Dunia Herba HPA

Bagaimana Caranya Untuk Menjadi Ahli Koperasi HPA

Posted on: 16 Oktober, 2007

  • Begitu mudah menyertainya. Walau di mana anda berada, anda tetap berpeluang untuk menjadi ahli koperasi. Keahlian koperasi ini terbuka kepada ahli HPA sahaja. Jadi, anda perlu menjadi ahli HPA terlebih dahulu sebelum menjadi ahli dan pelabur dalam koperasi HPA.
  • Borang keahlian koperasi boleh diperolehi di Kompleks HPA, cawangan dan pejabat Koperasi HPA di seluruh negara.
  • Borang yang lengkap diisi dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat agensi berdekatan bersama-sama yuran RM 10 dan saham minima sebanyak RM 200 untuk diproses.
  • Resit bayaran akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.
  • Permohonan yang lengkap akan diproses oleh HQ dalam masa 2 hari sahaja.

*Ramai orang bertanyakan tentang koperasi HPA ini, jadi kami war-warkan semula cara dan kaedah menyertainya. Rebutlah peluang pelaburan ini segera agar tiada antara kita yang ketinggalan.

Advertisements

18 Respons to "Bagaimana Caranya Untuk Menjadi Ahli Koperasi HPA"

cuma ingin bertanya, saham ini satu unit RM200 ke? perkiraan keuntungannya berapa % dan diberi adakah di beri pada setiap hujung tahun?

Salam Cik Liza, saham minima ialah RM 200. Anggaran pulangan setahun ialah 10-20% dan dijamin paling minima ialah 10%, InsyaAllah. Ia bergantung kepada jualan produk Kopi Radix, Radix Cola dan Kopi O Radix. Wassalam.

selain ahli bagaimana nak jadi stokis. saya mempunyai sebuah kedai di taman koperasi cuepacs bt 12 jalan cheras, kajang selangor

Salam En Ibrahim, utk menjadi stokis, anda perlu sertai program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) terlebih dahulu. Selepas itu, anda perlu memohon dengan pihak HQ HPA utk menjadi stokis. Sila dapatkan borang permohonan agen stok di cawangan HPA.

Syarat lain utk menjadi stokis HPA:

1. Modal permulaan RM 5 ribu
2. Mempunyai downline sekurang-kurangya 15 org

Wassalam.

Salam…disini saya ingin bertanya,mengenai bagaimana dividen akan diagihkan kepada ahli dan bagaimana jika ingin menambah modal atau mengeluarkannya, serta dimana saya boleh dapatkan cawangan HPA di melaka.

Salam,
Setahu saya HPA menjual berbagai jenis produk. Adakah dividen bagi anggota Koperasi HDA berdasarkan produk kopi sahaja?

Terima kasih.

Salam,..
jika saya telah menyertai saham minima RM200, adakah perlu saya membeli saham tambahan atau terpulang kepada saya?
sudah berapa lamakah saham koperasi ini dilancarkan, dan berapa kalikah telah diagihkan dividen setakat ini?

Salam,

Ada limit maksimum utk pelaburan?

Salam, bagaimana syarat untuk membuka franchise…apa kriteria..harap terangkan lebih lanjut mengenainya..

salam,
saya salah seorg penternak Lintah.. adakah pihakHPA berminat utk menjual produk kesihatan dgn mengunakan Lintah

Apakah syarat2 yang dikenakan untuk membuka RFC. Mohon penjelasan lanjut pihak tuan.
T.kasih

salam..saya nak tanya kelebihan koperasini…

saya berminat untuk menyertai skim koperasi nie. masih terbuka ker untuk sy menyertainya?
sy tinggal di ipoh. di mana perlu sy submit
borang yg telah di isi.

Salam..Saya telah lama mnjadi ahli HPA,tetapi hanya utk kegunaan sekeluarga shj.Kini,Saya dan suami berminat utk menjadi stokis.Dimana boleh saya rujuk perkara ini?

saya ingin butiran lanjut mengenai pelaburan ini…..berminat nk bt….tp nk pham bg jelas….dulu…

kt mane nk dptkn link utk download online borang…utk jd ahli koperasi…

Salam HPA, saya dah lama dulu jadi ahli jadi boleh ke saya dapat laman web replika percuma sebagaimana ahli baru dapat ? terima kasih.

Salam HPA, saya nak tanya adakah perlu mengambil semua produk HPA ataupun boleh pilih produk yg di perlukan sahaja jika menjadi stokis ?

Dan 1 lagi pertanyaan saya ,bolehkah member dri Brunei nak order Kopi Radix Diet & Kopi/Koko Radix serta trial set skin care HPA direct kat HQ sebab di Brunei kita selalu tak cukup stok dan permintaan di sini cukup banyak juga.

Terima Kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: