Dunia Herba HPA

Radix Cola

Posted on: 6 Julai, 2007

radixcola.jpg

Radix Cola adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia. Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Fakta Nutrisi Radix Cola:

fakta-radix-cola.png

Harga:

Semenanjung Malaysia RM 3.50

Sabah & Sarawak: Rm 3.80

Advertisements

17 Respons to "Radix Cola"

ermm…saya dah beli…dan dah minum….
x banyak beza dengan perisa yg lain….rasa sama…maybe gas nya yang kurang,,,( terdetik nak buat minuman untuk raya nanti, insyaallah)

cuma terfikir.,.,,bila tengok dalam ramuan, tiada pun herba….dan leh buat perbandingan berapa banyak gula dalam radix kola dengan perisa yang lain…

Salam Cik Ain, sila baca semula info ttg produk ini. Ia sebenarnya mengandungi herba juga.

Info:
Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia. Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.

salam,
bole terangkan bagaimana hpa menghasilkan gas yang yang terdapat dalam radix cola/sarsi dan apakah herba yang terkandung dalamnya?

Salam En Syafiq, maklumat mengenai produk Radix Cola ini akan kami update dari masa ke semasa. Kami akan cuba jawab soalan anda dgn seberapa segera. Harap bersabar.

salam..saya telah bertanya pada PJS Jamaludin tentang kandungan herba dalam radix cola dan sarsi ..menurut beliau radix cola dan sarsi mengandungi herba langsit yg dapat memelihara hati dan menjadi pelawas. tapi pokok langsit ni tak ada nama saintifik lg.. saya cuba cari kat google pun tak jumpa..perkataan (langsit) tu pun saya tak pasti betul ke tak ejenya.radix cola dan sarsi ini boleh dijadikan minuman alternatif.

nampaknya produk ini tidak dianjurkan untuk mereka yang punya masalah gastrik karena akan merangsang timbulnya banyak gas, betul ndak nie ??

ada tak produk minuman berkarbonat yang sesuai utk pesakit diabetes yang menggunakan artificial sweetener?? atau mungkin dalam plan utk kluarkan?

Benda yg baik tapi sayang, saya x faham kenapa pengedar cuma dpt keuntungan 20sen aje. Apakah pengeluar hendak membolot keuntungan yg banyak ataupun memang harga kos tersangat tinggi? Mcm mana hendak bersaing dgn produk yg lain kalau harga x kompetitif? Adakah mahal kerana logo HALAL dijadikan sebagai pelaris jualan? MAAF kalau persoalan agak MENCABAR!!! Saya menyokong produk keluaran bumiputra yg confirm halal, tapi stkt minuman sebegini tiada manfaat bagi saya, dan sukar juga utk saya utk mempromosikannya. Kalu saya penjual pun, takkan saya nak keluar modal yg besar utk jual brg sebegini sbb sukar utk bersaing dan keuntungan yg belum tentu pulang modal… MAAF 1x lagi..

umum tlh mengetahui bahawa coca cola di luar sana mampu menghancurkan daging setelah direndam beberapa hari. dan byk lagi kegunaan lain coca cola buatan luar ni. adakah cola radix mempunyai impak yg sama?

kalau ddiswara said rasa x untung jual radix cola ni, xyah la jual.
jual je la brg2 hpa yg lain.. habis citer =)

Syabas kerana dah ada produk sebegini..namun apa kelebihannya dari sudut kesihatan..selain kandungan gas sederhana.. .

–setuju dgn persoalan yg diutarakan oleh ddiswara, sy faham niat ddiswara sebenarnya bukan utk mengkritik produk HPA tp lebih kpd pertanyaan. Harap dpt dijawab dgn baik.. bukan sekadar menjual produk halal tp harga mcm “haram” jer…

Salam, walaupun margin untung cola ini kecil, tetapi anda mendpt NM. NM 1 ini dikira sebagai berbaloi utk pengedar HPA. Selain untung runcit, anda boleh mendapat bonus bulanan.

hmmmm, sggh lucu isu yang ditimbulkan oleh ddiswara… walaupun begitu ada juga benarnya sebab kita nak jual barang yang bukan saja halal, tetapi juga toyyibah… toyyibah atau baik ini merangkumi semua, kepuasan pelanggan dan penjual…

saya rasa soal margin kecil ini dapat diselesai jika terma harga itu dijelaskan…

mungkin boleh letak harga pengedar dan harga cadangan utk bukan pengedar… sebabnya, harga runcit mestilah bergantung kepada faktor pengedar tu… eg: transport la, sewa kedai la dan mcm2 lagi… untung 20cen memang ideal untuk pengguna, tetapi bagi penjual munasabah ke???

mari kita bergerak ke konsep halalan toyyibah dalam semua urusan jual beli kita…

moga2 allah merahmati usha murni kita iA.

Alhamdulillah, saya suka produk cola ni. Paling tidak ia sebagai alternatif bagi produk sedia ada yang perlu dielakkan membelinya. Pada saya keuntungan bukan sekadar untung runcit itu tetapi yang keuntungan pada saya dapat membeli produk yg tiada keraguan padanya bila saya perlukannya. Untung komersia bukan segala-galanya.

Alhamdulillah,
telah hadir Cola sehat di dunia ini. Adakah untuk saya. Saya belum pernah coba nih. Bagaimana cara dapatkan tu? Nak tanyakan informasi. Siapa nak di contact?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: