Dunia Herba HPA

Pelaburan internet: Malaysia di tangga teratas dunia!

Posted on: 15 Mac, 2007

Pelaburan internet: Malaysia di tangga teratas dunia!
Fri | Apr 13, 07 | 02:42:37 PM

KUALA LUMPUR, 13 April – Begitu terdesakkah para penduduk di negara ini? Atau akibat terhimpit dengan tekanan hidup yang makin mencengkam maka sebagai jalan mudah, segala ruang pelaburan tanpa mengkaji halal dan haramnya turut disertai secara sembrono?

empay.jpg

Mungkinkah atas pengaruh pengiklanan laman-laman web sebegini menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia menceburi bidang pelaburan secara online? Mungkinkah juga, akibat dipengaruhi dengan gaya hidup mewah para pengusaha awal pelabur-pelabur internet, maka menyebabkan ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba nasib?

Namun, walau apa pun alasannya, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam tetap mengharamkannya sebagai antara perniagaan yang melanggar hukum syarak.

ebarrel.jpg

Dan jika dilihat pula daripada analisa yang dihasilkan oleh alexa.com menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang teratas dalam senarai penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan negara-negara lain di dunia.

Statistik alexa mendapati Malaysia menduduki tempat tertinggi dengan jumlah lebih 90 peratus bagi pelaburan internet seperti Abfund.us, Empay, Buy ebarrels, Eaindex.com manakala bagi Swisscash.net berada dalam sekitar 60 peratus.

abfund.jpg

Sementara itu, hanya 10 peratus di kalangan pelabur internet seluruh dunia adalah terdiri daripada kalangan rakyat Singapura yang dikenali sebagai negara yang mantap ekonominya di Asia Tengara.

Bagi produk EmPay dan ebarrels, jumlah penglibatan rakyat Amerika Syarikat tidak sampai pun 1 peratus.

Kajian ini menimbulkan persoalan sama ada kebijaksanaan rakyat negara yang lebih arif dalam bidang ekonomi berbanding negara lain, jurang kemiskinan dan himpitan beban hidup yang tinggi atau rakyat Malaysia mudah ditipu walaupun didakwa pelaburan-pelaburan tersebut yang ‘dilahirkan’ di negara lain sedangkan di negara ‘kelahiran’ pelaburan-pelaburan tersebut tidak mendapat tempat di hati rakyatnya. – mks.

DuniaHerbaHPA: Setiap untung perlu usaha.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: