Dunia Herba HPA

HPA yakin Radix Kola, Sarsi mampu bersaing

Posted on: 15 Julai, 2007

HPA yakin Radix Kola, Sarsi mampu bersaing

Harian Metro (Ruangan Bisnes), Sabtu, 14 Julai 2007

radixcola1.jpg

PENGELUAR produk kesihatan dan perubatan berasaskan herba, HPA Industri Sdn Bhd yakin produk terbarunya, Radix Kola dan Sarsi mendapat sambutan baik serta mampu bersaing di pasaran tempatan serta antarabangsa.

Ini kerana Radix Kola dan Sarsi keluaran HPA bukan sekadar minuman ringan berkarbonat malah mampu bertindak sebagai minuman kesihatan serta memberi tenaga dan berkhasiat kerana kurang kandungan gula.

Selain dijamin halal, kehadiran Radix Kola dan Sarsi juga diharap mampu memberi alternatif kepada pengemar minuman berkarbonat untuk memilih minuman yang membawa manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata pihaknya yakin Radix Kola dan Sarsi keluaran HPA mampu menarik minat penggemar minuman berkarbonat kerana berbeza dengan jenama lain untuk bersaing di pasaran.

Katanya, ramuan sinergi herba khas dalam Radix Kola dan Sarsi menjadikan minuman itu begitu istimewa, malah ia mempunyai perisa kola yang sebenar dan mampu memberi perlindungan pada organ hati.

“Minuman berkarbonat Radix Kola dan Sarsi sesuai untuk semua golongan serta boleh dihidangkan dalam pelbagai majlis dan orang ramai tidak perlu bimbang meminumnya tidak akan menjejaskan kesihatan.

“Atas keyakinan Radix Kola dan Sarsi mendapat sambutan hebat, HPA kini mensasarkan untuk mengeluarkan dua juta botol dalam sebulan sebaik kilang terbaru di Kawasan Industri Ringan, Pinang Tunggal beroperasi sepenuhnya Oktober depan,” katanya.

“Buat masa ini, pengeluaran minuman terbabit dihasilkan kilang sementara HPA di Napoh Jitra serta Sungai Petani dan masih mampu memenuhi permintaan di pasaran ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan minuman berkarbonat Radix Kola dan Sarsi di Sungai Petani malam kelmarin.

Minuman berkarbonat Radix Kola dan Sarsi kini sudah berada di pasaran dan dijual pada harga RM3.50 untuk setiap botol 1.5 liter di Semenanjung dan RM3.80 di Sabah serta Sarawak.

Ismail berkata, selain mensasarkan pasaran tempatan, HPA juga bercadang memasarkan Radix Kola dan Sarsi ke luar negara terutama Timur Tengah dengan membina sebuah kilang di Dubai bagi mengeluarkan minuman itu.

“Ini kerana maklum balas positif yang diterima HPA selepas membuat promosi di sana dan anak syarikat di Dubai akan menjadi pusat pengedaran selain menerima permintaan dari Mekkah, Brunei dan London,” katanya.

Advertisements

6 Respons to "HPA yakin Radix Kola, Sarsi mampu bersaing"

Alhamdulilah.Ada satu lagi cabang produk pilihan halal.

Alhamdulilah.Ada satu lagi cabang produk pilihan halal.

[…] majlis ini telah dimuatkan dalam akhbar Harian Metro (Sabtu, 14 Julai 2007) dalam ruangan Bisnes. Klik disini untuk […]

[…] majlis ini telah dimuatkan dalam akhbar Harian Metro (Sabtu, 14 Julai 2007) dalam ruangan Bisnes. Klik disini untuk […]

RADIX .. Pilihan Ramai!!!

wahhh..sedapnye…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: