Dunia Herba HPA

Tujuh Herba Bijirin Radix

Posted on: 23 Mac, 2007

  cereal-hmetro.jpg gmbr-tn-hj-ismail-dan-cereal2.jpg

Tujuh herba Bijirin Radix

Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

23 Mac 2007

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.

Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix.“Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.

“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.

Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.

Advertisements

4 Respons to "Tujuh Herba Bijirin Radix"

Salam,

Buat Tn Pengarah- Ust.Ismail dan isterinya yg sy panggil Kak Yati, masih ingat lagi Cik Anis dulu stokis di KL.? walaupun tidak aktif seperti dulu, tp saya masih ikuti perkembangan kalian dgn still setia mgamalkan pemakanan dgn produk herba, tlg promo kt kawan2 di KWSP ni (KL-Ibu pejabat sejak tahun 2002). TAHNIAH! Saya ucapkan kpd semua warga kerja HPA, semoga Allah SWT berikan kekuatan, keredhaan-Nya dlm ibadah semua serta sabar dlm menghadapi pelbagai UJIAN Allah SWT sehingga berjaya capai kedudukan sebegini- harap kekal berjaya dan bertambah berjaya lagi di dunia dan akhirat. Buat makluman, selain kerja tetap, sy juga ade sikit bisnes keluarga- memasarkan produk makanan dan minuman halal -sy pasarkan produk sejuk-beku,mee kuning,fish-cake,fish ball,fucuk,tauhu bsah/goreng khas dr produk dr kilang orang Islam..dan sedang mencari2 jenama Islam tulen bg produk BIHUN seterusnya yg ramai tertanya2 kpd sy…harap sgt agar impian HPA nak keluarkan produk bihun cepat tercapai dan InsyaAllah sy juga sebagai ‘orang dalam’ dlm Persatuan Kakitangan Islam di KWSP ni mengendalikan ‘koperasi islam’ di sini dapat membantu usaha2 hPA kelak-InsyaAllah! Saya boleh dihubungi di 019-2070002 or direct-line 03-26983215. (email company: annisa_trademark@yahoo.com) Saya setiapkali MIHAS selalu tak lepaskan peluang melawat booth HPA, InsyaAllah! Ahad nti saya akan ke KLCC…lama tak jumpa Ustaz dan isteri…mesti Kak Yati still awet muda…sy sekarang ni amaik stok dgn En Zamri di Medan MARA je…lum sempat gi program2 HPA sibuk dgn keja2 luar dan pengajian sy sekarang ni…InsyaAllah! Ada peluang kita jumpa lagi. Salam juga buat Pengurus Besar – En Mohd fisol – kerja kuat nampak- tahniah! Didoakan semua staff di HPA dan semua para pengedar HPA diberkati dan dilindungi Allah SWT…Amin!!!

Cik Anis-Puchong (Pengedar HPA dr 1995…)

Salam Cik Anis, begitu bersemangat sekali catatan yg ditulis ini. InsyaAllah kami akan sampaikan mesej ini kepada pihak HPA khasnya Tn Hj Ismail dan isteri. Terima kasih kepada anda kerana masih terus setia bersama HPA bagi memperjuangkan produk HALAL kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online

Muhamad Redza (0193093956)

Mirzan (012-2780799)

Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: