Dunia Herba HPA

Berhati-hati Ketika Makan Di Hotel

Posted on: 6 Disember, 2008

 hotel.jpg

18 hotel daripada 2,360 mendapat sijil halal HDC

04/12/2008 6:30pm

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Umat Islam diminta berhati-hati ketika makan di hotel di negara ini, kerana kini hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebanyak 31 buah lagi sedang dalam proses untuk kelulusan, empat permohonan baru, 64 dalam proses melengkapkan borang dan tiga telah tamat tempoh dan sedang memperbaharui sijil halal.

“Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk hotel yang mendapat sijil halal daripada majlis dan jabatan agama Islam negeri,” katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber:  www.utusan.com.my

DuniaHerbaHPA.com: Terkejut juga membaca berita di atas ini. Cuba bayangkan sudah berapa banyak hotel yang telah kita singgah untuk makan. Program-program HPA juga kerap diadakan di hotel-hotel. Justeru itu, kerajaan harus peka dengan masalah ini dan dengan segera perlu melaksanakan tindakan sewajarnya agar umat Islam di negara ini dapat menikmati hidangan di hotel-hotel tanpa rasa ragu dan was-was lagi.

Atas sebab ini juga HPA mengambil langkah menceburi bidang perhotelan dengan menubuhkan El-Zahraa Inn di Sungai Petani dan dalam proses membina sebuah lagi hotel di negeri Kelantan iaitu Hotel Salahuddin Al-Ayubi.

Ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan Hotel El-Zahraa Inn:

Hotel El Zahraa Inn

Nampaknya hotel ini sudah diperingkat akhir pembinaannya. Insyalah kita akan sama-sama merasmikannya pada bulan 12 nanti. Hotel ini merupakan imej peniagaan HPA sebagai peneraju kepada kebangkitan ummah. Slogan Radix…boleh benar-benar akan di buktikan dalam semua bidang peniagaan.

HPA menceburi dalam bidang ubatan herba, restoran segera, pertenakan, perladangan, teknologi makanan, pendidikan, industri kosmetik, pembuatan hasil ikan, peruncitan, koperasi dan lain-lain lagi. Ini boleh dikatakan bahawa sekiranya dalam tempoh 10 tahun lagi HPA dapat mengekalkan prestasi peniagaannya, ia akan menjadi sebagai sebuah badan peniagaan yang menjadi harapan kepada umat Islam. Harapan bagi menampilkan bentuk peniagaan yang berasaskan kepada ekonomi Islam.

Kita tidak terpukau dengan kejayaan pihak-pihak yang lain jika mereka mendirikan peniagaan diatas dasar ekonomi riba kerana dasar demikian terbina dengan penindasan kepada golongan pengguna. Masyarakat hari ini sudah sedar dan beralih mencari syarikat-syaraikat yang benar-benar melaksanakan tuntutan ugama demi untuk menebus segala kesilapan pada masa dahulu.

hotelhpa1.jpg

Ini adalah gambaran pelukis untuk Hotel Salahuddin Al-Ayubi di Kota Bharu, Kelantan.

Advertisements

1 Response to "Berhati-hati Ketika Makan Di Hotel"

Ya salam !!! Yaa Salamm !!!! Semuga ke ikhlasan setiap individu yg mendirikannya, menjayakannya dirahmati Allah. Islam menuju era kegemilangan Kali Ke 2. Allah Hu Akhbar !!! Allah Hu Akhbar !!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: