Dunia Herba HPA

Cawangan RFC Baru Akan Dibuka

Posted on: 20 Januari, 2009

Ramai yang tertunggu-tunggu pembukaan Radix Fried Chicken (RFC) di lokasi baru selain yang sedia ada sekarang ini di Sungai Petani, Kedah. Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. RFC kedua akan dilancarkan dengan rasminya di Alor Setar pada 7 Februari 2009YAB Menteri Besar Kedah dijangka akan merasmikan pembukaannya nanti.

Pasti kebanyakan ahli HPA di utara tanah air sudah merasai kelazatan ayam goreng RFC dan juga menu-menu yang lain. Tak terkecuali juga ahli-ahli HPA di seluruh Malaysia yang turut turun ke Sungai Petani semata-mata untuk merasai sendiri menu RFC ini. Rata-rata mereka memuji kesedapan hidangan RFC dan masing-masing juga kagum dengan kemampuan HPA  membina perniagaan restoran yang cukup hebat dan gah malah mampu bersaing dengan pesaing sedia ada.

Namun begitu, ada juga yang memberikan komen membina dan kritikan mengenai layanan/servis di RFC. Terima kasih diucapkan. InsyaAllah pihak RFC akan cuba memperbaikinya di masa hadapan.

Kita ikuti ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan pembukaan RFC baru di Alor Setar:

Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7 Feb 2009

Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2. Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia. Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan. Rasakanlah “hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah” kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.

Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir. Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan. HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan “Pasar Ansor” untuk umat ini.

Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Shahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA. Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut. Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD . InsyaAllah , saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.

banner-duniaherba-486x60.gif

Advertisements

24 Respons to "Cawangan RFC Baru Akan Dibuka"

saya dh dgr byk crita tentang RFC skang ni..semuanya bagus2..diharapkan perniagaan ini akn smkin berkmbg maju,,trus mndpt smbutan umat Islam kini yang sering mencari inisiatif lain selain dr ekonomi umat Islam sendiri..
moga2 cwgn RFC dpt dibuka lagi di merata2 tmpT..Insya ALLAH…

salam…satu inovasi yg amat baik…dlm kita nak boikot produk2 yahudi ni…elok sgt perkara ni dikembangkan…Insya Allah…sokongan/respon/tindakan umat Islam khususnya dan lain2 amnya kpd produk2 Malaysia/Islam akan automatik dtg jika ‘supply dpt memenuhi keperluan si demand’…
bukak lah cawangan di Melaka satu…boring dah mkn yg bende ‘dah lama dah’ ni…

Taniah dan syabas pada semua warga HPA kerana perjuangan dan dakwah kita ke jalan ALLAH bertambah kuat dan jitu.Insyallah semoga ALLAH bersama kita dalam memperjuangkan produk umat ISLAM

Bagus la HPA ni ada perkembangan terbaru. Lagi semangat la ahli2 HPA mempromosikan HPA kpd org ramai. Aku doakan HPA akan terus berjaya. dan kami sbg ahli pun turut menumpang kejayaan HPA. amin..

Dengan bukanya cawangan2 Rfc yang baru tahun ini dan akan datang, diharap Kentucky Fried Chicken akan tutup kedai dengan cepat!!..takbir…

tahniah buat hpa.. saya pun antara yg sanggup ke sg petani utk merasai kelazatan menu rfc… alhamdulillah.. sama-samalah kita memboikot produk yahudi laknatullah dan sekutunya..

Umat Islam harus cemerlang.. hari ini mesti lebih baik dari semalam….

siapa kata kita tidak boleh..kita ada Allah Maha Kuasa.. Doa sebagai senjata..

Saya berpeluang makan di RFC sg. Petani minggu lepas. Makanan memang sedap tapi service memang lembab. Dari pemerhatian saya, penyediaan makanan, amik order memang kena improve. Pengurus dan supervisor tak buat keja sangat masa peak hours, bersembang jer lebih. Saya terpaksa beratur lebih dari satu jam. Harap pihak yang berkenan patut turun padang dan lihat sendiri Sg. Petani RFC dan fikirkan cara bagaimana nak pertingkatkan service.

salam tuan
di harap pihak tuan sukses selalu
kami di kawasan bangi sangat menanti-nantikan kedatangan cawangan RFC ke tempat kami. satu alternatif yg bijak utk menggantikan barangan israel laknatullah.

di harap pihak tuan lebih prihatin terhadap menu, iaitu MILO. ianya jugak produk israel.

Mmg on the right time RFC ni dilancarkan besar2an di seluruh( about every state ) Malaysia. Di saat umat Islam memboikot produk Yahudi.Tak sabar rasernya cawangan Klang valley nak di try, asyik dengar dr mulut org je. Terliur rasernyer. InsyaAllah HPA akan terus maju & jd antara branded products soon.

Assalamualaikum,

pertama skali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha gigih dan bernas tuan membuka RFC sebagai alternatif kpd KFC. saya dah lama menantikannya..

Saya ingin mencadangkan agar pihak tuan dapat juga membuka cawangan RFC di tesco kuala selangor. memandangkan tesco baru sahaja diperkenalkan di bumi kuala selangor ini dan masih belum pun beroperasi lagi, jadi saya rasa ini juga adalah peluang yang baik. tambahan pula tesco itu bakal dibuka bulan depan dan dikelilingi banyak kawasan perumahan yang baru dibangunkan. ini 1 peluang keemasan! hehe..

salam, kami sekeluarga sentiasa memberi 100% support kpd barangan buatan malaysia, kalau saya berminat nak membuka cawangan rfc bagaimana?

kenapa tidak dibuka di Johor Bahru??

Assalamualaikum,

Tahniah diatas pembukaan RFC dan saya dah beberapa kali menikmati RFC di Sg Petani. sedap dan anak2 pun suka . Cuma yang amat dikesalkan kerana service yang agak lembab dan saya terpaksa menunggu hampir satu setengah jam untuk menikmati RFC di siang hari. Demi untuk menikmati RFC dan memenuhi hajat anak2 maka saya selalu membawa anak saya ke RFC selepas pukul 10.30 malam. walau bagaimana pun tahniah dan pihak pengurusan harus mencari jalan yg terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Teruskan……….Insya-ALLAH kalau rezeki murah,saya akan turut serta untuk membuka cawangan RFC.

salam,

sukanya dengar nak buka cawangan di Kuantan.Tapi pihak cawangan HPA di kuantan pun tak tahu kat mana. mudah2an Allah mudahkan usaha untuk berada atas jalanNya.

Salam. RFC kat bangi dah buka ke? dengar nak buka awal april. buka kat mana ye? teringin nak pegi..

salam..
sy student universiti teknologi petronas, perak..
nk tanye da bukak ke RFC kat ipoh?
kat mane lokasi?
sbb kami slalo bwt roadshow utk event yg berlangsung di utp.
slalo panggil pizza, kfc..but then we know there’s something else dat much better to b compared which is RFC..
so klo da bukak bgtaw la.
kami ley tlg promosikn RFC di uni kami..
kami akan panggil utk menghadiri roadshow di utp.

salam..saya pon tertunggu2 kemunculan rfc di bangi..pengalaman menikmati rfc di alor star mmg sungguh sedap..pekerja2 pon mmg friendly..senyum je..

harap di buka di bangi dgn segera

saya dah stop x makan kfc saya dah dok tunggu rfc kawasan selangor tak kira di mana ada……..

tengok rfc ni meleleh air liur,kalau boleh nak juga rasa, tapi kat selangor x de lagi.tersimpan jer hajat d hati.harap buka cawangan di selangor, rawang.

saya berminat untuk membuka RFC di , Johor bahru

siapa saya hendak hubungi.

Bila nak buka cawangan kat Kuala Lumpur..saya gerenti mesti laku

bile nk bukak kat selangor…kajang ker bangi ker…x sabar nk mnunggu ni…harap pihak tuan dengar rintihan kami di kajang….

Assalamualaikum…

sy berminat untuk membuka halal mart hpa.Bagaimana?lah bantu tk?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: