Dunia Herba HPA

Harian Metro: Kilang Baru HPA

Posted on: 9 Julai, 2008

Kilang Baru HPA

Selasa, 8 Julai 2008 – Ruangan Bisnes

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang terkenal dengan jenama produk Kopi Radix, membuka kilang air bikarbonatnya yang pertama di Kawasan Perindustrian MIEL, Sungai Petani, Kedah semalam.

Kilang bernilai RM2 juta itu mampu menghasilkan sejuta botol air bikarbonat sebulan untuk pengedaran di kalangan ahli syarikat terbabit.

HPA ialah syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera yang berpangkalan di Jejawi, Perlis dan kini mempunyai keahlian melebihi 450,000 orang.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, kilang itu mengeluarkan dua jenama produk air bikarbonat HPA, iaitu Radix Cola dan Radix Sarsi.

Bagaimanapun, katanya, HPA akan memperkenalkan beberapa lagi produk air bikarbonat dalam tempoh terdekat seperti Radix Orange, Radix Strawberry, Radix Soda dan Radix Apple.

“Radix Cola dan Radix Sarsi diperkenalkan penghujung tahun lalu dan bekalannya sering terputus berikutan permintaan tinggi di kalangan ahli.

“Ini kerana pengeluaran kita cukup terhad berikutan sebelum ini, kita (HPA) menggunakan kaedah manual.

“Bagaimanapun, menerusi pembukaan kilang ini dan menggunakan peralatan canggih, Insya-Allah kita tidak akan menghadapi masalah membekalkan Radix Cola dan Radix Sarsi selepas ini,” katanya.

Majlis perasmian kilang berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Asing, Sains Inovasi dan Usahawan Kedah, Ir Amiruddin Hamzah.

Turut hadir Pengurus Besar HPA, Fisal Ahmad Tajuddin dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) yang juga syarikat pemasaran jenama produk HPA, Mohamad Faisol Abdul Rahman.

Sementara itu, Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua ‘leader’, ahli dan kakitangan HPA yang bekerja keras untuk mencapai sasaran jualan syarikat sebanyak RM20 juta sebulan tahun ini.

“Kita semakin menghampiri sasaran itu kerana usaha keras anda dan kilang ini adalah hak milik kita kerana ia dibina tanpa sesen membabitkan pinjaman bank tetapi keuntungan daripada penjualan produk HPA yang disahkan halal dan berkualiti untuk ummah,” katanya.

Selain kilang bikarbonat berkenaan, HPA turut mempunyai dua kilang menghasilkan Kopi Radix, masing-masing di Kuala Perlis, Perlis dan Kota Kinabalu, Sabah.

Selain itu, HPA juga mempunyai beberapa kilang lain di Kedah seperti ubatan dan keperluan rumah di Napoh, air mineral di Pokok Sena dan kosmetik di Sungai Petani.

Advertisements

1 Response to "Harian Metro: Kilang Baru HPA"

TAHNIAH HPA…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: