Dunia Herba HPA

Rukun Penyembuhan

Posted on: 6 Disember, 2006

RUKUN PENYEMBUHAN

Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun Penyembuhan tersebut adalah:-

  1. Keyakinan
  2. Amalan yang berterusan
  3. Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
  4. Dosis yang mencukupi.

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.
Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba HPA khususnya.

Advertisements

9 Respons to "Rukun Penyembuhan"

tima kasih. Perubatan Jawi ni perubatan apa yek?

tima kasih. Perubatan Jawi ni perubatan apa yek?

Sila rujuk link ini https://duniaherbahpa.wordpress.com/tag/perubatan-jawi/ utk penjelasan lebih lanjut ttg Perubatan JAWI.Trima kasih kerana bertanya.

Sila rujuk link ini https://duniaherbahpa.wordpress.com/tag/perubatan-jawi/ utk penjelasan lebih lanjut ttg Perubatan JAWI.Trima kasih kerana bertanya.

Saya telah membeli produk ficus, teh herba dan minyak but-but utk mengubati benjolan di dubur. Pertanyaan: berat badan saya ialah 68KG, berapa kapsul ficus dan little teh herba untuk saya?…

Saya telah membeli produk ficus, teh herba dan minyak but-but utk mengubati benjolan di dubur. Pertanyaan: berat badan saya ialah 68KG, berapa kapsul ficus dan little teh herba untuk saya?…

En Raslan, sila amalkan Ficus 3 biji kapsul pagi dan 3 biji malam. Makan Ficus 30 minit sebelum makan makanan lain. Jika ada gastrik, makan selepas makan. Minum Teh Herba 2 kali sehari. Hampas daripada teh tersebut boleh digunakan utk disapu pada benjolan bersama-sama Minyak But-but. Sapu minyak mengikut arah lawan jam.

En Raslan, sila amalkan Ficus 3 biji kapsul pagi dan 3 biji malam. Makan Ficus 30 minit sebelum makan makanan lain. Jika ada gastrik, makan selepas makan. Minum Teh Herba 2 kali sehari. Hampas daripada teh tersebut boleh digunakan utk disapu pada benjolan bersama-sama Minyak But-but. Sapu minyak mengikut arah lawan jam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: