Dunia Herba HPA

Flourida: Kesan Terhadap Manusia

Posted on: 24 Ogos, 2007

Flourida: Kesan Terhadap Manusia
12 January 2007
Oleh SMAHADZIR

TANAMAN musnah, sumber pendapatan terjejas. Penduduk sebuah perkampungan di Pulau Pinang menjadi resah, berikutan kehadiran kilang batu-bata berdekatan kebun mereka. Mereka yakin pencemaran dari kilang itu penyebabnya. Kegusaran itu disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan sewajarnya. Siasatan telah membabitkan pakar tempatan telah diusahakan dan keputusannya, pencemaran fluorida dari kilang batu-bata disahkan punca kerosakan tersebut.

Tiga buah negara telah mengharamkan penggunaan fluorida. Hakikatnya, seorang kanak-kanak dari Highams Park, Essex menerima pampasan kira-kira RM4,500 daripada sebuah syarikat pengeluar ubat gigi ternama di England. Kevin Isaacs disahkan menghidap sejenis karang gigi dikenali sebagai ‘dental fluorisis’, yang menyebabkan bahagian dalam giginya reput, berikutan kandungan fluorida tinggi dalam ubat gigi itu. Selain masalah gigi, kajian turut mengenal pasti pelbagai masalah lain ekoran kehadiran fluorida berlebihan dalam sistem badan.

Ketua Penyelidik Kajian Kesihatan Awam Universiti Michigan, Maryfran F Sowers berkata, kehadiran fluorida tinggi dalam sistem badan melemahkan tulang wanita, terutama yang sedang menjalani proses putus haid. Katanya, mereka yang terdedah kepada kadar fluorida tinggi menghadapi dua kali ganda risiko untuk mengalami sakit tulang, terutama di bahagian pinggang, sendi dan punggung. Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM).

Profesor Dzulkifli Abdul Razak berkata, bahan itu lebih memudaratkan pesakit buah pinggang, jantung, kencing manis dan AIDS. Pensyarah di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sulaiman Noordin, sebelum ini pernah menyarankan kerajaan mengharamkan fluorida dalam proses rawatan air kerana penggunaannya hanya mendedahkan pengguna kepada pelbagai masalah kesihatan.

Beliau berkata, kajian menunjukkan fluorida bukanlah satu bahan pemakanan, sebaliknya bersifat toksik dan boleh merosakkan fungsi organ tertentu. (Pada masa ini, proses rawatan air di negara ini masih menggunakan fluorida bertujuan mencegah kerosakan gigi. Fluorida dalam bentuk sodium siliko-fluorida digunakan pada kadar yang ditetapkan Program Pengawasan Kualiti Air Minuman Kebangsaan 1983 Kementerian Kesihatan, berpandukan Garis Panduan Kualiti Air Minuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu antara 0. 7 hingga 0. 9 bahagian per juta (ppm).

Dr Sulaiman berkata, penggunaan fluorida terutama oleh golongan berumur disifatkan sebagai penganiayaan kerana bahan itu tidak lagi diperlukan dalam sistem tubuh mereka. Kanak-kanak yang keracunan fluorida juga mengalami insomnia, muntah, dan bibir bengkak. Kajian terbaru menunjukkan kaitan pendedahan fluorida dengan kemerosotan tahap cerdik-pantai (IQ) pada kanak-kanak. Sehubungan itu, katanya, banyak negara seperti Belanda, Norway dan sebahagian Amerika Syarikat sudah mengharamkan bahan itu dalam air, berikutan banyak kajian yang mendapati fluorida tidak perlu bagi kesihatan manusia. Kanak-kanak yang keracunan fluorida juga mengalami insomnia, muntah dan bibir bengkak.

Kajian terbaru menunjukkan kaitan pendedahan fluorida dengan kemerosotan tahap cerdik-pandai (IQ) pada kanak-kanak penduduk kampung di Bukit Mertajam ini pastinya mencatat nama sebagai kumpulan awam pertama di negara ini yang mengheret sebuah industri ke mahkamah atas kesalahan mencemari alam sekitar dan merosakkan tanaman jika hasrat mendakwa syarikat itu diteruskan. Aduan demi aduan dikemukakan pihak berkuasa tempatan, JAS dan CAP, yang mana akhirnya mendapatkan perkhidmatan Dr Azman Zainal Abidin, pensyarah Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa penyelidik lain bagi menjalankan kajian dikawasan terbabit. Sekali imbas, melihat keadaan tanaman durian dan pisang di kebun itu yang kering tidak bermaya, mungkin ada mengandaikan tanaman itu diserang penyakit.

Bagaimanapun, hasil kajian terperinci dijalankan, serangan penyakit disahkan bukan punca kerosakan tanaman berkenaan, sebaliknya pencemaran fluorida dari kilang batu-bata yang beroperasi berhampiran kebun itu. Ujian dijalankan ke atas daun, tanah serta udara di kawasan itu jelas membuktikan kehadiran fluorida pada kuantiti tinggi, sehingga menyebabkan kerosakan kepada tanaman berkenaan. Kepada banyak pihak, pencemaran atau kemudaratan disebabkan fluorida adalah sesuatu yang baru dan tidak boleh diterima akal, apatah lagi kepada manusia ekoran penggunaannya dalam proses rawatan air dan ubat gigi bagi melindungi gigi.

Hakikatnya, pelbagai penyelidikan mengenal pasti kemudaratan fluorida kepada manusia, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar, khususnya di sekitar loji superfosfat, kilang kaca dan enamel selain kilang batu-bata. Dalam satu kajian dijalankan di pinggir Flemish, Belgium pada 1974-1975, didapati fluorida yang dibebaskan kilang batu-bata di kawasan berkenaan menyebabkan kecederaaan pada haiwan ternakan. Berdasarkan pengeluaran sebanyak 12 juta hingga 15 juta keping batu-bata setahun, antara 1,900 hingga 2,355 kilogram (KG) fluorida dibebaskan setiap tahun.

Jumlah itu bersamaan 5.2 hingga 6.5 kg fluorida setiap hari atau 216 hingga 260 gram fluorida setiap satu jam. (Pengiraan ini dibuat berdasarkan kadar 30 hingga 95% daripada fluorida dalam tanah liat dibebaskan dalam bentuk hidrogen fluorida dan silikon tetrafluorida ketika proses pembakaran. Ia dibebaskan bersama-sama asap hitam dan partikel lain). Dr Azman berkata, masalah dihadapi penduduk kampung di Bukit Mertajam itu dan faktor penyebabnya hampir sama dengan pengalaman penduduk di Flemish, menyebabkan pihaknya membuat pengukuran fluorida di kawasan berkenaan.

Pengukuran pada udara, tanah serta daun di kawasan terbabit mendapati paras fluorida pada udara dan daun adalah tinggi, masing-masing antara 6. 4 hingga 10. 3 mikrogram bagi setiap meter padu (ug/m3) dan kira-kira 30 ppm pada daun pisang serta 48 ppm bagi daun durian. Kajian perbandingan juga dijalankan di sebuah kilang batu-bata di Johor. Analisis udara menunjukkan paras fluorida di kawasan terbabit tinggi iaitu 5. 62 ug/m3 begitu juga paras fluorida pada daun iaitu antara 31. 5 hingga 58. 7 ppm. Keadaaan ini ternyata jauh berbeza di kawasan yang tidak dicemari asap kilang batu-bata.

Persampelan yang dijalankan ke atas udara dan daun durian di kawasan berkenaan mencatatkan paras fluorida jauh lebih rendah berbanding bacaan di kawasan tercemar iaitu masing-masing 0.05 ug/m3 dan sekitar 5 ppm. Kehadiran fluorida tinggi pada daun ini, kata Dr Azman, menjelaskan mengapa kebanyakan tanaman di perkampungan itu kelihatan tidak sihat. Fluorida yang dibebaskan kilang ini diserap daun menyebabkan ia keracunan atau rosak. Daun mengalami nekrosis (kekeringan) menyebabkan proses fotosintesis, iaitu proses membuat makanan oleh tumbuhan terganggu, sekali gus menjejaskan hasil tanaman.

Kenyataan bahawa kilang batu-bata ini satu-satunya industri yang beroperasi di kawasan itu, tidak syak lagi bahawa pencemaran fluorida berpunca dari kilang itu. Hujah ini diperkuatkan hasil ujian tanah dengan paras fluorida yang rendah iaitu kira-kira empat ppm saja. Ini jelas membuktikan peningkatan fluorida di udara dan daun bukan disumbangkan oleh tanah. Malangnya, tidak seperti pencemaran udara lain, pencemaran fluorida ini kurang diberi perhatian. Tidak ramai maklum bahawa bahan ini yang antara lain dibebaskan kilang batu-bata, mampu memudaratkan hidupan di muka bumi.

Kehadirannya dalam alam sekitar, boleh menjejaskan sistem rantaian makanan. Fluorida dalam udara, diserap tumbuhan, yang kemudiannya dimakan haiwan ternakan. Haiwan ini kemudiannya dimakan manusia menyebabkan bahan pencemar ini memasuki dan mengganggu sistem tubuh badan. Seperti galian lain yang diperlukan hidupan untuk tumbesaran, pengambilan fluorida secara berlebihan mendatangkan kesan buruk. Kajian yang dijalankan ke atas haiwan ternakan di Flemish menunjukkan haiwan yang diracuni bahan itu mengalami masalah pendarahan gusi serta gigi dan tulang reput menyebabkan haiwan tidak boleh berjalan seterusnya menemui maut.

Seperti haiwan ternakan, kesan sama juga boleh dialami manusia apabila mengambil fluorida secara berlebihan. Malah, kehadirannya dalam sistem badan juga boleh mengganggu fungsi enzim dan menjejaskan sistem pelalian. Berbalik kepada kes di Bukit Mertajam, pemilik kilang batu-bata itu bagaimanapun bernasib baik kerana penduduk kampung terbabit akhirnya bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah. Mungkin kerana kesediaan pemilik kilang mengakui kesilapan, membayar pampasan ganti rugi sewajarnya selain melaksanakan langkah bagi menangani masalah pencemaran itu.

Bagaimanapun, masalah ini tidak akan berakhir di sini. Pencemaran fluorida khususnya oleh kilang batu-bata akan berlanjutan selagi permintaan batu-bata menguasai pasaran. Bagaimanapun, keperluan pasaran tidak bermakna kesejahteraan kehidupan dan persekitaran harus dikorbankan. Setiap pihak terbabit kerajaan negeri khususnya PBT serta Pejabat Tanah dan Galian, JAS, pemilik kilang dan orang ramai berfungsi tersendiri bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan berjalan seiringan.

Dalam hal ini kerajaan negeri, khususnya Pejabat Tanah dan Galian serta PBT harus lebih peka dalam memberi kelulusan operasi kepada kilang seumpama di. Pengezonan kawasan perlu dibuat secara lebih terperinci bagi memastikan kegiatan industri tidak mengganggu kawasan perumahan atau pertanian. Pengarah JAS Johor, Tengku Bakery Shah Tengku Johan Berkata, pemberian kelulusan oleh pihak terbabit tanpa merujuk atau mendapatkan nasihat JAS terlebih dulu, adalah antara punca wujudnya kegiatan industri di dalam atau berdekatan zon penempatan.

Masalah ini berleluasa mungkin disebabkan ketiadaan peraturan yang mewajibkan pihak berkuasa merujuk kepada JAS sebelum mengeluarkan lesen kepada industri. Tidak keterlaluan jika dikatakan banyak pihak yang lebih gemar tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerana ia lebih menjimatkan dan memudahkan kerja. Apalah yang ada pada garis panduan, mungkin itu yang difikirkan setiap pihak terbabit. Sedangkan peraturan lagi diketepikan, inikan pula garis panduan, yang sekadar satu cadangan, langkah ke arah pembangunan mapan. Kebanyakan pengusaha indusri juga lebihrela membayar denda daripada melabur sejumlah wang besar untuk kesejahteraan orang ramai dan alam sekitar.

Berdasarkan Peraturan Udara Bersih 1978 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996), kilang batu-batu perlu mempunyai cerobong pada ketinggian tertentu bagi memastikan kapasiti pencemaran yang dilepaskan tidak memudaratkan manusia dan alam sekitar. Menggunakan Model Serakan Gaussian United Kingdom, ketinggian cerobong dikira berdasarkan kuantiti asap atau pencemar yang dilepaskan, diameter (garis pusat) atau saiz cerobong dan proses yang digunakan bagi menghasilkan batu-bata itu, termasuk jenis bahan api yang digunakan.

Jelas Tengku Bakery, bahan api pejal seperti kayu dan habuk gergaji tidak lagi dibenarkan kerana ia menyebabkan proses pembakaran tidak lengkap dan menghasilkan lebih banyak bahan pencemar. Pada masa ini, hanya diesel boleh digunakan. Pemasangan cerobong pada ketinggian dan garis pusat yang betul adalah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pencemaran fluorida. Pada ukuran yang sesuai, proses serakan dan pencairan pencemar, termasuk fluorida di atmosfera akan bertambah.
Pemilihan bahan api yang tepat juga penting, setidak-tidaknya bagi mengurangkan asap hitam yang dibebaskan bersama-sama ketika proses pembakaran. (Langkah ini tidak dapat menghilangkan fluorida). Satu lagi cara, kata Dr Azman, ialah mengubah hidrogen fluorida (bentuk gas) yang dibebaskan kepada bahan yang kurang reaktif atau lengai (garam). Namun, kaedah ini memerlukan belanja yang besar dan tidak ekonomi untuk dilaksanakan industri, khususnya industri batu-bata pada masa ini.

Sungguhpun begitu, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Penempatan industri di kawasan sewajarnya, yang jauh daripada penempatan atau kawasan pertanian, bukan saja memastikan persekitaran, kesihatan manusia dan hasil pertanian tidak terjejas, malah menjimatkan masa, tenaga dan wang yang perlu dikeluarkan untuk memulihkan kerosakan yang berlaku.

Artikel ini dipetik dari http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=96

Advertisements

1 Response to "Flourida: Kesan Terhadap Manusia"

Ish…bahaye nye…jename2 kt pasaran 2 bole dipercayai ker…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: