Dunia Herba HPA

Set Kosmetik HPA

Posted on: 16 September, 2007

setcentella.jpg

Ini adalah set kosmetik HPA yg mengandungi 7 produk di dalamnya. Produk-produk tersebut ialah:

1. BRIGHTENING CLEANSING GEL (75g)

-harga ahli: RM 18, bukan ahli: RM 28, NM: 5

2. CALMING FLUID (TONER) (50g)
-harga ahli: RM 22, bukan ahli: RM 33, NM: 4

3. LIGHT MOISTURE BALANCE (75g)
-harga ahli: RM 38, bukan ahli: RM 49, NM: 8

4. MULTI VITAMIN SCRUB MASK (60g)
-harga ahli: RM 45, bukan ahli: RM 59, NM: 8

5. BRIGHTENING NIGHT CREAM (50g)
-harga ahli: RM 56, bukan ahli: RM 69, NM: 10

6. INTENSIVE BRIGHTENING ESSENCE (30g)
-harga ahli: RM 75, bukan ahli: RM 99, NM: 15

7. BODY HYDRATING LOTION (100g)
-harga ahli: RM 18, bukan ahli: RM 25, NM: 4

Penerangan tentang cara penggunaan produk ini ada terdapat pada setiap produk. Dicadangkan agar menggunakannya selama 10 hari berturut-turut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Info tambahan:

CARA MENGGUNAKAN PRODUK
1. Guna Centella White dengan istiqamah
2. Setiap pagi dan malam
3. Gunakan dengan cara yang betul dan teratur
4. Gunakan span muka untuk mendapatkan kebersihan yang maksimum
5. Kesan yang hebat dapat dilihat dalam masa 60 hari penggunaannya

PERINGATAN
1. Jika terjadi jerawat selepas penggunaan produk:

Sapu muka dgn madu 2x seminggu
Minum air 8 gelas sehari
Jgn terlalu lama ‘masage’ muka
Lebihkan pemakanan vitamin c
Pastikan tidak sembelit
Mask muka dgn spirulina 1x seminggu

2. Dengan penggunaan yang betul anda akan dapat hasil yang memuaskan.

Harga Pengguna (1 Set)
Semenanjung Malaysia: RM 362
Sabah & Sarawak: RM 392

Harga Pengedar HPA (1 Set)
Semenanjung Malaysia: RM 272
Sabah & Sarawak: RM 300

Nilai Mata (NM): 54

Advertisements

31 Respons to "Set Kosmetik HPA"

salam…saya ingin bertanya kenapa ada yg menggunakan kosmetik nie mukanya menjd merah2 dan keluar jerawat…adakah produk kosmetik ni perlu digunakan utk kulit muka yg tertentu sahaja???

Salam Pengguna, seeloknya anda menggunakan produk ini dengan dibantu oleh mereka yg pakar terlebih dahulu memandangkan ini adalah produk baru. Diharap anda dapat merujuk kpd leader anda atau staf cawangan HPA sebelum menggunakannya. Sertailah bengkel kosmetik HPA jika HPA ada menganjurkannya di kawasan anda. Anda juga boleh dapatkan buku khas ttg produk kosmetik HPA di cawangan HPA berhampiran anda. Wassalam.

salam..kenapa saya beli moisturizer RM40,kat sni tulis RM38..mane satu betul??
saya beli hari ni kat HPA Ampang,HATA Square..

Assalammualaikum,

Saya setuju dgn Aqilah, saya beli di Sri Serdang pun RM40.00 tapi dlm web hpa tulis RM38.00. Sapa yg boleh jawab ni?

Lagi satu nak tanya, kenapa produk ni NM nye sikit iaitu 8 tapi harga RM40, sedangkan Spirulina NMnye 10 tp harga cuma RM24.

TQ.

Salam Aqilah dan Juliana, saya akan semak semula harga bg moisturizer nanti. Setiap harga produk HPA dibahagikan kpd kos pembuatan produk, untung syarikat dan pemberian bonus. Nilai mata (NM) mewakili pemberian bonus. Setiap produk mempunyai kos yg berbeza2 dan sbb itulah kita lihat ada produk yg tinggi harganya tapi NM kecil dan ada juga produk yg harga rendah tapi NM tinggi (cth: Mega 3 kapsul, RM 24, NM 15). Harap faham dgn situasi ini. Wassalam.

ok ke produk ni….utk umur brape, muda mudi mcm saya ni (24) ok ke…ni berasaskan bhn organik ke herba ke apa.cite skit kt web ni baru suma tau…

Assalammualaikum………..
Di sini ingin saya bertanya mengenai harga, Centella White.Saya adalah ahli
HPA, berapa sebenarnya harga yang patut saya jual untuk kesemua produk ini.Saya harap Dunia Herba HPA dapat membantu masalah saya,
Wasalam

Salam Qistina, wanita akil baligh sudah boleh mencuba kosmetik HPA ini. Produk ini berasaskan 100% herba. Info selanjutnya akan dikemaskini kemudian. Harap bersabar.

dah..dah jumpa hpa..diorg cuma kata tak sesuai jer dn kata kena pakai penyegar……saya pun dh stop cmtu jer pakai…sbb takut bila dh pakai pnyegar naik lagi jerawat..sbb kulit sasya mana ada apa2..cuma kering jer

saya nak bertanye..kulit bjerawat sesuai ke mgunakan produk nie?ada ke produk terbaik utk muka bjerawat?

a’kum..produk nie boleh m’bantu memudar kn parut jerawat yg kmerah2an & hitam ke?..

salam. saya ahli hpa jugak.. teringin nak beli set kecantikan ni.. brapa harga semuanya eh? malas pulak nak kira sendiri.. tq.

Salam..
adakah produk ini sesuai / berkesan untuk jeragat dan kulit kusam?

salam, na sekarang sedang mencari produk pencuci muka….sebab sekarnag guna LOREAL…huhuhuhu, Allahua’kbar…mahal nyer harga ermmm

kulit na adalah combination antara kulit kering dan kulit berminyak..sesuai kerr ni

Salam.saya pakai gak set ni tapi x semua la cuma guna pencuci gel,penyegar dan brightening essence je.

dulu pakai shahira mmg best la tp bila pk2 kaji2 ia bukan buatan muslim jadi terus stop. So cuba le set ni plak w/pun agak mahal.

Mula2 tu keluar gak jerawat. Maklum la dulu jerawat da ok,lagipun kulit sensitif. Tapi saya teruskan gak. Kalu timbul jerawat guna anti pimple cream tu titikan je kat tpt jerawat lps cuci muka.

Sekarang ni da ok,sama je mcm pakai produk shahira tu. Tiada kesangsian lagi.

Lagipun bila guna produk yg ada bhn kimia mmg la bila bertukar maka akan timbul alahan. Yg penting istiqamah,yakin.InsyaAllah berhasil.

saya mempunyai kulit yang kusan menyebabkan muka nampak gelap. muka saya juga agak kering. camne nak dapatkan kulit yang puteh dan gebu. saya banyak mencuba produk tatapi kurang berhasil. saya amat berharap produk hpa dapat membantu dan sama membantu usahawan bumiputera kita.

assalamualaikum..saya ingin berkongsi pengalaman sket sepanjang menggunakan produk nie..

sy ni seorang yg bermuka sensitif.mula2 nak pakai produk ni,takut jgk la..sy survey dulu puas2 ttg produk ni..tapi,masih rasa was2..

tapi..akhirnya,sy istikharah..sy ikhlaskan niat..yakin dgn produk Islam..kita nak jaga kecantikan pun,halal haram kena tgk jgk..selawat banyak2 sebelum pakai produk ni.yela..pokok pangkal semuanya dgn izin Allah..kita cuma berusaha..

setelah beberapa lama pakai,alhamdulillah..saya sangat puas hati.
takde apa2 kesan yang negatif..dan kulit saya lebih lembut dan sihat.tak merah2..yang penting,kulit rasa lebih sihat,tegang dan seimbang..

yang pasti, sepanjang sy pakai produk ni..kulit lebih sihat dan lembut..alhamdulillah..tahniah HPA..

Yg masih was2 cuba dapatkan nasihat pakar atau perunding kecantikan HPA sendiri untuk maklumat lanjut.pakai mesti ikut cara2 nya baru dapat kesan yang baik..

bagi yang berjerawat atau yang mempunyai masalah kulit yg kronik..sila dapatkan nasihat pakar atau doktor..

bagi sy sendiri,tiada kesangsian lagi tentang produk ni..selamat,bermutu tinggi(setanding dgn produk antarabangsa)dan halal.

inilah produk yg saya tunggu2 selama ni..mencerah,merawat dan memelihara kulit dgn selamat,dan paling penting halal..tapi kena ingat,pokok pangkalnya,adalah Allah..doa banyak2,selawat sebelum pakai..mudah2an Allah akan berikan yang terbaik utk kita..amin..

Salam semua…
Saya merupakan pengguna toner, pelembap dan UV-filter HPA sejak 3 bulan lalu.
Sejak belasan tahun, kulit saya tersangat gelap kerana aktif di luar. Tambahan pula masalah jerawat dan berminyak yang kronik (lepas mandi pun saya boleh berpeluh), kronik sungguh! Parut jerawat pula banyak.

Alhamdulillah, selepas guna tiga sahaja produk di atas secara istiqamah, ditambah penggunaan sabun Whitening & Firming Centella, kulit saya makin cerah dan parut dah beransur-ansur hilang. Kawan-kawan pun akui perubahan kulit saya dan mereka turut membeli produk Centella.

Saya bukanlah jenis percayakan MLM, namun selepas merasai keberkesanan produk ini, saya dengan rela hati mendaftarkan diri.

Oh ya,
Cara menggunakan seperti yang ditulis.
Cuba pula sabun whitening dan firming… saya menggunakannya setiap malam sebelum tidur. Sapu pada muka dan biarkan begitu saja. Basuh esok pagi bila bangun.

:)

salam…
tringin nak mcuba, tp xmampu lagi. sbb masih student. skrg sy tgh mcuba sabun pegaga asiatica. kalau nak campurkan penggunaan sabun asiatica dengan produk centella ni boleh ke?

~ingin tahu~

salam..
saya berminat nak guna set ni, mcm2 produk dh guna tapi x kesan sgt. bila tertinggal lagi hitam muka. blh ke produk ini membantu cerahkan kulit muka saya yg kusam gelap dek panas matahari jerawat nasi bayak d zon T. melalui web site ni boleh ke sy nak berhubung dgn pakar kecantikan hpa.Ade ke hpa sediakan kursus kecantikan. saya ni kat gerik perak. Terima kasih.

saya mengalami masalah kulit muka…tak teruk sangat…tapi terdapat jerawat2 kecil di muka…tak sakit…tak bernanah tapt bila picit keluar warna…bukan nanah…adakah saya sesuai menggunakan produk ini?

saya mempunyai lingkaran hitam di bawah dan sekeliling mata. tolong bantu unntuk menghilangkan nya. terima kasih

salam..
nak tanya… semua produk nie sesuai tuk digunakan tuk semua jenis kulit ker macam mana?

Assalamualaikum….
saya sedang mencari2 produk kosmetik seperti lipstik, bedak kompak, pemerah pipi, eye shadow, berus kosmetik dll yg berkaitan kosmetik… terima kasih…

salam….
nk tanya..kenapa susah sgt nk dapatkan penyegar hpa.?.dah 3 bulan saya menggunakan sabun whitening dan firming tanpa toner..so saya terpaksa campur gan produk lain.

salam…bagaimana saya nk dapatkan toner centella nie..?terima kasih

asslm. saya anggota HPA yang tinggal di jakarta, indonesia.
jika saya ingin membeli produk kosmetik HPA ini, bgmn kah caranya ?
Terima kasih atas jwbnnya.
wasslm.

SALAM…
adakah produk ini blh diguna bg ibu yg mengandungg

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: