Dunia Herba HPA

HPA Buka Hotel (Harian Metro 25 Feb '08)

Posted on: 2 Mac, 2008

HPA buka hotel

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

hpa-buka-hotel.PNG

Sila klik gambar untuk besarkan

Hotel As-Salam, Restoran Radix Fried Chicken dibuka Jun depan

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik Bumiputera kini melebarkan sayap perniagaan dengan membuka hotel dan restoran makanan segera dalam usaha menawarkan lebih banyak produk berkualiti dan dijamin halal.

Syarikat yang terkenal dengan pengeluaran produk Kopi Radix itu akan membuka Hotel As-Salam dan restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang bakal beroperasi sepenuhnya pada Jun depan di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA yang ditubuhkan 10 tahun lalu dengan visi untuk menyediakan produk berkualiti yang suci dan halal kepada seluruh masyarakat.

“Selama ini kami menyediakan produk herba sebagai makanan tambahan sebelum mengembangkan perniagaan dalam bentuk minuman, kordial kosmetik dan pencuci.

“Ahli kami kini sudah melebihi 500,000 orang dan cawangan pula 60 di seluruh negara dengan jualan tertinggi syarikat RM8.1 juta pada Januari lalu.

“Justeru, tahun ini kami mensasarkan pendapatan RM20 juta dan dengan penubuhan hotel dan restoran makanan segera yang akan beroperasi Jun ini, jumlah itu bukannya mustahil,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ismail berkata, Hotel As-Salam menggunakan konsep seni bina Islam dan menyediakan bilik cukup selesa dan mempunyai semua kemudahan setanding hotel bertaraf bintang yang lain.

“Lebih penting hotel ini dijamin halal sepenuhnya,” katanya.

Mengenai restoran pula, beliau berkata, ia akan menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA di Perlis dan herba terpilih sebagai ramuannya.

“Kami sering dihantui kebimbangan makanan segera akan menyebabkan obesiti dan mengandungi bahan yang boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti kanser.

“RFC akan menggunakan semua bahan terpilih dan herba untuk kebaikan kesihatan pelanggan,” katanya.

Di RFC nanti, katanya, semua produk HPA seperti Kopi Radix, Radix O, Radix Cola, Radix Sarsi, Ceral Radix, Biskut Radix selain minuman kordial seperti Roselle, Pegaga dan lain-lain boleh diperoleh.

Mengenai Kopi Radix, Ismail berkata, jualannya cukup menggalakkan sehingga kilangnya di Kuala Perlis tidak dapat menampung keperluan menyebabkan HPA membuka satu lagi kilang di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Advertisements

2 Respons to "HPA Buka Hotel (Harian Metro 25 Feb '08)"

salam sayang buat warga kerja HPA. tahniah atas usaha anda yang berjaya membangunkan produk islam dimalaysia. lebih 2 lagi dalam persaingan sengit dalam bidang ekonomi yang dikuasai masyarakat bukan islam. bila nak mulakan penyebaran rfc di kota bharu? moga kelantan akan menjadi destinasi pelaburan anda seterusnya. mungkin juga pihak hpa boleh membuka kilang di kelantan. insya Allah saya percaya rakyat kelantan pasti akan menyokong anda. saya sekarang adalah pelajar malaysia di india dalam bidang perubatan. teruskan usaha anda menghasilkan produk hahalal toyyiban. mai secewe…..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: