Dunia Herba HPA

Mari Bersama Kami

Posted on: 13 Ogos, 2007

.: Lihatlah Keunggulan HPA :.

pu5.jpg

Pengasas HPA

HPA diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Kajian Botanikal Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Univ. Putra Malaysia). Mempunyai kepakaran dalam bidang herba dan keturunannya adalah orang-orang yang sangat arif tentang herba.

gmbr-hq-hpa.JPG

Syarikat HPA

Mula dikenali sebagai PTA (Perubatan Tradisional AlWahida) pada 1986. HPA Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1995 dan HQ terletak di Jejawi, Perlis. Milik 100% bumiputra Muslim. Hampir 20 tahun dalam industri herba. Memberi gambaran bahawa ia sebuah syarikat yang stabil dan kukuh.

solat-dhuha.JPG

Pekerja HPA

HPA memperkenalkan GMP Syariah yang mengetengahkan beberapa perkara penting kepada setiap pekerjanya. Semua pekerja kilang HPA diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

kilang-gmp.JPG kilang-gmp2.JPG

Kilang HPA

Semua kilang HPA mendapat penarafan GMP (Good Manufacturing Practice), Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh BPFK, Kem Kesihatan Malaysia. Kini HPA mempunyai beberapa buah kilang di Malaysia dan sebuah di Indonesia. Dan HPA juga sedang berusaha untuk membina beberapa buah kilang lagi di Malaysia.

kolam-spirulina.JPG ladang22.jpg

Ladang Herba HPA

HPA mempunyai ladang herba seluas 500 ekar di Perlis yang antara tanaman utamanya ialah pegaga, roselle, misai kucing dan lain-lain lagi.

produk_show.jpg

Produk HPA

Semua produk HPA mendapat kelulusan dari BPFK, KKM, sijil HALAL daripada Jakim. Kini HPA mempunyai lebih 100 jenis produk dipasaran. Produk HPA dikategorikan kepada: produk herba @ makanan kesihatan, makanan/minuman, kegunaan harian, umrah/haji dan kosmetik.

Harga Produk HPA

Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

iso_new_accr.gif anugerah-iso-dari-sirim.PNG anugerah-iso-dari-sirim-2.PNG

Pengiktirafan

HPA telah menerima Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2000) dan Sijil Penghargaan Program Penyelidikan dan Pembangunanan (R&D) daripada SIRIM Berhad.

muka-belakang-hpa-news-mac-07.jpg

Perniagaan HPA

Perniagaan HPA adalah bersifatkan perubatan herba dan produk-produk kegunaan harian. Sistem MLM digunakan untuk mmberi peluang kepada ahli menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Plan Pemasaran MLM HPA

HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 (lebih 10 tahun bertahan dalam MLM) dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. Ini bererti plan pemasaran HPA adalah berlandaskan syarak, telus, adil, tiada perangkap dan tiada penipuan.

Perubatan Herba dan Perawatan

HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang merangkumi ilmu perubatan herba, diagnosis penyakit dan perawatan. Terdapat kursus Siji Herbalis dan program Perkongsian Ilmu Cemerlang yang diadakan untuk memberi peluang kepada ahli HPA untuk mempelajari ilmu herba.

Testimoni Pengguna Produk HPA

Testimoni adalah faktor penting kemujaraban herba ciptaan-Nya! Kini, ramai yang mengakui bahawa produk HPA mampu mengubati penyakit tertentu yang dihadapi segolongan masyarakat Malaysia dan Indonesia. Sehingga kini, HPA mempunyai ribuan testimoni pengguna sama ada yang telah direkodkan secara bertulis atau pun tidak bertulis.

pbc08.jpg pbc11.jpg

Latihan Keusahawanan

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

pelancaran-ko-hpa.JPG

Koperasi Wahida Berhad

HPA menubuhkan koperasi ini untuk menjalankan beberapa projek yang antaranya ialah mengadakan pasaraya Muslim, kilang botol dan plastik, tawaran pinjaman dan lain-lain lagi. Pelaburan saham koperasi dibuka kepada ahli HPA sahaja. Ini bagi membolehkan ahli menikmati keuntungan bersama.

cwgn-hpa-klang.PNG

Cawangan dan Stokis HPA

Kini HPA mempunyai lebih 40 cawangan dan ratusan stokis di seluruh negara. HPA juga mempunyai cawangan dan stokis di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Kebajikan

Setiap bulan HPA tidak lupa untuk menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.

bas-kopi-radix.JPG

Pengiklanan di Media

Produk HPA seperti Kopi Radix dan Cereal Radix kini diiklankan di radio (IKIM.fm), surat khabar (Harian Metro), televisyen (TV3& TV9), papan iklan (di Alor Setar) dan pengangkutan awam iaitu di bas-bas (di Alor Setar)

Hebat bukan! Tiada sebab lagi untuk anda tidak bersama kami. Sertai kami sekarang juga. Keahlian HPA hanya RM 20 sahaja seumur hidup dan anda akan menikmati diskaun produk dari 20-25% serta berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan produk HPA.

>> KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HPA <<

>> KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SENARAI LENGKAP PRODUK HPA <<

Marilah bergabung bersama rangkaian kami di Dunia Herba HPA kerana anda akan diberi laman web ini untuk tujuan penajaan dan promosi produk. Nama anda akan diletakkan di ruangan Pengedar HPA.

*Keahlian dibuka kepada individu yang belum pernah menyertai HPA sahaja.

Kami AMAT menggalakkan anda untuk menyertai kursus keusahawanan yang pihak HPA anjurkan terutama kepada ahli baru. Ini bertujuan untuk membolehkan anda memperolehi ilmu yang tepat bagi menjalankan perniagaan produk HALAL HPA dengan kaedah yang betul dan berkesan.

>> KLIK DISINI UNTUK MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN HEBAT HPA << _uacct = “UA-2343101-1”; urchinTracker();

Advertisements

14 Respons to "Mari Bersama Kami"

Soalan dari Husna Mohamad (disalin semula dari link ini: https://duniaherbahpa.wordpress.com/2007/08/17/mari-bersama-kami/#comment-894 ) :
assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang semak bonus melalui online. Bila akan beroperasi penuh? 2. bagaimana mahu mendapatkan nombor pin?

Waalaikumussalam Cik Husna, sekarang anda sudah boleh menyemak bonus anda di link ini >> http://www.hpa.com.my/bonus/index.php . Sila daftar terlebih dahulu ( http://www.hpa.com.my/bonus/daftar.php ) dan kemudian anda boleh semak bonus bulanan anda. Sistem tersebut hanya memaparkan jumlah bonus bulanan anda sahaja tidak termasuk cara kiraan lengkap. Selamat mencuba.

Soalan diambil dari link ini: https://duniaherbahpa.wordpress.com/2007/08/17/mari-bersama-kami/#comment-941

Asalamualaikaum! hebatnya web ni.hmm saya ahli herbalis HPA dari Langkawi mungkin kita boleh berkongsi pengalaman tentang perawatan InsyALLAH.
Nurulhuda adakah anda yang bersama saya dan Isteri ke kursus Herbalis kali ke9 tempohari?
Saya Herbalis HPA .pengalaman sebelum jadi herbalis biasa2 sahaja namun selepas pulang dari Kursus.pesakit yang saya bekam tidak dapat bangun selama 3 hari.pesakit yang lain saya beri ubat mengikut saranan Tuan Haji Ismail pesakit muntah teruk. pesakit yang lain minum minyak zaitun mengikut saranan Tuan Haji juga batuk teruk tidak berhenti-henti. semalam isteri membekam pesakit yang hampir kena demam campak.Alahmdulilah kesemua pesakit tersebut telah sembuh..mungkin anda ada cerita pengalaman yang unik macam Herbalis HPA di Indonesia pesakit dibekam keesokan harinya meninggal dunia Atau macam en.Halil diPahang pesakit diberi Ubat seminggu selepas itu pesakit itu meninggal dunia. kita mahu berkongsi pengalaman bagaimana herbalis ini menghadapi situasi bergini dengan berhemah InsyALLAH.

Komen:

Waalaikumussalam En Shamsuddin, terima kasih kerana sudi berkunjung ke web kami. Pn Nurul Huda yg dimaksudkan memang ada sertai sijil herbalis bersama tuan tempoh hari. Dari cerita2 yg tuan kongsikan menunjukkan tuan punya banyak pengalaman dalam perawatan. Ini adalah antara cabaran dan dugaan yg herbalis harus hadapi. Kepada semua pengunjung web ini yg mempunyai pengalaman unik merawat pesakit, silalah kongsikan bersama dan ceritakan bagaimana kalian semua menghadapinya. Kepada Pn Nurul Huda, harap dapat respon terhadap komen En Shamsuddin ini. Wassalam.

Salam en Shamsuddin..Maafkan saya kerana lambat memberi respon kepada e-mail anda. Saya masih baru dalam bidang ini, jadi pengalaman tak sebanyak en shamsuddin. Pengalaman membekam setakat ni pesakit yang dibekam memberikan kesan yang baik. Satu pengalaman merawat ibu saudara saya yang terlantar sakit lumpuh akibat keracunan steroid. Saya menggunakan minyak lumpuh ( produk SLM ) untuk disapu dan urut badan, dalam masa yang sama saya bagi kopi radix dan spirumadu. Alhamdulillah minggu ke 3 beliau merasakan badan agak ringan, tangan boleh angkat dan dapat membuang air besar dengan normal dan baik tanpa perlu bergantung alat bantuan ( pump ). Allah lebih berkuasa kerana respon positif itu berlaku pada minggu terakhir hayat beliau, meninggal dunia 3 minggu lepas. Alhamdulillah segalanya dapat diterima dengan baik oleh ahli keluarga arwah. Pengalaman lain2 ada yang negatif dan ada juga yang positif. Ada jugak orang yang cakap saya belajar ilmu mengarut bila diagnos tapak tangan. Apapun kita kena tenang, dan kena lah rujuk kepada orang yang lebih berpengalaman jika berlaku sesuatu. Saya turut mengharapkan jika ada herbalis yang banyak pengalaman merawat dan pernah menghadapi berbagai situasi agar dapat berkongsikan tips untuk menghadapi kemungkinan2 dan situasi yang kadang2 kita tidak jangkakan. Wassalam.

1. Bagaimana saya nak mengikuti kursus mingguan di kelantan?
2. Boehkah saya nak mengikuti PBC di kelantan dengan menjadi salah seorang AJK untuk program tersebut?
Saya sudah mengikuti PBC di Naza hotel Penang pada bulan 10 yang lalu.. kini saya baru bertukar kerja di kelantan…

Salam En Syed,

1. Sila hubungi pihak HPA Kelantan atau HQ HPA Perlis, 049776805 utk info ttg kelas mingguan di sana.

2. Sila ajukan pertanyaan berkenaan ingin menjadi AJK kpd organizer PBC di tmpt tersebut terlebih dahulu. Atau hubungi terus HQ HPA, 049776805.

Wassalam.

tolong buat cabang di denpasar,bali..ibu saya sudah pakai..saya mau bantu sebarkan,bagaimana caranya//?????

Salam Fitri, sila berhubung dgn pihak HPA Indonesia. Anda boleh masuk laman web berikut utk maklumat lanjut:

http://www.hpa-indonesia.net
http://www.hpabiz.com
http://www.eramuslim.com/hrb/acv/

a’kum.saya tlh mmbuka stokis hpa di kedai tmn guru ktn.saya anak herbalis Halil pahang.saya ingin berkongsi pngalaman..ayah saya sedang merawat seorang pesakit buah pinggang yg tlh mnggunakan mesin hemodialisis.ayah sy tlh memberi mkn sebiji malac/hari yg direndam terlebih dahulu dlm air panas dan diminum air rendaman.hampas dibuang.alhmdillh slps beberapa mggu,tekanan darah,jantung makin baik.kmdian ditmbah dengan spirumadu.slps habis hmpir sebotol..keadaannya smkin baik.kemudian ditambah dgn teh herba.malac ditambah 1biji pg n 1 biji mlm.alhmdllh kesihatannya smkin baik.malac kemudinnya ditukar dgn rebusan alac.kesannya dr sukar utk membuang air patien tu dah blh buang dgn normal,kerap n lancar.badan yg kurus smkn berisi.alhmdulillh berkat yakin dgn kuasa penyembuhan dr Allah..beliau smkn sihat adanya..wsslm

Salam Khosy, testimoni yg sgt baik drpd anda. Terima kasih. Semoga anda yg lain dpt berkongsi testimoni anda semua menggunakan produk HPA di web ini. Wassalam.

askum?

ana nak kepastian yang menyatakan MLM yang HPA buat adalah mengikut syariah…supaya senang untuk diterangkan kepada pengguna.

salam..
saya nak tahu produk hpa apa yg dsarankn utk saya n hubby. saya dh 2 thn kahwin tp lum ada zuriat. masa ni saya ada buat rwtn ambil ubt subur sj. masalahnya saya punya period x menentu dan hubby pula low sperm count. harap dpt membantu..

Terimakasih Nurul Huda
datanglah keLangkawi Boleh Kita Berbincang
Pengalaman hari ini 24/01/09 Kak Yam Herbalis Bagan Serai Datang Berbincang Dgn Saya Dan Isteri. Tempohari Tarmizi Dan Wahida (anak dan Menantu Tn. Hj Pun ada datang menginap ditertak kami. sila datang boleh bertukar-tukar ilmu.. atau call 0195046372

Salam Admin DuniaHerbaHPA….

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: