Dunia Herba HPA

Menu Radix Fried Chicken (RFC)

Posted on: 9 Julai, 2008

menu-rfc-v2.JPG

menu-rfc-v4.JPG

drinks-rfc.jpg

drinks-rfc-v4.JPG

Sila klik gambar kecil di atas untuk melihat dengan lebih jelas.

Advertisements

31 Respons to "Menu Radix Fried Chicken (RFC)"

Kenapa tak diperluaskan lagi RFC ini , maksud saya buka banyak lagi cawangan2 terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kuantan dan sebagainya. Kalau boleh bersaing dgn keluaran KFC atau Mc Donald. Orang Melayu suka sangat mengunjungi dan singgah di KFC atau Mc Donald.

Salam Kak Ani, HPA baru saja memulakan langkah dlm bisnes restoran RFC. Harap dpt bersabar dan beri ruang dan masa utk HPA mengorak langkah yg lebih jauh dlm bidang ini. Setakat ini, HPA menumpukan franchise RFC di utara, perak dan kelantan memandangkan ladang ternakan ayam HPA terletak di Perlis. Bukan tidak mahu buka di KL tetapi takut terputus bekalan bahan mentah pula nanti lantaran jarak lokasi yg agak jauh. HPA mengalu-alukan semua ahli HPA yg berminat dgn projek ini utk turut serta. Maklumat lanjut ada di web http://www.hpa.com.my dan http://jawiherbshop.blogspot.com/ .

Sy b’sungguh utk belajar mengenai perniagaan restauran spt RFC. Bagaimanakah sy boleh mendapatkn bantuan dr syarikt tuan..

Salam, Saya berminat untuk menyertai program franchice ini. Tolong hantarkan maklumat kepada saya menerusi alamat email yang telah saya nyatakan.Memandangkan sebelum ini saya berpengalaman di dalam industri yang berkaitan. dan sehingga kini saya mencari peluang untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

assamualaikum.salam hpa.saya juga tertarik dengan perniagaan fast food spt RFC ini.memandangkan kaw tempat saya tinggal belum ada restoran spt KFC, Mc donald atau pizza, saya rasa peluang saya sangat cerah. bagaimana HPA dapat membantu saya? Brapa pula modalnya?

memang class betui la radix fried chicken.. aku memang dah try..
kalu buka kt lembah kelang aku yakin kfc memang bungkus sbb kita org islam memang nk cari yg betui2 halal

Syabas buat RFC…. Makanan 100% Halal Keutamaan kami..

Salam..
Memandangkan kehendak pemakanan yang berlandaskan suci yang terjamin halal, amatlah penting untuk kami turut serta memasarkan produk yang RFC perkenalkan. Konsep yang selaras dengan citarasa makanan segera dengan prasarana yang mesra utk keselesaan setanding dengan produk impot di pasaran kini. Diharapkan kerjasama dapat dibuat:
1. Peruntukan modal yang perlu
2. Hak francais
3. Peratus dalal
4. lain-lain
wassalam

salam…best nye tgk makanan dlm RFC tu…bile nak buka cawangan di kuantan… jiga ada peluang saya juga ingin ceburi bidang restoran RFC ni..
makanan 100% halal dan tidak meragukan

assalamu’alaikum…
tahniah kepada HPA kerana telah berjaya membuka dan memasarkan fast food… ingin bertanya, milo dalam gambar 2… dari produk nestle(israel) atau hpa? harap dapat diusahakan untuk kawasan skudai…tq

saya agak berminat tapi boleh tak pihak tuan/puan beri sedikit penjelasan bagi produk ,cara dan syarat yang dikenakan serta modal bagi memulakan francais ini.tq

Assalamualaikum…
Knaper tak memperluaskan cawangan kat Selangor?
Mesti laku nanti…
Saya tengok menu ni pun dah tak tahan!!

Syabas HPA!!

Saya sangat sokong kalau RFC ini dibuka di Lembah klang. Untuk permulaan,s aya cadangkan dibuka di Shah Alam kerana majoriti penduduk berbangsa melayu di situ. Semoga RFC terus sukses.

–Kata nk boikot produk nestle… kenapa masih ada milo dlm menu? bukankah ader radix koko yg dgr ceritanya lebih sedap drp milo? minta penjelasan

Kalau bukan ahli HPA boleh ke nak apply jadi francaisi?

salam…nak tanya…

kedai 40 x 40 boleh buka tak? dan brapa agak2 modalnya kalau secara mudharabah??

Assalaamu’alaikum.
Saya menyokong penuh HPA yang telah memulakan perubahan.
Umum (muslim)tau, produk-produk yahudi yang kita suka belum ada pesaing (produk Islam) yang halal lagi toyyibah.
Tahniah buat HPA kerana menjadi peneraju di Malaysia secara besar-besaran.
Saya nak tolong berniaga belum mampu dan mahir tapi saya akan sokong RFC bila dah sampai di mana-mana yang berdekatan.
Saya juga berharap RFC tidak menjadi tempat muda-mudi melepak, bercinta (‘berdating’) dan seangkatan dengannya.

salam

straight to the point jek laa yek!
bila RFC nk ada kat pat kl plak? hopefully satu hari nnt RFC buka cwgn kat area kl.. sy mmg dh lama nk rs RFC nie….. seriously!!! hehari minum kopi radix so apa salahnya satu ari nnt RFC plak melekat di hatiiii… sy harap sgt RFC ada kat kl nnt…… plzzzz

salam..saya dalam proses merancang untuk membuka cawangan baru RFC. minta hantar maklumat dan keterangan lanjut kepada saya tentang prosedur pembukaan cawangan baru ke email saya secepat mungkin. terima kasih.

Syabas dan tahniah untuk team HPA kerana telah berjaya membuka RFC. Saya amat berbangga kerana pada hemat saya, inilah satu-satunya restoran makanan segera yang dimiliki oleh Bumiputra yang bergiat aktif dan berusaha bersungguh-sungguh di dalam industri makanan di Malaysia untuk memberi saingan yang sihat kepada KFC terutamanya.Sekiranya, RFC berhasrat untuk membuka outlet di Sabah,khasnya di Bandar Putatan atau KK,saya ingin menyertai team RFC di peringkat pengurusan dan operasi. Saya mempunyai pengalaman yang luas iaitu selama 23 tahun di dalam bidang Food & Beverage Managament And Operations. Semoga terus berjaya.

ye la
saya x penah try lagy rfc ni
sebab dok kat lembanh kelang
buka la 1 kat lembah kelang
kempunan ni

Assalamualaikum HPA. Tahniah kpd RFC!

Sy mmg teruja bila tgk renovation utk restoran RFC di shahab perdana, tak sabaq nak rasa. Tapi bila dah bukak, asal nak p ja org berbaris pjg kat kaunter RFC..kira masa mana lalu RFC tu mesti ramai org berbaris. Hubby sy kata tggu sampai xde org baru nak p beli sbb malas berbaris tp xleh jadi la..satu hari tu p jugak berbaris n beli..x mkn situ sbb penuh sgt..so bungkus je..So bila try mkn..fuhh mmg sedap ayam dia beza sgt dgn kfc..mmg sedap sgt2.. so sapa2 yg berpeluang turun SP dgn alok setaq tu..singgah2 la rasa..anda mesti tertawan! Tahniah skali lg utk RFC..

adakah hpa ini merupakan salah satu dr syarikat unit teras???

assalamualaikum..
tahniah HPA kerana berjaya memperkekalkan RFC.
Semoga cawangan RFC dapat dibuka di seluruh negara terutamanya negeri sembilan secepat mungkin..

salam….saya berminat nak jadi ahli HPA, di tempat saya kuala kangsar baru saja buka cawangannya, insyaallah ptg nanti lepas kerja saya nak ke HPA…terus nak jd ahli,saya amat berharap sangat agar RFC dapat membuka cawangannya di kuala kangsar….berharap sangat-sangat…

teringinnya saya nak mkn RFC tu..nanti bila blik kedah ( guar chempedak ) saya nak bawa satu family pi mkn RFC kat alor star…tak
sabar rasanya nak try produk daripada HPA ni… tepung goreng ayam memag sodap sangat…saya selalu masak cendawan n ayam menggunakan tepung ni…memag klass la…

bila nak buka rfc kat kawasan selangor sedap…… saya dah cuba kat kedah

Salam?..tahniah HPA..pengalaman dah ade lebih 15 tahun dlm F&B termasuklah A&W & Japanese Rest.dulu x buka mata lg skrg berminat dgn franchise ni sebab sekian lama makan gj..boleh x tuan bg prosedure dan cara2 serta jika tidak ade modal kemana saluran yg perlu sy pergi..adakah kita kene presentkan proposal dulu?..

Assalamu’alaikum,

Kami merancang untuk mengadakan beberapa siri lawatan ke utara. Boleh tak kami buat order sebelum kami bertolak dan apabila sampai (RFC Sg Petani) kami terus collect dan makan dalam peralanan.

Assalamualaikum,
Saya amat berminat untuk menjadi rakan francias HPA RFC ini. Dengan siapa saya boleh hubungi untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Mohon hubungi saya melalui alamat email yang di sertakan.

Wassalam

salam…

sedapnya menu rfc..

tp xbpeluang nk rase sbb tgal d dungun, trg.

harap rfc buke kt kwsan dungun ke trg…

kt dungun pun banyak bgunan baru utk d sewa..

hehe

wsalam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: