor pakar dan telah mengesahkan penyakit tiroid ini tidak kritikal dan bukan kanser. cuma terpulang kepada saya untuk menjalani pembedahan bagi membuang bengkak tersebut. Oleh yang demikian saya mohon maklumat lanjut tentang produk HPA yang sesuai untuk saya bagi mengatasi penyakit tiroid saya ini. sekian terima kasih.

As salam, saya ingin bertanya tentang herba rebusan dinos. Herba ini untuk masalah buasir kategori maner. Suami saya setiap kali membuang air besar berlaku pendarahan. Adakah Dinos ini sesuai.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: