Dunia Herba HPA

HPA Peroleh Lebih RM10 Juta Sebulan

Posted on: 7 Ogos, 2008

Sumber: http://gempurhpa.blogspot.com/2008/08/hpa-peroleh-rm10-juta-sebulan.html

Majalah perniagaan “Usahawan Sukses” keluaran bulan lepas telah memuatkan lebih tiga mukasurat untuk artikel berkaitan syarikat HPA. Diceritakan serba sedikit bagaimana HPA bermula pada tahun 1995 sehinggalah kepada pencapaiannya pada hari ini. Juga serba sedikit latarbelakang Tuan Haji Ismail Ahmad, pengasas dan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd. Diceritakan bahawa Tuan Haji Ismail memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM2500 sahaja. Tapi kini jualan produk HPA mencecah lebih RM10juta sebulan daripada 180 produk MLM (Multi Level Marketing) dan SLM (Single Level Marketing).

Tuan Haji Ismail telah mula menanam impian semenjak awal perniagaannya : “…menceburi tiga bidang perniagaan iaitu makanan kesihatan, produk kecantikan dan produk kelengkapan rumah.” Lebih sepuluh tahun dulu, impian itu mungkin terlalu besar untuk dicapai. Mungkin ramai juga yang tidak meletakkan sebarang harapan untuk dia mencapainya. Kini setelah lebih sepuluh tahun berusaha gigih, semua impiannya telah tercapai.


HPA memang mempunyai beberapa keunikan yang tiada pada syarikat MLM atau bukan MLM lain. Ia menerima pengiktirafan syarikat jualan langsung berasaskan sistem muamalat Islam (MLMS – ‘MLM Syariah‘) dari Indonesia. Setiap pekerja di setiap 70 cawangan juga dibentuk dengan budaya kerja yang sama: mereka dimestikan solat dhuha, membaca al-Quran dan mendengar tazkirah selama 45 minit sebelum memulakan kerja.


Namun begitu, seperti lumrahnya dengan mana-mana syarikat perniagaan, HPA juga mengalami musim pasang surutnya. HPA mengalami zaman gelapnya sekitar tahun 1999 – 2000. Disebabkan jumlah produk yang tidak pelbagai, pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. HPA hampir menutup operasinya. Setelah pihak pengurusan mengkaji setiap kesilapan dan menyusun hala tuju baru, tiga tahun kemudian syarikat bangkit semula dengan memperkenalkan produk-produk baru, termasuklah Kopi Radix.


Begitulah yang dapat kita pelajari serba sedikit mengenai HPA melalui “Usahawan Sukses”. Semoga artikel itu akan lebih membakar semangat kita untuk berjuang bersama HPA dalam jihad ekonomi untuk umat Islam. Kepada yang berminat untuk menjadi ahli, keterangan lanjut boleh didapati di sini.

DuniaHerbaHPA.com: Terima kasih kepada saudara Rohaizan di atas ulasan anda berkenaan berita perkembangan HPA dalam majalah “Usahawan Sukses”. Mungkin ramai yang belum tahu akan berita ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: