Dunia Herba HPA

Ayam Organik HPA

Posted on: 26 Februari, 2008

aym

Harga Ayam Diturunkan

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan. Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan. Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah, tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia. Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.

Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli rm 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata. Skim ini berkuatkuasa serta-merta sehingga masa tertentu. Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal. InsyaAllah.

Sumber: Blog Tn Hj Ismail, jawiherbshop.blogspot.com

ayam56

Packaging baru ayam organik HPA

ayam-organik-hpa-v2.PNG

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

===========================================

Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=2

Advertisements

42 Respons to "Ayam Organik HPA"

Assalamua’laikum,
Minta maaf bebanyak nak komen pasal ayam ni, kenapa ayam yg dijual tidak ditulis bila tarikh sembelih dan tarikh luputnya, pembungkusan ayam juga tidak kelihatan menarik seperti mana yang terdapat dipasaraya.

Waalaikumussalam Fauziyah, terima kasih atas keprihatinan anda terhadap cara pembungkusan produk ayam HPA ini. Anda boleh kemukakan aduan kpd pihak HQ HPA dengan menghantar emel kpd wahida@hpa.com.my . kami juga akan berusaha memanjangkan komen anda ini kpd mereka.

Salam
Semua distrubutor ade bekalan ayam ke, kalau kat melaka dimana saya boleh dapatkan.

terima kasih

Salam, pembalut ayam telah diperbaharui dan disertakan tarikh luput.

Salam Abd Aziz, rujuk link ini: http://duniaherbahpa.com/2008/senarai-penuh-cawangan-hpa-seluruh-malaysia/

minta penjelasan dalam artikel diatas tentang yang berminat nak bela ayam menggunakan reban sendiri,sekiranya saya berminat apa yang saya perlu buat,kalau boleh beri sekali no telefon untuk saya hubungi.

saya menetap di kemaman,trg..
mcmana nk dapatkan bekalan aym yg dah siap diproses utk dijual?
berapkah harga modal bg setiap seekor aym yg diberi kpd pegusaha kecil2lan…?

kenapa kopi radix jumbo dah naik harga..?
dulu rm24 je sekarang dh jadi rm26..

akum..

di permis mana boleh didapati produk ayam ni ? area kota baharu khasnya boleh didapati dimana?

Saya masih lagi tak faham kenapa hpa tak benarkan ahli yang telah berdaftar bukan secara online tidak boleh buat promosi dan cari ahli menggunakan web autodownline..bukankah ini sesuatu yang tidak adil kepada ahli yang berdaftar bukan secara online..kami juga mahu bersama-sama menggunakan pendekatan autodownline ini.sepatutnya ahli diberi peluang melebarkan sayap hpa dgn kemudahan ICT yg sedia ada..

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.”

Saya berminat untuk menjadi pembekal ayam organik. Apakah syarat-syaratnya dan siapa patut saya hubungi?

berapa harga ayam ni sekilo….

Salam Fiqry, web autodwnline DuniaHerba.net ini bukanlah web rasmi HPA. Ia adalah inisiatif grup online kami sendiri. jadi kepada mereka yg sudah menjadi ahli HPA, anda tidak boleh menggunakannya utk menaja kerana web ini hanya utk mereka yg menjadi ahli hpa dibawah grup kami sahaja.
Salam Hayati, sila rujuk senarai cawangan HPA disini: http://duniaherbahpa.com/2008/senarai-penuh-cawangan-hpa-seluruh-malaysia/
Salam Saiful, ayam ini tidak dijual secara sekilo. ia dibungkus mengikut 1 ekor ayam.

kat mana saya boleh dptkan ayam HPA di shah alam?

Askm.

Saya telah mencuba ayam ayam organik ini. Dagingnya lembut dan ianya tidak mengecut apabila digoreng berbanding dengan ayam2 yg dibeli di pasar biasa.
Baguss dan teruskan usaha memartabatkan pemakanan produk Islam…

Wslm

Bagus jika Islam mula megeluarkan produk sendiri.Tetapi harganya kenape TERLALU MAHAL.Jauh sekali harga yg dijual di pasaraya2 Yahudi..Kalau mahal dalam seringgit tu boleh la tahan lagi..Ini sampai beringgit2..Cekik darah namanya tu. Maaf cakap..ini kebanyakan punca produk islam kalah dengan produk kafir..
Saya nak sokong produk Islam pun susah macam ni punya harga..Sapa yg larat beli tiap2 hari..

salam,

saya berminat dalam perniagaan yang tuan jalankan (ayam organik).kebetulan pada semester ini, kami ada mengikuti program entrepreneurship.jadi,kami ingin mengetahui bagaimana cara supaya kta dpt berbincang dan saya ingin bertanya soalan2 yang saya rasa penting..sekian terima kasih..
sama2 kta martabatkan makanan keluaran syarikat islam..

biasalah mahal. bak kata orang “cheap things are not good. good things are not cheap”

benda baik. insyaAllah nnt kalau semua org sokong, pengeluaran bertambah, boleh HPA kurangkan harga agaknya. kan?

jgn ckp mcmtu, nampak sangt xde smangat islam dlm diri, bnda halal dan baik memag la kosnya tingi sikit. tp jan xtau kalau nk bndingkn ayam organik hpa dgn ayam organik syarikat lain, harga kita jauh lebih rendah. berkira sangat dengan harga produk halal ini, sampai bila nk makan ayam babi???

saya mencari juga bekalan ayam nie di Johor Bahru..malang sungguh x de pown..kecewa rasanya..harap pihak HPA dpt memasarkanya diJB

assalamualaikum.
saya merupakan graduan diploma daripada UPM. saya berminat untuk menjadi penternak untuk memenuhi keperluan syarikat HPA. bagaimanakah saya boleh berhubung dengan syarikat HPA untuk menjadi pembekal ayam organik kepada syarikat ini?.

bagaimana nak ternak ayam organik?

assalamualaikum. saya sebagai saudara seislam ingin memberi sedikit pendapat. kita sebagai insan yang telah maju seharusnya dapat berfikir tentang apa yang baik dan buruk terhadap diri kita dan keluarga serta seluruh umat islam.kuatkanlah AKIDAH kita jangan kerana harga,cara bungkusan ayam organik dijadikan alasan. fardu kifayah yg telah HPA usahakan sangat kami hargai.kalau dibandingkan harga ayam biasa dgn ayam HPA tidaklah jauh beza tapi kualitinya sangat berbeza dan yg utamanya produk ini dpt kita makan tanpa was-was.utk mendapatkan harga yg lebih murah saya nasihatkan masuk ahli HPA.utk bekalan di JB hubungi saja e-mail mohd.shahfri@yahoo.com.my 0137559978 inshallah akan saya usahakan penghantarannya. SOKONGLAH PRODUK ISLAM.

assalamualaikum. utk masa depan saya syorkan HPA membuat produk makanan dlm tin seperti kari ayam organik dll. InshaAllah

alhamdulillah.. terus bersama HPA.. perteguhkan ekonomi ummah… insyaAllah

salam…nak tnya..kenapa ayam ni tk di jual dlam bentuk “part”.contok.mcm syap je..paha jer..dada je ker..sbb senang nak masak..mals nk potong2 lagi leceh lah…rasanya HPA perlu buat mcm tu mcm org kapir buat..

Assalamualaikum…saya berminat utk menceburi bidang penternakan ayam herba nie..apa perkara pertama perlu d lakukan..lokasi?modal?makanan?market?
anak jati Perlis..

Minta tolong semua pengedar hpa
Bagaimana saya nak dapat ayam organik halal hpa di sibu sarawak

salam..
saya berminat utk menceburkan diri dalam bidang ternakan ayam organik ni…
saya juga telah menternak ayam kg dan itik daging sekarang ni..
mcm mane sy nk dpt info lain? ada contact no person incharge?
—yang amat berminat—

salam,
tahniah buat HPA di atas penghasilan ayam organik.ada beberapa perkara saya mahu ketengahkan untuk perhatian pihak HPA.

1.Kesegaran ayam-elakkan ayam disimpan terlalu lama atau perbaiki kaedah pembungkusan.Saya tahu ayam organik tahan lama,tapi kalau dah lama sangat disejuk beku sendi ayam akan jadi kehitaman dan rasa pun kurang enak.Samada dijual oleh pengedar atau RFC.

2.Cara pemasakan ayam RFC-perlu dipertingkatkan lagi.Ayam ada yang kurang masak dan tasteless.tak tahu lah sama ada campuran tidak betul atau sebagainya.

Saya ikhlas ingin membantu pihak HPA membangunkan dan menambah baik apa yang telah dimajukan HPA.Saya amat berbangga dengan produk HPA.harap dapat ambil perhatian perkara yang saya utarakan.Utamakan kualiti dan kesucian.

memandangkan pemintaan ayam HPA tinggi disetiap negeri dan sampai susah ada stock/ mahal lagi tu.Jadi banyakkan lah ladang ternakan disetiap negeri.. boleh la saya jadi ushawan,,,,sokong barangan halal dari orang islam sendiri

“Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

saya dari sabah..ingin mengetahui lebih lanjut tentang kenyataan di atas.. macamana caranya untuk saya mendaftar sebagai penternak ayam tersebut.

Saya ingin tahu sama ada ayam organik HPA ini adalah ayam kampung. Saya sudah mencubanya dan enak sekali.

[…] Ayam Organik HPA August 2, 2010 Administrator Leave a comment Go to comments Ayam Organik HPA. […]

[…] AYAM ORGANIK HPA Written by duniaherbahpa on Feb 26th, 2008 | Filed under: Produk Makanan […]

Salam..

Saya pelajar tahun akhir d UPSI..kami telah diberi tugasan untuk mendapatkan mklumat berkenaan 1 peroduk inovasi d Malaysia dan saya berminat terhadap produk ayam organik hpa ini..saya ingin mengetahui bermula dari proses penyelidikan, cara pemprosesn dan juga pemasaran aym organik ini..bagaimana saya boleh mendapatkan mklumat ini ya? terima kasih.

suraya
sila ajukan permohonan anda melalui surat ke Al Wahida Marketing Sdn Bhd, No.311 tingkat 1,Taman Pengkalan Assam,Jalan Kangar-Alor Setar,01000 Kangar,Perlis atau melalui email ke o_khidhir@yahoo.com. @ fax 04-9775270

salam,
sajauh mana proses ayam HPA dipantau..setahu sy HPA..mempunyai byk syrikat2 lain…adakah setiap bulan kilang proses ayam di periksa…dari setiap sudut…sy teringin nk lihat proses ayam dengan 2 mata sy kalau boleh…betul2 bersih ke??

sy penjual ayam kampung..berminat utk tempahan ayam kampung sila email kami di mudahbiz2010@gmail.com..tqvm

wa’alaikumussalam…kita dlm proses meningkatkan mutu prosesan ayam,.namun halal tu insyaAllah

ayam organik insya Allah cukup berkualiti.

kami pengguna islam di sibu sarawak amat berharap hpa dapat menjual ayam organik di cawangan hpa sibu segera.

salam.

untuk soalan yang memerlukan tindakan dari pihak pengurusan hpa, seperti ingin menjadi pembekal,penternak,makanan ayam,dan lain-lain eloklah ditanyakan terus kepada pihak berkenaan.

Head Quaters(HQ)
LOT 1985,JALAN JEJAWI DALAM,
02600 ARAU,PERLIS, MALAYSIA
Tel : 604-9776805 Fax : 604-9774121

http://www.hpa.com.my/

Webmaster: Mahadi Che Haron
email: hpa4online@yahoo.com
Tel: 0139910717

atau nyatakan di facebook’

http://www.facebook.com/hpaindustries

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: