Dunia Herba HPA

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Posted on: 21 Mei, 2008

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717. Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
Waktu Perniagaan RFC: 10 pagi – 11 malam.

rfc-as

rfc-as3

rfc-as4

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di beri peluang kepada ahli-ahli HPA yang berminat untuk melabur menerusi 1 pakej iaitu pakej RM 1.5 juta.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-

1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:

1. Modal RM1.5 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi.

==================================

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai RM 1.5 juta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% – 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi 04-4483716 (En Suhairi atau Ust Samad) atau 013-5309717 (Hj Fisal)

Advertisements

127 Respons to "Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah"

Tahniah di ucapkan semoga perniagaan yang berasaskan produk Islam akan lebih cemerlang di masa akan datang………lebih2 lagi di rasmikan oleh tokoh yang memperjuangkan Islam dalam persada politik malaysia

Terima kasih atas sokongan anda.

TAHNIAH SEMOGA ALLAH S.W.T
MEMBERKATI USAHA YG MURNI INI.
SAYA NAK TAHU ALAMAT LENGKAP LOKASI FRC.
BOLEH TOLONG BERIKANYA?
SAYA UCAPKAN JAZAKALLAH

Tahniah. Bila nk buat kat Selangor ke atau K.L. ?

Memang canggihlar tapi bukakle cawangan kat area KL atau Kuantan cepat-cepat yer..

alhamdulillah dah ada makanan segera yg kita mmg makan tanpa was2
KFC kita masih rasa ada was2..
wpun kata ada badan syariah sendiri

apa2 alhamdulillah

utk penduduk sg petani
RFC ni terletak di lagenda heights
sng nak jumpa kedai ni
tpt nye terletak antara bank islam dan maybank…
terbentang sign board merah dah naik
tp 1 jun baru dirasmikan

jum ramai2 warga sp kita jaya/majukan produk muslim
sokong barangan muslim tanpa was2

Tahniah dan syabas diucapkan……
harap dapat mengekalkan kualiti makanan yang dijual serta mengembangkan sayap perniagaan ke seluruh negara.
Mungkin perlu difikirkan sistem franchais selepas perniagaan, bekalan bahan mentah, policies and guidelines dapat dikukuhkan….. org lain juga berpeluang berniaga………

Alhamdulillah…tahniah dan syukur buat HPA yang memandang jauh kehadapan dalam pemakanan islam… bila boleh di buka di seremban?… perbanyakkanlah kedai seperti ini di buka di seluruh malaysia……..

Baguslah ada RFC ni, memang tunggu depa buka franchais di seantero negeri seluruh malaya. cuma bimbang ayam out of stock. bebaru ni saya nak istiqomah beli ayam organik dari stokis HPA di Kuantan, hampa sebab sekali shj dapat pastu ayam tak der….

makan ayam mmg sedap tp tak ramai yg nak jd pengusaha ayam termasuk saya :(

sebenarnya kat pasar2 tani di Kuantan ni banyak ayam organik yg tak berapa laku, kan elok kalau HPA JV dgn mereka.

Kalau warna merah tu di tukar kpd hijau lagi baguzzz…

Salam semua, terima kasih atas sokongan anda.

KENAPA LAMAN WEB HPA INDUSTRIES X UP TO DATE SPERTI WEBSITE NI?
TQ…..

Tahniah… tapi kenapa masih mengekalkan warna seperti KFC. taku jadi isu air asia ngan mas…
Kenapa tak kekalkan warna identiti>>>> Hijau

Salam Madu, soalan anda ni patutnya di tujukan kepada webmaster HPA. emel: webmaster@hpa.com.my
Salam wan, ini pendapat saya, jenama radix pada produk lain spt kopi dan cereal menggunakan warna asas merah. Mungkin ini sebabnya warna merah juga digunakan sbg warna tema restoran RFC ini. Lagi pun, pada saya, warna merah bagus sebab ia lebih menonjol dan mudah menarik perhatian org berbanding warna lain. Ini juga salah satu teknik promosi/pemasaran yg baik. Saya tak tahu lah pula jika pihak HQ HPA punya jwpn lain bagi isu warna ini.

tahniah diucapkan atas pelancaran RADIX FRIED CHICKEN

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUAN HAJI ISMAIL HAJI AHMAD, AGAR DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN EKONOMI ISLAM DI BUMI MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM. INSYAALLAH!

salam WM
tak update gambaq masa perasmian ka??
akak berkesempatan p sblh mlm je
siang nye tak sempat…

tp mlm pun susah sgt nak dapat makanan
tgk hubby beratur je 40 minit….kalo kedai lain kita org dah quit
tp sb HPA sanggup tunggu
anak2 pun sabar menanti..takde yg buat power rangers ke apa
selalu kalo lambat,power ranger,spiderman seme kluaq hheghhe

resepi ayam RFC sedap…
kira setanding dgn KFC la…(**tp 4 thn dulu la rasa KFC tu..skrg tatau mcm mana rasa ayam KFC..dah lama sgt tak p beli **)

smlm mmg org ramai
kita org ooder lain,dpt nye lain
tp takpe kak faham..smlm hari pertama
dgr kata smlm saje ayam 5000+ ekor dijual
alhamdulillah sambutan mmg menggalakkan ye
rugi tak dapat ambik gambar smlm waktu sesak2 kat dlm RFC
insyaALLAH lain kali kena record gambar tu
lom pernah jumpa org sesesak kat RFC hanya utk dtg makan ayam goreng

tentang warna RFC dgn warna merah tu
rasa nya dah ok…
sb duk tgk mana2 pun KFC..KLG….seme guna warna merah
melambangkan kedai ayam goreng kut
warna ceria dan terang….

syabas HPA.
semoga terus maju jaya

Syabas N Tahniah, cantik n canggih Restoran tu, harap2 suatu hari akan buka juga kat Kuching, Sarawak. Apa2 pun Alhamdulillah HPA sekarang jauh lbh maju daripada dulu.

Bila RFC nak buka francise untuk ternak ayam pulak?

KFC dah buka peluang nie untuk sesapa yang berminat menternak ayam, RFC bila lagi?

Ada diskaun tak

salam…
Alhamdulillah syukur, HPA maju setapak lagi dengan kemunculan produk terbaru RADIX FRIED CHIKEN. Bila nk ada kt Kuantan pulak.. Tak sabar dh asenyer nk rasa RFC. Boleh ke nk jadi Franchais?
Semoga bertambah maju dan setanding dengan KFC kalau boleh lagi maju pada depa.
Warna apa pn x jadi masalah, merah pun bagus sb kata org cina MELAH MANYAK ONG….
Hidup HPA

Tahniah atas pelancaran RFC..Nampak gayanya HPA sudah berkembang kepada produk makanan segera.Tak lama lagi pulak El-Zehraa Inn akan beroperasi.Kedua2 produk ni adalah sebenarnya boleh dikategorikan sbg projek hartanah (retail property).Jadi saya mencadangkan HPA menubuhkan Jabatan Hartanah atau anak syarikat HPA Properties plak.So,organisasi ni blh fokus kpd projek2 sebegini supaya pengurusannya lbh efisien.Mereka boleh membuat ‘feasibility study’ untuk mengenalpasti lokasi bersesuaian untuk dikembangkan perniagaan ini.Mgkin sampai ke luar negara kerana ramai umat islam masih tercari2 outlet makanan halal dan hotel berlandaskan syariat di sana..Fikir2kan lah..

assalamualaikum,

nak tanya sikit tentang ayam, adakah ayam2 tu hpa bela sendiri, saya dah takut nak makan ayam, sbb macam2 cerita tentang ayam sekarang ni, ayam suntik ubat, 40 hari dah besar dan macam2 lagi lah, nak makan pun rasa takut dan was-was.

nape tak ubah kala hijau……
tahniah….MAJULAH HPA UNTUK NEGARA

dah pegi tadi malam.. syabas utk pengusaha baru ini..
just sekadar teguran dan cadangan kepada pemilik, sila tambah pekerja kat floor.. saya tengok ramai pekerja kat dalam sahaja.. kat floor ada sorang dua.. so agak berterabur meja dan kerusi (lepas customer keluar, tak nampak pekerja datang kemaskan makanan dan susun semula meja), makanan kat atas meja lambat dikemaskan.. utk bersaing dengan pasaran makanan segera yang lain, anda boleh buat yang lebih baik. itu dari segi kekemasan lah. dan lagi dari segi pesanan, harap boleh lebih cepat, kerana dalam keadaan orang yg ramai tadi, saya menunggu hampir sejam untuk beratur dan dapatkan makanan dan saya nampak kalau kuantiti sebegitu, di tempat makanan segera yang lain, ia hanya mengambil masa dalam 15-20 minit utk sampai ke kaunter. dan cadangan yang lain, dekorasi menu di kaunter saya rasa boleh buat lebih menarik dari sekarang. ianya nampak dull.. tak menarik. saya tengok dalam gambaran dalam website ini nampak lebih menarik, tapi tidak di restoran sebenar.
saya sekadar memberi idea dan menegur sepanjang pemerhatian saya tadi selama sejam menunggu makanan. dan satu lagi, kalau ada jamuan utk ahli2 HPA, rasanya lebih elok dibuat di kawasan tertentu dalam restoran.. kan ada few pecahan pecahan dalam restoran tu. takde lah bercampur dengan pelanggan yang lain..ini tempat awam,walaupun ia milik HPA, tapi jgn lah buat macam rumah sendiri.apa apa pon, tahniah untuk semua. alhamdulillah.

melayu untuk melayu.

hai… kat sg petani je ke??? kat tempat laen??? cpt2 sket.. rimas p tgk byk sgt org!!!

Alhamdullillah sekalung taniah RFC. Diharap komen-komen membina mengenai HPA dapat diatasi, insyallah..Saya juga menyokong cadangan rakan/ahli HPA mengenai stok-stok bekalan HPA yang sering kehabisan, warna imej RFC dari merah ditukar kepada HIJAU cerah menawan. Cuti sekolah minggu lepas, Saya sekeluarga dari Selatan sanggup ke Sg.Petani untuk merasai keenakkan makanan RFC. Syabas HPA walaupun 80minit menunggu. Semoga terus berjaya kearah produk Halal toyyiba.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada HPA.Semoga menjadi ikutan serta teladan kepada tokoh-tokoh korporat Islam agar terlibat dengan usaha fardhu kifayah ini.Semoga niat murni dan usaha yang ditunjukkan akan mencetuskan gelombang kesedaran kepada kita semua bahawa Islam adalah terbaik dan bukan sekadar menyaingi malah mengatasi sebarang franchais dari barat.Wassalam

SaLam..
saya juga setuju dengan Shazwan…seBenarNya buLan ni saja dah hampir 10 kaLi saya ke RFC, bukan sekadar mengisi perut tapi sebagai medan diskusi perniagaan serta memperkenalkan RFC kepada suppLier serta customer syarikat ( RFC kan restoran rasmi HPA, sebagai sTaFF MSCM, saya terpaNggil untuk memperkenalkan RFC kepada keNaLan…HPA & MSCM kan syarikat yg ada hubung kait antara satu sama lain)….
maLang nya..dar awal RFC dilancarkan 1hb June sehingga lah tgh hari td saya berkunjung untuk Lunch deNgan suppLier, servis RFC beLum sempurna dan WAJIB diperbaiki…
bayangkan ayam goreng original bahagian peha (yag kebetulan dimakan supplier) masih berdarah serta tak cukup masak….
manakala semalam, saya membawa adik lelaki saya untuk lunch ke RFC, juga ada masaLah yg sama…
bagi mengelakkan kejadian ini berulang, saya telah komen di ‘suggestion box’ dan berharap keadaan ini dapat diperbaiki….
sebenarnya, sewaktu awal RFC dilancarkan,..saya sudah pon mengalami situasi ini…namun saya diamkan serta cuba memberi peluang kepada staff RFC memperbaiki keadaan..biasa la..bayi pon meniarap duLu..kemudian baru beLajar merangkak…tapi, setelah ampir sebulan keadaan ini asih tak berubah..keadaan mesi diperbetulkan segera…kerana potensi RFC untuk maju lebih besar….malah tak keterlaluan jika saya katakan RFC mampu menandiNgi sTandard restoran makanan segera yang lain…..untuk pengetahuaan semua…seorang potential customer HPA & MSCM dari australia juga telah saya bawa ke RFC dan dia sangat kagum serta memuji usaha HPA dalam memperkenalkan makanan halal serta organik….sayang kalau kelemahan yg kecil tak dibaiki…jadi, silalah baiki kelemahan untuk kemajuaan masyarakat isLam…..

ikHLas demi agama
berjuang tegakkan ekonomi ummah ;)

satu lagi…kepada pengurusan RFC..tolong cepatkan servis di kaunter….penting sgt…bukan apa..takut customer hilang mood nak makan akibat beratur dan berdiri terlalu lama di kaunter….

syabas RFC, kekalkan prestasi dan baiki kelemahan.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah kpd Tuan Hj. Ismail.. Saya ahli HPA dan Saya berasal dari Sg. Petani, Kedah yg kini menetap di Subang Jaya, Selangor. Saya ingin menyahut usaha fardhu kifayah ini untuk bekerjasama dengan pihak HPA untuk mengembangkan perniagaan RFC di sekitar Lembah Klang jika diberi peluang untuk terus berjaya kearah produk Halal toyyiba secara global.
Harap pihak HPA dapat memberi maklum balas dan perhatian terhadap hasrat saya ini. Sekian, Wassalam..

Malam tadi saya sekeluarga datang RFC sg petani. Sambutan ramai sangat menggalakan. Perasaan sedih, marah dan bangga bercampur baur. Sedih dan marah kerana tidak kelihatan pelanggan non Muslim langsung. Nampak sangat depa tak sokong. Sama juga di Ekspo Peniaga Bumiputera di Seberang Jaya, Pulau Pinang, bangsa depa satu batang hidung pun tak nampak. Dah empat tahun berturut2 saya perhatikan. Kalau orang depa berniaga, orang kita berpusu pusu pergi beli. Saya merasa bangga kerana ramai orang kita yang sokong RFC. Saya berbangga kerana pekerja pekerja RFC sabar dan sentiasa ramah melayan pelanggan, tahniah kepada mereka. Saya merasa bangga kewujudan RFC atas usaha orang kita. Tahniah, semoga bertambah maju.

Tak sabar menanti kedatangan RFC ke seluruh Malaysia.. Harap2 berkembang hingga ke negara luar..
Saya setuju dengan beberapa pendapat tentang menjadikan warna trademark RFC kepada hijau.. Green is also one great color.. Tapi apa2 pun.. Tahniah kepada HPA.. Semoga terus maju jaya..!

Salam semua, terima kasih kepada yg memberi pujian dan tak krg juga kritikan membina. Kepada yg berminat dgn perniagaan franchise RFC ini, ini maklumatnya:

Restoran RFC akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu:

1. pakej pertama : RM 1 juta

2. Pakej kedua : RM 500 ribu.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal)untuk pertanyaan lanjut.

Salam.

The RFC is a new business and still in infancy stage. The business is yet to establish itself . I wonder why it cost so much like KFC or Mc D to set up this business. Pls comment.

mai sepinggan !

Salam dan tahniah kepada HPA.
Diharap pihak hpa dapat mengambil berat semua cadangan, pandangan dan pertanyaan yang diajukan kepada pihak HPA bagi memastikan perniagaan RFC ini tetap menjadi pilihan umat islam semalaysia. Saya juga faham RFC ini masih didalam peringkat permulaan dan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dengan seberapa segera. Saya juga menyeru kepada semua umat islam agar terus menyokong pembangunan produk islam kita walaupun ada sesetengah perkara yang tidak begitu memuaskan. Bukan mudah untuk kta memulakan perniagaan sebegini yang mana sebahagian besarnya adalah dipelopori oleh orang bukan islam. Kita harus berterusan menyokong industri ini agar kita mampu terus bersaing. Anda sanggup berbaris panjang demi menaikkan ekonomi orang islam pasti akan ada pahalanya disisi tuhan. Insyaallah, jika kita berterusan menyokong, segala kelemahan akan dapat diatasi, dan unit francais akan terus berkembang dan terus menjadi pilihan umat islam…saya mesti pilih! – Bila nak buka kat lembang klang?

Tahniah.

InsyaAllah usaha ini akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T dan terus diberi keberkatan berpanjangan.

Semoga maju jaya.

Semoga cepat sampai ke Bandar Muar, Johor

:)

:)

Assalamualaikum.. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas. Saya rasa amat berbangga apabila menikmati juadah di RFC. Dah 5 kali dah makan kat sana. Sebabnya kerana saya orang Sg. Petani. Cuma.. saya nak beri pandanganlah.. Entahlah. mungkin baru nak mula business cara ni, kalau boleh jangan bagi putus bekalan. Contohnya ‘Wedges’. Maaf ya… Wassalam

setiap usaha yang baik,ikhlas dan berpaksikan syariat islam, pasti akan mendapat pertolongan Allah swt…
setiap umat islam perlu menyokong dan menyumbang kepada perjuangan HPA…kecil atau besar sumbangan bukan menjadi ukuran, kerana di sisi Allah swt, keikhlasan adalah ciri utama…
semuga HPA terus sukses !

X perlu dah ubah ke color hijau..merah pun dah cukup cantik..saya pun berjiwa Islam..Berjiwa perjuangan Islam..tapi rasanya apa yang cantik baik dalam Islam..Allah itu cantik dan sukakan yang cantik..Sekadar memberi cadangan..:-)

Salam, tahniah HPA. Kami berminat menyertai RCA…..tetapi harga pakej diluar kemampuan. JEMPUT KE BLOG KAMI

Nak dapat franchais Radix fried chicken macam na?

Salam semua, info ttg franchise RFC telah diupdate. Sila rujuk dan hubungi Pn Sobihah, 0195089842 utk keterangan lanjut.

Assalamulaikum. Berminat juga tapi tak cukup modal.Pihak HPA ada menyediakan loan?

ALHAMDULILLAH!!!
dengan adanya RFC, insyaAllah umat Islam tak perlu was-was utk makan ayam goreng lagi…harap hpa dapat naikkan banyak lagi cawangan RFC di Malaysia….

ayam kt RFC 2 sdp jugak. standing dgn KFC pa!!
tp ayam goreng 2 xserangup kt KFC n ade sket2 minyak.
i think RFC can improve the quality.
masuk kali nh dh byk kali saya p RFC 2,pasal sdap sgt..
but, it take a loong time 2 queue…i think you need to open another counter.
Anyway…RFC best..
dkt pulak dgn md. Jiwa.sp
huhu :P

Salam.Saya ingin mencadangkan RFC didaftarkan dibawah Malaysia Franchise Associates (MFA). So,automatically berdaftar bawah MeCD. Jadi sesapa yg berminat nak buka francais blh dapat byk kelebihan spt pinjaman dari institusi kewangan kerajaan seperti MARA, PNS dsb..Pada hemat saya,ramai berminat nak buka francais RFC tp menghadapi masalah MODAL..Tlglah kami yg nak tlg kembangkan prdoduk muslim ni…Terima kasih..

[…] Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken 13 09 2008 Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah […]

salam tahniah utk rfc.seeloknya cuba di buka cawangan di pantai timur seperti di kuantan,terengganu,kelantan kerana majoriti penduduk di sini adalah orang islam.pasti sambutannya amat mengalakkan memandangkan kami selama ini tiada pilihan lain selain kfc.sebagai umat islam eloklah kita memberi sokongan padu kepada produk keluaran muslim.saya amat yakin sekali jika di buka cawangan di pantai timur pasti mendapat sambutan kerana umat islam kini telah banyak berubah dan begitu berhati-hati dalam memilih sumber-sumber makanan yang di keluarkan.

alaa…kat KFC pun saya penah dapat ayam yang isinya masih berdarah. meja lambat kemas pun saya penah jumpa kat KFC. Simple to say, common problems among fast food la kot. Still, hope RFC bole counter hal ni supaya customer bule angkat jari sebut EXCELLENT!

saya merupakan tenaga muda dari kedah yang mana sangat berminat dengan product makanan yang halal, saya mempunyai tanah yang luas dan sangat sesuai untuk menjalankan perladangan penternakan ayam organik ini.sila beritahu saya siapa yang saya patut hubungi bagi merealisasikan impian saya,kita, dan seluruh umat islam AM nya.

Salam semua, terima kasih atas komen dan sokongan anda terhadap RFC.

Kpd Shukri yg berminat utk menjalankan projek penternakan ayam HPA, sila hubungi En-Rashid (013-5841757), En.Suhairi 013-4239717, (013 4384717- jafri).

a’kum..kat sabah bla nak buka RFC?..
sya bminat jg nak buka RFC nie, tapi masalahnya modal tue yg susah.
d harapkn HPA dpt mbuka RFC d sabah dlm tahun dpn..hehehe,t’ingin jg nak mrasa RFC kta nie.Smoga HPA akn lbh maju dan mLuas.
SeLamaT Hari Raya & Maaf Zahir Batin..sMoga d hari LebaRan ini akn lbh bmakna bt kta.

asalamualaikum wr.saya dari banting kuala langat selangor..brcadang ingin memohon bantuan pnjaman bank /punb/mara .terlebih dahulu saya ingin meminta pandangan dari pihak tuan tentang ‘PELUANG’ .yang ada ditempat saya ..untuk membuka cawangan francais RFC (radix freid chicken).. .bandar banting adalah sebuah bandar yang sedang pesat membangun,pelbagai kemudahan asas wujud taman-taman perumahan..adanya IPTA/S ,wujud pelbagai bank yang beroperasi disni juga kilang2 ,pusat angkasa negara,cawangan KFC,Mcdonal,Seven eleven yang sentiasa mendapat sambutan,bandar yang akan diiktiraf sebagai MAJLIS PERBANDARAN..dll. semoga pandangan dari pihak tuan dapat menambah keyakinan untuk saya merealisasikan cita2 saya ini..terimakasih.wassalam.

Assalamualaikum W.B.T.

Saya baru saja cuba menalifon En. Rasyid (013-5841757) utk bertanyakan ttg contract farming bg ayam herba HPA. Ttp jawapan yg diberikan cukup menghampakan… “Talipon saya balik sat gi, saya tgh sibuk ni” dgn suara yg acuh tak acuh. Sedih dgn mentaliti melayu dlm business… kurang memandang kehadapan, bersikap sambil lewa apabila peluang perniagaan diintai oleh bakal pelabur, merasa selesa dgn kedudukan skrg dan tak perlu sgt melayan panggilan org yg blm diketahui pulangannya.

Apapun terima kasih kpd En. Suhairi yg cuba membantu walaupun beliau tdk mempunyai byk info. ttg contract farming ini.

Wassallam.

Assalamualaikum,
Saya juga seperti En. Mohd Ariffin, berminat untuk membuka RFC. Di mana atau dengan siapa boleh saya dapatkan maklumat & nasihat dari segi Pembiayaan Kewangan, Ciri- ciri Lokasi yang perlu untuk membuka RFC, Pengiklanan & promosi & terma / syarat apabila mengusahakan RFC.

Untuk maklumat, saya sekarang berada di Selangor.

assalamualaikum kpd semua umat islam… sya dah cuba RFC pada raya ke 4 lalu… walaupun kena beratur sejam lebih.. kesabaran sya dibalas dgn kesedapan dan kenakan rasa ayam organik yang diadun degan 8 herba…MEMANG SEDAP!!! BETUL!!! sya bersyukur kpd allah swt diatas anugerah usaha gigih tuan haji untuk menyardarkan umat islam tentang produk halal yang sblum ni kita x ambil berat…kalo di sentuh kepada KFC, sya yakin ramai saudara sya tidak tahu asal usul ayam yang diguna pakai oleh KFC sebuah syarikat warga AMERIKA {laknattullah} sebuah negara yang memerangi negara islam(mungkin selepas ni kita pula). ayam di semelih di thailand yang kita tidak tahu cara ia disemelih… jadi wahai saudara2 ku…udah lama darah daging kita tlah dicemari dgn sumber2 yang tidak halal…fikir2kan lah!

kita mnat nk buat franchise RFC tapi modal sma ngan KFC camna orang kita nak boleh mula padahal semua maklum yg orang kita takde modal nk buat loan pon susah mcm2 kerenah dgn phak yg berkenaan
tak adaa cara lain ke yg bole tolong org yg bermnat tpi tak punyai modal yg ternyata tak tergapai oleh sebahagian orang kita nii tpi mmpunyai azam utk berjaya…harap maklum agar pihak tuan mencadangkan alternatif yg sesuai utk kami yg ingin memajukan ummah dlm perniagaan ini yg halal lgi

Assalamu’alaikum..

Banyak jugak modal yer.. 500k.. kalau share 20 org boleh ke? Sorang 25k..

Tahniah….
tapi bila nk buka d perlis..

mmg excited sgt bile dpt tau ade RFC kat SG PETANI..tapi..bila RFC nak ada kat PERLIS..?org2 PERLIS dh x sabar nak tggu RFC di sini..
kalo leh..RFC tambah lagi menu..mcm PIZZA..sy percaya..lagi sedap dari restoran PIZZA yg lain yg ade kat MALAYSIA ni.. :)

Salam….
Saya berminat dgn francais RFC ni…tapi kalau nk bukak dekat selangor (cthnya sg besar atau tempat2 yg berdekatan) tak boleh ke?..terima kasih..

RFC best tp lum p cuba lg…coz jauh sangat.biler nak bukak kat perakkk teman udah tak sabo wehh..udah mkn ayam jgn luper mkn herba plakkk nanti sembelit yeop…jagan luper herba warisan nenek moyang kiter..back to basic…pisss to all mat mat herba…

Assalamualaikum.. Saya ingin membuat sedikit komen ug mungkin boleh membantu sedikit sebanyak RFC untuk mencapai antara tahap kepuasan pengguna. Komen saya sedikit sahaja disini iaitu menegenai ayam RFC. Ayam tersebut kurang diserap rempah ratus dan rasa sedikit tawar. Mungkin Pihak RFC boleh meneliti semula komen ini. Terima Kasih

ayam RFC memang sedap kerana bagi saya tepung yang yang digunakan agak istimewa yang membuatkan ramai pelanggan yang tertarik orang islam mahupun bukan orang islam….tp tolonglah buka cawangan di sekitar kuala lumpur utk memberi peluang kepada pelanggan di kl ni yang belum pernah mencuba ayam buatan radix….smoga perniagaan ini akan berkembang sehingga menembusi pasaran luar negara……AMIN

Makanan Halal, Minuman pun berkhasiat. Berusaha di dunia , labanya di akhirat. Semuga kita sama-sama menikmati nikmat dunia penuh pancaroba, dengan Bahtera HPA yang tak sepertinya. Muga-muga sampai ke Pantai Sejahtera dgn selamat bersama . Amin !!! Yaa Allah !!!!!

Cadangan : Satu negeri , satu koperasi RFC .

taniah……
sedap la rcf msa sgah makan kt sp

bila kat perlis nak siap rfc…….?
sedap nak p sp jauh….

sy juga berharap agar pihak HPA dpt membuka cawangan RFC di Kuala Lumpur @ di Selangor….pastinyer ramai peminat. Insyallah akan lebih dikenali ramai..

salam…..sy ingin bertanyakan apakah jenis saluran agihan dan apakah strategi pemasaran yg di gunakan dalam operasi perniagaan rfc?

kenapa maklumat tentang rfc terlampau terhad ?
bagaimana sy nk dptkan maklumat yang lebih lanjut ttg rfc?

Kepda lilda_tejamujahidah nak seribu daya tak nk seribu dalih so..banyak2 bersabar la kalau nk..ok saya tak setuju jika rfc dikar kepda warna hijau..huhuhu…warna oren is suitable untuk hidupkan rfc coz nampak lebih ceria dan menarik..

TAHNIAH SY UCAPKAN KPD FAMILY HPA.SATU-SATUNYA KELUARAN BUMIPUTRA DAN SY BERBANGGA DGN APA YANG DIKELUARKAN OLEH HPA. JUST 1 SJ NK BGTAHU SERVIS PELANGGAN 2 BIAR LAJU,FRENLY. SEBAB CREW2 XMESRA DENGAN PELANGGAN,SENYUM PUN X DAN TIDAK MEMENTINGKAN SERVIS TIME,SEPERTI DI TMPT LAIN MEMENTINGKN SERVIS TIME.BUKAN APA FRANCHIS SEPARTI MCD,KFC DIORANG THE BEST. SO SY BERHARAP UBAH CARA SERVIS, MANEGER TLG PANTAU CREW2 SERTA JAGA KEBERSIHAN LOBBY. GOOD LUCK

KOMEN-SY berminat untk sertai Francais RFC.TETAPI MENGAPA memerlukan modal sebanyak 1 juta..?? org yg kaya bertambah kaya.Harap beri peluang kepada usahawan baru dengan badjet yang lebih murah..mengikut peringkat:contohnya:50 ribu,100ribu.200-300 ribu dan seumpamanya.

KOMEN-SY berminat untk sertai Francais RFC.TETAPI MENGAPA memerlukan modal sebanyak 1 juta..??ini bermakna kita tidak meramaikan ushawan muslim,malah org yg kaya bertambah kaya.SIAPA BOLEH DPT SATU JUTA??ORANG KAYA SAHAJA YG MAMPU.BETUL TAK??Harap beri peluang kepada usahawan baru dengan badjet yang lebih murah..mengikut peringkat:contohnya:50 ribu,100ribu.200-300 ribu dan seumpamanya..SY AMAT,AMAT,AMAT BERHARAP DAN BERMINAT UTK MENYERTAI FRANCAIS RFC INI,TETAPI BIARLAH DENGAN JUMLAH YG RENDAH MENGIKUT KEADAAN..HARAP HUBUNGI SAYA.T KASIH BANYAK

Askm. Ternyata tidak sia2 kedatangan kami ke SP
dari Ipoh untuk merasai kelazatan RFC,..

Memamg best…! Tiada tandingan..syabas kpd pihak HPA kerana memartabatkan produk org Islam. Wslm.

Sy rasa kalau RFC dibuka di Klang Valley pasti sambutan menggalakkan malah mgkin berlipat kali ganda ramainya supporter di sini termasuklah sy ni.Semoga diberi perhatian atas permintaan ini.HPA Klang valley pun dpt sambutan hangat.

TAHNIAH 100 000 000x..:)

sebagai bekas Manager d salah sebuah fast-food rest yg ternama, saya terpanggil utk memberi sepatah 2 kata:D

alhamdulillah akhirnya impian saya tercapai utk melihat sebuah rest yg konsepnya hampir sama dgn rest yg saya pnh berkhidmat, tetapi m’amalkan 100% pengendalian cara Islam..semasa interview dgn pengurusan tertinggi syarikat tersebut, saya m’beritahu tujuan saya turut serta dlm syarikat tersebut adalah utk mempelajari selok belok pengurusan rest tersebut yg terkenal seantero dunia dan berhasrat utk mbuka sebuah lg rest yg konsepnya hampir sama ttp halalnya diyakini..Halalan Toyyiban.. Walaupun ia bukan direalisasikan oleh saya sendiri, tp saya tumpang berbangga & ucapan Tahniah buat keluarga HPA dan saya doakan semoga terus berjaya..

p/s:cepat2 buat promosi mgunakan tv/radio/akhbar..jahilnya sya sbb baru arini saya tau ttg kewujudan RFC…dan x mustahil jika masih ade di antara 27juta rakyat Msia yg seperti saya, x tahu ttg RFC NI..wlau apepun,saya akan sebar2kn jg kpd kenalan2 d Jabatan saya ..InsyaAllah..
Ekonomi Islam Maju, Umat Islam Berjaya..Allahhu Akbar!!

tahniah HPA, saya berharap HPA akan mengorak langkah menyeledik seterusnya menerangkan dasar ekonomi negara Islam yg diperhalusi untuk dibentang kepada EPU di jpm. Mudah-mudahan HPA dapat membentuk dedicated Islamic economy intelligence cluster yg terdiri drpd usahawan Islam yg mempunyai rekod bersih dan berpengalaman dgn naik-turun ekonomi. I haven’t go to SP, I think RFC is momentous, so be aggressive yet realistic in promotion. :D

Assalamualaikum…
Tahniah kepada HPA kerana berjaya membuka restaurant makanan segera yang diyakini halalnya dalam Islam..Untuk pengatahuan, saya sangat2 berminat dengan pakej yang ditawarkan untuk membuka cawangan francais radix fried chicken…Tetapi pakej yang ditawarkan terlalu mahal.. Adakah untuk membuka francais RFC boleh mendapatkan pinjaman dari badan-badan kerajaan seperti MARA, PUNB dan sebagainya? Adakah HPA meyediakan pinjaman modal untuk francaisors? Saya amat2 berharap dan berminat untuk menyertai sistem francais ini..diharap dapat memberi maklum balas secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan Melayu terutamanya Islam untuk memulakan perniagaan..

tahniah radix! semoga berjaya, diberkati Allah segala usaha murninya. Tapi cepat2 la buka cawangan kat johor.

Tahniah dan terima-kasih kpd HPA dan Tn Hj yg telah menubuhkan restoran francais yg mengikut cara Islam 100%.Saya sokong 500% usaha murni ini. Ayuh semua umat islam kita sama-sama menyokong produk Islam. Klu bleh bukak lagi bnyk cawangan cth kat lembah klang dan pantai timur. Saya org kedah tapi dok KL tapi x penah rasa rfc lagi sbb saya baru dpt tau tntg rfc ni.Teringin sgt nak rasa rfc.balik kedah nnt mesti p makan.klu rfc dah bukak kat lembah klang nanti saya tak pi dah makan kfc. Jauh sket pun takpa saya sanggup. tapi klu dari KL semata-mata nak p makan kat SP x sanggup la!tahniah!Semoga rfc dapat smbutan smua org islam dan bukan islam.

satu lagi nak tanya ayam yang diternak di HPA Farm tu (ayam mentah) ada dijual untuk org ramai x? @ ayam tu untk rest rfc jer? dan sos cili, sos tomato yang HPA buat sndiri ada jual kat pasaran x? klu ada pakai jenama per?

Assalamualaikum…

tahniah..saya dah rasa mmg sedap boleh kita kata setanding ngan KFC… saya amat berharap semoga RFC akan menjadi pilihan selurh rakyat m’sia… dr segi servis biasa la RFC masih baru ..mereka masih lagi boleh improve yg mana patut… jgn dok compare ngan KFC yg dah berpuluh tahun … kita kene pandang ke hadapan.. klu ada kat KL atau selangor saya pasti …RFC la pilihan saya sekeluarga.. di samping menikmati hidangan yg halal ..insyaAllah.. kita juga dpt mengukuh ekonomi ummah..Semog Berjaya…

bila nak bukak kat lipis

harga rfc ni mahal tak?
bile nak bukak kat kl…
dah lama dengar dan teringin gak nak rasa…

KENAPA RADIX KFC TAK DER AIR RADIX COCO. SEPATUTNYA MILO DIGANTIKAN DENGAN RADIX COCO. TAK PAYAHLAH KITA NAK GUNAKAN MILO. MILO TU KAN PRODUK NESTLE.KENAPA TAK GUNAKAN PRODUK KELUARAN HPA JER

Salam fazlianaUM, Radix Koko agak baru dikeluarkan. Mgkn skrg ni RFC dah guna Radix koko. Sesape yg baru pegi RFC boleh checkkan dan inform dlm web ni. Saya krg pasti sama ada Milo masih dijual di RFC atau tidak. Menu RFC dlm web ini adalah menu lama (ada gmbr Milo). Saya masih tak dpt mencari menu terbaru.

salam…tahniah!!! semoga HPA n RFC terus maju demi menggalakkan perniagaan Islam…

salam…tahniah kepada radix FC….saya disini hairul mencadangkan beberapa tempat untuk anda menjalankan perniagaan di Terengganu…salah satunya ialah di Paka…di sana hanya anda Mcdonald…walaupun nie time orang boikot barangan israel…tapi McDonald di sana tetap laku..kerana disana hanya anda cawangan MCd sahaja…cawangan Kfc pun x de kat sana…so saya hanrap radix cepat2 membuat cawangan disana supaya orang islam di sana dapat membuat pilihan untuk membeli makanan fast food islam seperti radix…di K.terengganu saya harap radix dapat membina cawangan di Center point di terengganu kerana dijangka jika radix membuat d cawangan di dalam cp terenggnu. permintaan untuk barangan radix pasti meningkat…saya hanyalah student yang pakar dalam perniagaan…kalau ler saya mempunyai duit…sudah tentu saya akan menjadi franchisee untuk RFC…untuk maklumat lanjut..sila hubungi saya di talian 0139403407—>khairul.
salam

Assalammualaikum…
Tahniah kepada RFC dan HPA atas pemberiaan NYA
Saya amat berminat menjadi rakan kongsi dan ini adalah salah satu impian saya menjadi usahawan tetapi apakan daya. Modal ??? .. Saya berada di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Mencadangkan lihat-lihat peluang yang ada di Sabah ini.. Masih banyak peluang dan sumber alam yang belum diterokai..
Kuatkan sinar Islam di sini..

sy dapat tau yg rfc dah ader kat pengkalan chepa,kelantan..
tahniah!!
kpd rakyat kelate,pakat2 g kat rfc yer!!!
boikot yahudi,amerika……..

taniah

Tahniah buat radix dalam usaha untuk memperkenalkan produk halal di malaysia….Tingkatkan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa…Pekenalkan lebih banyak produk dengan harga yang lebih berpatutan….radix pasti menapak di hati rakyat malysia….Boikot barangan yang menyumbang kearah kekejaman israel di palestin….

tahniah radix!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya sangat berbangga atas pencapaian syarikat islam yang mampu membuka franchais makanan segera!Saya mahukannya di serata Malaysia.Saya antara orang yang akan makan di sana untuk memperjuangkan makanan yang dihasilkan oleh orang islam.Dengan adanya syarikat seperti ini maka lebih mudahlah untuk peminat makanan segera mencari alternatif selain daripada syarikat yahudi laknatullah yang sedang merancang lebih banyak kerosakan di atas muka bumi ini.Hidup HPA!Tegakkan islam di muka bumi!Saya sentiasa menyokong dan berdoa agar ALLAH memberikan kekuatan dan idea2 bernas kepada syarikat HPA.Moga berjaya!

salam..erm, kami 0rang perak…
xjumpe lg RFC…
ader kew kat perak?
dengar citer kat ip0h…dah bukak ker?
cadang nak gi sg petani…=)

TAHNIAH SEBAB DAPAT MENGHASILKAN PRODUK MUSLIM YG KAMI NANTI2KAN SELAMA INI. PERLU PEMANTAUAN YANG BERKALA BAGI MEMASTIKAN KUALITI PRODUK DAN SERVIS IMPROVE TERUTAMA KAT RFC SEBAB KADANG2 BILA CUSTOMER TAK RAMAI KAMI DAPAT AYAM YANG SEJUK DAN KERAS. BERI PENEKANAN DALAM HAL INI. SEMOGA TERUS BERKEMBANG MAJU. KAMI SENTIASA MENYOKONG PRODUK MUSLIM.

Sallam.. Congratulation to HPA for making it possible for us to consume organic chicken, where theres millions of Malaysian waiting for the opportunity to eat without question. I got the chance to visit and ate as well at RFC in AlorStar. For once I felt so comfortable and be able ate with a peace of mind. Thanks and I was hopping for RFC to be able in every state so that everybody can taste how good RFC is,as good as the fried chicken that we ate for so long. May God bless and we pray for you to separate your RFC in whole Malaysia and go global in the future. As a Muslim we are totally behind you a hundred and one percent. Go go go HPA…….

kami suami isteri berminat utk membuka cawangan di selangor dikawasan kota damansara. kami inginkan info utk membuka rangkaian rfc. tksh

Salam pd semua…tahniah kepada org kita,sy dh try RFC,sanggup dgn kwn2 ke sg petani utk ke RFC,harap siapa yg modal byk tu blh la perluaskan lagi perniagaan ni…insyallah takkan rugi punya…

salam,

saya harap RFC dapat membuka cawangan di melaka..

kami menanti kehadiran RFC!

Sejak pendedahan KFC support Yahudi… boikot la jugak tp tu pun beberapa bulan je… tapi klau dah ade Radix Fried Chicken sok kat KL @ Selangor (Bangi @ Kajang) mmg aku tak pi dh KFC.. pasai RFC mmg best coz penah makan sekali kat SP member belanja… Imagine kalau makan RFC pekena sekali kopi Radix… perrrrggghhh…. mai secawan… Astaga makruh lak kang cite-2 mkn bula posa ni….

1st time try haritu masa balik kedah.. rasanya mmg tak mengecewakan.. KFC pun boleh kalah.. memang sgt teruja masa p sana coz kt jb takde n kebetulan kna wat assgmnt pasal rfc..

saya tak faham kenapa perlu modal yang begitu besar sehingga RM1.5 juta? tak de ke modal yang lebih rendah dari itu? macam mana melayu nak berniaga macam ni?

Salam. Tak sabar tggu cawangan RFC Kat Temerloh, Pahang

SaLam..
nk tanya ada krja ksOng x kt htEl El-zahraa?
sy skrg semester akhir jurusan Hotel&katering dri politeknik perlis..
skrg niE tgh cri krja ksOng sementara nak tggu smbung Diploma..(6 bulan)
klau ada nnti tlg bgtau sy..
thAnks..

assalamualaikum,

Tahniah buat HPA yg telah berjaya mewujudkan RFC setanding dengan restoran2 yg seangkatan denganya. Saya sememangnya amat menyokong penuh 100% perniagaan muslim demi ekonomi ummah.

Saya juga ada membuat perancangan untuk mengusahakan RFC di Kajang. Namun masalah yang timbul dari aspek pembiayaan yg diperlukan masih belum memenuhi garis yg ditetapkan oleh pihak HPA…harap sangat2 pihak HPA membantu dalam memudahkan urusakn ini kerana ramai rakan2 termasuk yg berbangsa cina juga tak sabar2 untuk menikmati keunikan citarasa RFC tersebut.

Salam,

Tahniah buat HPA krna mewujudkan RFC. Apasal saya baru tahu. Itupun sbb singgah Sg. Petani lepas melancong ke Langkawi atas request anak nak makan ayam goreng tp bukan kat KFC>pasal kami sekeluarga dah bertahun lamanya tak makan KFC. Maka, terjumpa RFC.Perghhh!!KFC pun kalah camni. RFC bukan sahaja setanding KFC malah lebih dari itu. Nmpknya bertuah laa penduduk SP ya, boleh makan RFC tiap2 hari apa! Lepaih nie nak pi lg ajak member pulak. Bila bagitahu depa pun blurr jugak apa itu RFC, bila dah habaq teruja pulak depa nak pi try test tengok, camna rasanya.. saya rasa perlu lebih hebahan la sbb benda ni masih baru & masih ramai yg tak tau lg..amacam?

SaLam..
nk tanya ada krja ksOng x kt htEl El-zahraa?
sy skrg semester akhir jurusan Hotel&katering dri politeknik perlis..
skrg niE tgh cri krja ksOng sementara nak tggu smbung Diploma..(6 bulan)
klau ada nnti tlg bgtau sy..
thAnks…

Tahniah kita ucapkan. Mari bersama kita martabatkan ekonomi ummat islam.

cheers!
berniaga online

Assalamuailaikom & Tahniah pada HPA

Bagaimana pandangan daripada HPA,kalau saya
buka francies di kawasan Peranginan Pantai
di Port Dickson Negeri Sembilan.

Adakah tempat tersebut sesuai ? tunggu jawapan daripada HPA.
Terima Kasih.

Sebenarnya teringin sangat nk buka rfc tp hmm,tinginya modal.yelah,npkpun high class..memang x peluang ke untk buka kedai mcm ni?

ASSALAMUALAIKUM Dan sekalung Tahniah diucapkan pada HPA

Saya harap sangat cawangan RFC dapat di buka di kawasan penang ni terutama sekali di kawasan Seberang Perai.

AsSalam…..

Tahniah HPA atas kejayaan mengujudkan RFC.

Alhamdulillah … Produk Islam kini boleh bersaing & setanding dgn produk2 yg seangkatan dgnnya.

Berminat dengan FRANCHISE yg ditawarkan. Bila agaknya RFC akan datang ke PERAK?

assalamualaikum….
saya berminat utk mkn di RFC..any RFC in selangor??? kat shah alam de kan……puas sy search di internet alamat penuh RFC kat selangor nih…xjumpe2 pun???…maybe ramai juga kat luar sana yg nk tahu address RFC nih?…hope dpt bantu..syukran

erm..de delivery x RFC nih? better they have it..leh tarik minat customer….tq

Alhamdulillah pd 19 Sept.2010 yg lalu saya ke RCH Alor Setar. Tahniah diucapkan kerana berjaya menandingi KFC baik dari segi presentation maupun layanan dan harga. Harap dapat segera buka cawangan di Terengganu. Ummat Islam tiada sebab nak makan di tempat lain.

saya menanti2 pembukaan radix fc di sini, sebelum ini ada rakan2 kata akan dibuka di bandar baru bangi tapi tak tau betul ke tak dan bila akan dibuka. kalau dibuka pasti sambutan hangat punya. semua orang tertunggu2 ni. nak jadi francais takdak modal, banyak sangat tu, bukak restoran kecil2 dulu tak boleh ke? terus kena modal besar camtu, memang payah le.

Salam…

Saya berbangga dengan kewujudan Restoran RFC.Saya & family selalu ke RFC sungai petani. Tp yg x bestnya 21/9/2010 +- pukul 9.00 mlm saya ada p sana lagi..ada ler order herb burger & french fries..roti burger keras sgt & French Fries pun masin…(selalu ok jer…..so next time harap2 dpt improve..semoga restoran RFC lebih maju…

saya dilla tinggal di kuantan,ingin bertanyakan tidak mahu membuka kedai di kuantan?saya amat tertarik dengan makanan yang dihidangkan dan tiada rasa was2..harap dipertimbangkan..

salam… saya nak tnya kat area kl / selangor tajde lagi ke francise RFC nie? TQ

Alhamdulillah tahniah HPA..saya sebagai anak perlis beragama amat bangga dengan HPA teruatamanya kerana berasal dari perlis.Saya seorang ejen takaful…sesiapa berminta bole contact saya….

SAYA BERMINAT NAK BUKA CAWANGAN RADIX FRIED CHICKEN DI BANDAR BARU BANGI.. T KASIH

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: