Dunia Herba HPA

Artikel-Najis Campur Darah Petanda Awal

Posted on: 24 Disember, 2006

Najis campur darah petanda awal

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

RAMAI antara kita pernah mengalami masalah pendarahan apabila buang air besar. Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang perlu mendapat rawatan segera.

Pendarahan ketika buang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita terutama di kalangan golongan muda pada peringkat umur produktif iaitu antara 20 hingga 30 tahun.Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil karbohidrat yang diproses, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan.

Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia berkhasiat, sesetengah produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat yang terbuang tadi. Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih, gula atau bahanyang dibuat daripada tepung.

Inilah sebabnya bagi individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam.

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan ketika buang air besar. Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser usus selain rekahan pada kulit saluran dubur (masalah biasa dan menyakitkan, disebabkan sembelit atau mengeluarkan najis secara paksa), polip pada rektum dan usus besar serta ulser.

Masalah ini juga dipanggil pendarahan rektum (bahagian akhir usus besar) kerana rektum terletak betul-betul di atas lubang dubur. Kebanyakan pendarahan rektum pada usus besar, hujung usus besar atau dubur. Usus besar ialah sebahagian daripada saluran gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus kecil.

Usus besar bertanggungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rektum pula adalah bahagian terakhir usus besar (15 sentimeter dari dubur). Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus kecil dipanggil saluran gastrointestin atas.

Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abdul Hamid Mat Sain, walaupun ramai yang menganggap ia agak memalukan tetapi gejala berbahaya tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian segera bagi mengesan punca sebenar menyebabkan pendarahan.

Sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

“Warna darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna ia boleh memberikan gambaran kasar kepada punca, penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar bersama najis itu merah cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur (di bahagian usus yang hampir dengan kulit). Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir.

“Jika warna darah merah gelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Penyakit pada umumnya lebih berbahaya seperti kanser usus. Ini adalah punca pendarahan rektum yang paling lazim,” katanya.

Warna najis yang hitam dan melekit seperti tar (dipanggil melena) pula menandakan ada pendarahan pada bahagian lebih atas (pangkal) usus, esofagus, perut atau duodenum (usus kecil). Melena atau najis tar ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang bakteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin yang berwarna hitam dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rektum kali pertama, pesakit perlu menjalani pemeriksaan segera.

Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi petanda tahap penyakit atau masalah yang dialami seseorang. Biasanya pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermakna pendarahan sudah mencapai tahap serius.

Pendarahan rektum juga boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam khususnya bagi mereka yang mengalami pendarahan serius. Kadang kala pesakit juga boleh mengalami simptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.

Masalahnya ramai antara kita tidak mendapat pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan pesakit juga enggan diperiksa kerana malu sebaliknya hanya meminta ubat daripada doktor. Tindakan ini sebenarnya perlu diubah kerana tanpa pemeriksaan, masalah sebenar yang dihadapi tidak dapat diketahui.

Dr Abdul Hamid berkata, pemeriksaan saringan pertama paling minimum ialah ujian rektum digitar yang memerlukan doktor melihat dan memasukkan jari ke dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan hanya mengambil masa satu atau dua minit saja. Biasanya melalui pemeriksaan ini, doktor boleh memeriksa keadaan dinding usus, bengkak, buasir, kanser atau ketumbuhan yang tumbuh di hujung usus besar.

Jika pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna pendarahan berlaku di bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis seterusnya perlu dijalankan kerana 50 peratus kanser usus lazimnya berlaku pada 15 sentimeter ke dalam usus (dari dubur).

Pada peringkat awal, pesakit umumnya tidak dapat membezakan sama ada pendarahan itu disebabkan buasir atau kanser usus kerana ramai yang mengalami kedua-dua masalah serentak. Jika didapati ada ketumbuhan dalam rektum, doktor akan menjalankan biopsi dengan mengambil secebis tisu daripada ketumbuhan berkenaan untuk diperiksa.

“Pesakit perlu membuang rasa malu kerana ia menghalang proses rawatan. Paling penting, jika pendarahan itu disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal. Jika tiada buasir atau kanser, ini bermakna pendarahan berlaku pada bahagian atas gastrointestin. Ia boleh dipastikan melalui ujian kolonoskopi untuk mengesahkannya.

“Gejala najis berdarah juga berlaku pada kanak-kanak tetapi ia biasanya disebabkan masalah sembelit dan bukannya kanser. Bagaimanapun bagi orang dewasa, jangan buat tidak endah pada gejala ini kerana ia petanda penting wujudnya masalah kesihatan,” katanya.

Ulasan: Produk herba HPA yang baik untuk diamalkan ialah Herba Tuju Angin (3×2), Pelawas (3×2) dan Mengkudu (2×2). Ketiga-tiga herba ini bertujuan untuk membersihkan semua sistem pencernaan, termasuk usus yang bermasalah atau sembelit. Makan 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Setelah proses colon cleansing selesai, kemudian amalkan Spirulina (3×2)dan Teh Herba (2 uncang untuk diminum pagi dan petang). Kedua-dua herba ini bermanfaat untuk meningkatkan aktiviti antivirus, kuman dan bakteria yang berada di dalam tubuh, sekaligus mempercepat penyembuhan luka yang mungkin terjadi di usus. Serta meningkatkan daya tahan tubuh.

Advertisements

17 Respons to "Artikel-Najis Campur Darah Petanda Awal"

Salam.
Org tua saya mengalami pendarahan (darah merah) semasa membuang
air besar. Keadaan ini telah lama berlaku dan saya amat risau tentang masalah ini. Bapa saya berumur 53 tahun dan pernah menjalani pembedahan Apendix 10 tahun lepas.

Apakah cadangan pihak tuan/puan utk tindakan saya dan langkah2 seterusnya bagi memastikan kesihatan bapa saya terjamin? Sekiranya pembedahan terpaksa dijalankan, adakah faktor usia boleh memberi kesan/risiko?

terima kasih

saya ni sudah lama najis berdarah, saya sudah check dengan doktor,
bahagian rektum telah luka, kalau najis keras, saya sakit sangat macam daging terkoyak. saya jumpa tabib, dia berikan saya ubat, saya beransur pulih, tepi masa najis keras pun kembali berdarah.
saya banyakbaca tentang perkara ini, saya bimbang akan kanser usus.
saya nak dapatkan tip untuk lembutkan najis, kerana saya tidak bergantung kepada ubatan melembutkan najis.

ribuan terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi menghulurkan bantuan.

salam…
saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar.tapi tidak merasa sakit..apakah penyakit yang saya hadapi dan apa tindakan yang perlu saya ambil.. Terima kasih

assalamulaikum… khaifahaluka, harapan semua nya shat aLhamdullah. saudara.
1 .saya mengalami buasir yang boleh dikatakan tahap sederhana jadi produk mana kah yang sesuai boleh diambil?

2. saya mengalami tekanan kerja, sekiranya ada poduk yang bersesuai yang boleh saudara syorkan

3. harap diberi perhatian.

terima kasih, produk HP mujarab…..

contoh mak saya beransur sihat akibat sakit setelah mengambil cola radix

salam… saya bru berusia 15 tahun. tetapi sy mengalami pendaran ketika buang air besar dan kecil tetapi tidak selalu. apakah ia juga tanda kanser?

saya berusia 24 tahun.. memang sering mengalami masalah sembelit dan mendapat buasir. saya selalu mendapatkan bantuan dengan mengambil ubat sembelit untuk mengelak perut dari menjadi buncit. keadaan ini adalah kerana saya hanya membuang air besar seminggu 1 kali sahaja. baru2 ini, saya membuang najis dan mendapati najis saya mengalami pendarahan (merah gelap) yang byk walaupun dlm keadaan ketulan. saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.. fikiran saya menjadi runsing..

saya mmg minum kopi radix hasil saranan kwn sy. mmg baik dan sesuai utk sy.

sy juga mengamalkan air suam yg byk pd setiap ari. alhamdulillah sy dh jarang kena sembelit melainkan sy kurang minum air suam (amat berguna sbnrnya) cuma mslhnya perut sy agak buncit. sy ingin tau apa caranya utk mengurangkan mslh tersebut..

assalamualaikum. sy berumur 19 tahun. sy penah mengalami buang air dan keluar najis berdarah. stiap kali sebelum buang, sy akn rase sakit perut dahulu. pabila sy buang, sy dapati najis dan darah yg banyak. adakah ini dinamakan buasir? atau kanser?

saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, baru-baru ini saya mengalami keguguran dan selepas 3 bulan saya mengalami pendarahan yang berwarna cerah selepas membuang air besar. adakah saya mengalami buasir atau penyakit lain?

assalamualikum
saya nak mintak pandangan saya sejak 3 hari yg lepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar. saya merasa sakit ketika membuang air besar sebab najis saya keras dan besar mungkin. kebelakangan ini juga saya sangan kurang minum air terutama air masak,,,, juga makanan yang saya ambil selalunya pedas…. adakah ini salah satu punca..saya sangat risau… apakah cadangan ubat dari produk HPA yang boleh saya ambil..
terima kasih

assalamualikum..
saya berusia 19 tahun.. pada bulan satu 2010 saya dapati bahawa saya mengalami pendarahan ketika membuang air besar.. saya sering mengambil makanan pedas..adakah ini sebahagian daripada punca masalah ini berlaku? apa yang perlu saya lakukan? atau apakah cadangan ubat yang boleh saya ambil?

salam..
saya juga menghadapi pendarahan semasa membuang air besar tapi tidak merasa sakit. setiap hari saya akan membuang air besar.apakah penyakit saya dan apa yang saya perlu lakukan…terima kasih.

salam..
jawapan kepada semua soalan..
amalkan .. makan pisang setiap kali makan 3 kali sehari.

minum air suam 8 gelas sehari
amalkan kopi Radix 2 kali sehari
dan FICUS 2 kali sehari 2 biji sekali makan…
insyallah masalah berak darah dan najis keras akan pulih dalam masa 3-5 hari..

amalkan…

baby berusia 9 bln…mengalami berak berdarah..ada tak ubat dari HPA yang baby boleh makan?

Salam, saya baru pertama kali buang najis mengandungi darah dan saya berasa pedih pada bahagian yg kluar najis.
Saya ingin bertanya, apakah masalahnya dan mohon cadangan dari anda.

salam . saya baru berumur 15 tahun . tapi saya mendapati saya membuang air besar berdarah . adakah saya menghidap penyakit buasir ?

salam ayumie, sebaiknya anda berjumpa doktor terlebih dahulu utk mengenalpasti penyakit apa. jika disahkan buasir, kami akan cadangkan kepada anda produk yg sesuai.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: