Dunia Herba HPA

HPA Dalam Akhbar 6

Posted on: 29 Januari, 2007

HPA Tubuh Koperasi

kohpa.jpg

Sila klik gambar untuk besarkan

Oleh Zainuddin Zain

Isnin, 29 Januari 2007

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) berteraskan produk herba dan halal menubuhkan Koperasi Wahida HPA Berhad (KoHPA) untuk memberi peluang kepada ahlinya melabur dan memperoleh keuntungan daripada operasi syarikat.

Pelaburan pertama KoHPA yang dilancarkan secara rasmi Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi, Datuk Zainuddin Abdul Rahman pada 12 Januari lalu ialah RM2 juta di dalam produk Kopi Radix yang juga produk terlaris HPA.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata walaupun baru ditubuhkan, misi koperasi ialah untuk berkembang hingga menjadi sebuah bank sama seperti perjalanan Bank Rakyat.

“Untuk merealisasikan penubuhan Bank Wahida HPA, kami komited memastikan hanya yang terbaik kepada lebih 300,000 ahli HPA.

“Di KoHPA, kami yakin dengan pelaburan bebas risiko dan berlandaskan syariah, ahli akan mendapat pulangan wang yang diberkati dan halal.

“Pelaburan pertama RM2 juta di dalam produk Kopi Radix adalah pelaburan yang cukup baik kerana kami menerima permintaan luar biasa terhadap produk itu bukan saja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan sedang berkembang ke beberapa negara lain,” katanya.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, sebuah anak syarikat HPA, berkata pada hakikatnya, HPA mempunyai kewangan kukuh dan mampu membiayai semua kos produk mereka.

“Namun, penubuhan KoHPA jalan untuk membolehkan ahli bersama-sama memperoleh keuntungan daripada aktiviti dan produk teras syarikat.

“Malah, kita akan melabur dalam pelbagai lagi produk seperti bihun untuk mencipta pasaran produk halal lebih luas. Usaha ini cukup mulia kerana melindungi hak umat Islam.

“Ini kerana kita sering digemparkan dengan kes penipuan logo halal dan sebagainya. Lebih malang sebahagian besar makanan rutin hari ini dibuat orang bukan Islam dan inilah yang cuba dikekang HPA dengan menawarkan lebih banyak produk halal,” katanya.

Turut hadir di majlis yang diadakan di Hotel KL International di Kuala Lumpur itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Perlis, Dawam Hassan, Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad dan Pengurus Besar KoHPA, Bahari Ali.

Sementara itu, Zainuddin berkata, kekuatan sebuah koperasi ialah ahli lembaga pengarahnya.

“Selagi tidak ada perebutan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan, maka sesebuah koperasi itu boleh bergerak lancar. Namun, saya melihat di KoHPA potensi untuk berkembang maju dengan syarat ahli lembaga pengarahnya bersatu padu dan bekerjasama,” katanya.

Advertisements

4 Respons to "HPA Dalam Akhbar 6"

Assalamualaikum!

Berapakah kadar minima untuk pelaburan minima?

Wassalam.

md rozi
p.mas kel.

Assalamualaikum!

Berapakah kadar minima untuk pelaburan minima?

Wassalam.

md rozi
p.mas kel.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: