Dunia Herba HPA

Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri

Posted on: 13 Ogos, 2008

maha2008.jpg

Kopi ‘Radix’ menang anugerah PM

SERDANG 12 Ogos – Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.

Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan ‘Mai Secawan’.

Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.

”Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,” katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.

HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Sumber: http://www.utusan.com.my

12 Ogos, 2008 18:43 PM

Pemasar Kopi ‘Radix’ Pemenang Anugerah Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Syarikat pemasar kopi ‘Radix’, HPA Industries Sdn Bhd hari ini dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis menjalankan pemasaran produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lepas, HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerahkan pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini itu, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, dekat sini hari ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Ismail Ahmad berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

“Buat masa ini, kami masih terpaksa import roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi kami akan cuba untuk mempunyai ladang roselle dan pegaga yang lebih luas untuk kurangkan kebergantungan ini,” katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Mensasarkan keuntungan bernilai RM100,000 tahun ini, Ismail berkata kejayaan perniagaannya itu menunjukkan bahawa bidang pertanian dan industri asas tani sememangnya membawa keuntungan yang besar jika ia diusahakan dengan betul.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=352275

Ulasan Tuan Haji Ismail dalam blog beliau:

Anugerah Perdana

Anugerah Perdana merupakan satu penghargaan kerajaan kepada HPA sebagai penjana sektor pertanian yang memberikan keuntungan kembali kepada rakyat. Berapa ramai mereka yang mendapat manafaat daripada kewujudan HPA kini semakin terasa. HPA yang menjadikan peniagaan MLM sebagai pilihan kini telah berjaya duduk setanding dengan syarikat korporat yang lain hasil dokongan kuat para ahli ahlinya.

Sebahagian besar yang saya temui di program MAHA sekurang-kurangya telah menjadikan kopi radix sebagai minuman utama mereka termasuk di peringkat menteri-menteri kerajaan. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga amanah Allah (HPA) agar menjadi ladang yang sentiasa menghasilkan buah pada ummah. InsyaAllah.

Advertisements

3 Respons to "Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri"

Tahniah di atas kejayaan HPA.semoga jualan produk HPA terus meningkat dan kekal maju dan menjadi pemangkin kepada semua penguna.

tahniah ! moga HPA terus maju pada masa akan datang

Tahniah kpd HPA.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: