Dunia Herba HPA

Sistem Mudharabah RFC

Posted on: 3 Februari, 2009

RFC Menawarkan Peluang Membuka Cawangan Baru

MODAL SEBUAH RFC IALAH RM1.5 JUTA. HANYA PAKEJ INI SAHAJA YANG RFC TAWARKAN.

SISTEM MUDHARABAH RFC

(Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)

1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.

2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal sahaja.

3. Usahasama di antara pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.

4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah RM 1.5 juta.

5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah ialah 50: 50 antara HPA dan Pemodal. Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk untung-rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.

6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi; selewat-lewatnya lima bulan selepas perjanjian ditandatangani antara RFC dan individu/syarikat terbabit.

7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan pemodal sahaja.

8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun pemodal boleh mengemukakan cadangan.

9. Tempoh perkongsian ialah lima tahun. Selepas lima tahun, bayaran balik modal akan dibuat oleh RFC kepada pemodal dalam tempoh tidak lebih enam bulan dari tarikh tamat perkongsian. Lanjutan perkongsian selepas itu bergantung kepada persetujuan semula kedua belah pihak dan dengan caruman modal baru yang ditetapkan oleh RFC.

10. Jika pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat (iaitu 5 tahun), RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada sebarang keuntungan akan diberikan kepada pemodal dalam tempoh bayaran balik itu (bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).

11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan RFC (sebagai ‘Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Jika ditakdirkan urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung kerugian dari (bebanan masa dan kerja) pengurusannya.

12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait dengan pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh demikian, pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan-cawangan lain.

Untuk pertanyaan berhubung RFC dan cara untuk memohon menjadi pemodal RFC, sila hubungi 04-4483716 (En Suhairi atau Ust Samad) atau 013-5309717 (Hj Fisal)

rfc-alor-setar

Restoran RFC kedua di Alor Setar, Kedah

banner-duniaherba-486x60.gif

Advertisements

3 Respons to "Sistem Mudharabah RFC"

Salam..nak tanya..

1. kalau kedai saiz 40 x 40 setingkat sahaja sesuai tak nak buka RFC?

2. kalu sesuai modalnya 1.5 Juta juga ker atau macamana??

Tahniah! Di Batu Pahat, Johor ada satu SPOT terhangat yang boleh dibuka RFC… Lokasi, Square One Mall… sebelah Carrefour… tempat paling padat orang shopping….

salam, saya ingin tahu kalau berdasarkan pengalaman hpa, modal rm1.5 tu boleh pulang modal/break-even pada bulan/tahun ke berapa?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: