Dunia Herba HPA

Radix Koko

Posted on: 29 November, 2008

radix_koko.jpg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 5

Kandungan: 15 paket, setiap paket 30 gram

========================================

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Radix Koko

RADIX KOKO

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

RADIX KOKO

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Kilang di 3 buah negeri

Satu kejutan, graf jualan koko radix menunjukan prestasi awal menyamai pasaran kopi Radix. Allahuakbar 3x.

Koko radix mula diperkenalkan dipasaran sudah hampir sebulan dan pemintaannya sangat tinggi setanding dengan Kopi Radix. HPA Industri terpaksa bekerja 2 shif bagi memenuhi cawangan yang masih kosong. Bagi menyiapkan jumlah stok yang mencukupi HPA terpaksa mengambil masa sebulan lagi kerana kita memerlukan stok minimum sebanyak rm5 juta.

Saya yakin para pengedar boleh bersabar seperti mereka sabar menanti pembukaan 7 cawangan RFC dalam masa yang terdekat. Kesabaran yang menjadi inti perjuangan HPA kini meletakan syarikat MLM 100% bumi ini di puncak kejayaan. Kita bukan peniagaan roti segera tetapi kita berniaga dengan penuh waspada. Kegawatan ekonomi yang kian rancak diperkatakan orang menjadi medan adu kekukuhan organisasi HPA bermula dari seluruh warga kerja sampailah kepada para pengedar yang terkenal dengan kesetiaannya.

HPA akan membuka kilang tambahan Radix (kopi dan koko) di Pengkalan Cepa, Ipoh dan Kluang. Doakanlah perniagaan kita sentiasa di bawah peliharaan Allah. Amin.

Advertisements

8 Respons to "Radix Koko"

radix koko memang sedap..lebih sedap dari milo.

gempur radix koko..

assalamualaikum….Tn Hj Ismail.Saya tumpang bangga dengan HPA.Sejak saya ‘keluar’dari HPA dan menjadi guru…perkembangan HPA begitu pesat. Walauoun pernah cuba digagalkan tetapi Allah menolong hambaNya yang berbuat baik kejalanNya.

Cuma saya harapkan, kejadian kejadian dahulu tidak akan berulang dan melemahkan kita.

ALLAHUAKBAR.

faktor utama saye daftar sbgai ahli pg td adalah utk beli radix koko……

dah xsabar nak try….ble sye blh dapat kad ahli?????huhuhuhu…harga di stokis sama ke dgn harga di website ni?????

salam……harapan saya agar radik koko dpt dikeluarkan secara refill,dlm 1 kilo,atau 500gram……….dn harga dpt dikurangkn sedikit,supaya dpt bersaing dengan produk seumpamanya,tq…….

salam,koko radik takde yg pek 32 ke mcm kopi radik gak? harap dapat diperbaharui dan nilai mata ditambah juga kpd 12

Memang sodap…beli jangan tak beli

Boleh tak org mengandung minum radix koko?

Saya tinggal di Shah Alam.Dimanakah saya boleh mendapatkan koko radix?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: