Dunia Herba HPA

Cara Menjadi Stokis HPA

Posted on: 9 Februari, 2009

Ada 4 kategori agen stok HPA. Ianya dikenali sebagai

1. Stokis,
2. Pengurus Stokis Daerah (PSD),
3. Pusat Jualan dan
4. Pusat Agensi

Syarat Menjadi Agen Stok HPA:

1. Mendaftar menjadi ahli HPA

2. Telah mengikuti Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) – WAJIB

3.  Mengikuti Kursus Agen Stok Khas bersama Pengarah Urusan HPA (akan dimaklumkan selepas permohonan diterima)

Pengedar yang mahu memohon agen stok ini hendaklah mengisi borang yang disediakan di cawangan dan di fakskan ke HQ HPA.

Kelayakan untuk menjadi Stokis jika telah diluluskan hendaklah membuat belian pertama dalam satu invois di mana-mana cawangan berjumlah minima RM 2500.00.

Manakala Pengurus Stokis Daerah PSD minima RM7500.00 .

Pusat Jualan dan Pusat Agensi minima RM25000.00.

Stokis, Pengurus Stokis Daerah dan Pusat Jualan boleh beroperasi di rumah manakala  Pusat Agensi mesti ada premis perniagaan dan lesen perniagaan yang sah dari ROB atau ROC dan Majlis Kerajaan Tempatan.

Bonus Agen Stok dibayar oleh HPA berpandukan Laporan Agen Stok yang dihantar oleh agen stok setiap bulan. Biasanya Stokis hantar sebulan sekali. Pengurus Stokis setiap 10 hari sekali. Pusat Jualan dan Pusat Agensi hantar setiap minggu.

Stokis dibayar bonus agen stok sebanyak 11%, Pengurus Stokis Daerah 13%, Pusat Jualan 15% dan Pusat Agensi 16% dari NM pengedar yang membeli produk dengannya.

Stokis mendapat harga produk yang sama seperti ahli HPA dan tidak mendapat harga yang lebih murah dari harga ahli.

Syarat-Syarat Permohonan Dan Perlantikan Agen Stok

  • Pemohon mestilah telah menjadi pengedar kepada AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD (Ahli HPA).
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) terlebih dahulu (WAJIB).
  • Pemohon mestilah mengisi borang permohonan Agen Stok dengan lengkap dan borang bolehlah didapati di semua cawangan  HPA.
  • Permohonan yang diluluskan mestilah membuat belian syarat di mana-mana Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Pengurus Stokis yang ditetapkan oleh syarikat.
  • Hanya permohonan yang diluluskan sahaja yang boleh membuat belian syarat.
  • Semua Agen Stok mestilah membuat BELIAN PERIBADI sekurang-kuranngnya 50 nilai mata setiap bulan.
  • Semua Agen Stok yang dilantik, dikehendaki menghantar LAPORAN AGEN STOK (LAS) yang mengandungi borang keahlian, invois, baki stok dan senarai laporan setiap bulan.
  • LAPORAN AGEN STOK (untuk kategori PSD, Pusat Jualan & Pusat Agensi) mestilah dihantar 3 kali dalam sebulan

Laporan Pertama : 1hb – 10hb mestilah sampai ke HQ sebelum 15hb.
Laporan Kedua : 11hb – 20hb mestilah sampai ke HQ sebelum 25hb.
Laporan Ketiga : 21hb – 30hb mestilah sampai ke HQ sebelum 5hb pada bulan berikutnya.

  • LAPORAN AGEN STOK yang diterima lebih dari 10hb tidak akan diproses dan akan diproses pada bulan berikutnya.
  • Mana-mana agen stok yang gagal menghantar laporan tanpa sebab yang munasabah pihak syarikat boleh menamatkan statusnya.
  • Agen Stok tidak boleh membeli pada agen stok pada yang sama taraf atau lebih rendah dari padanya. Contohnya : Pengurus Stokis tidak boleh membeli pada Pengurus Stokis dan juga pada stokis.
  • Agen Stok mestilah menghadiri program –program atau mesyuarat Agen Stok yang dianjurkan oleh syarikat.

Etika Agen Stok

Sebagai seorang agen stok hendaklah mematuhi tatacara dan kehendak syarikat dengan cara memenuhi etika seperti di bawah:

a) Jujur: Agen stok hendaklah sentiasa jujur di dalam menguruskan dokumen yang berkaitan dengan invois, borang ahlli dan Laporan Agen Stok (LAS)

b) Kualiti: Seorang Agen Stok hendaklah berkualiti di dalam penguasaan pengetahuan barangan , plan pemasaran, perkembangan syarikat serta bersikap positif terhadap syarikat.

c) Tepati masa: Agen Stok mestilah dapat menguruskan  masa dengan sebaik mungkin untuk membolehkan pengedar mendapatkan barang.

d) Agen Stok mestilah menghantar laporan setiap bulan.

Advertisements

12 Respons to "Cara Menjadi Stokis HPA"

salam.. saya ada terbaca jika hdk jadi agen stokis, mesti ada 15 orang pada aras satu. Betul ke? Tq.

W’salam,

Sila rujuk di http://duniaherbahpa.com/category/stokis-hpa/ utk syarat2 menjadi stokis.

Terima Kasih

saya berminat untuk membuka pusat stokis di butterworth.
masih ada kekosongan

[…] Cara Menjadi Stokis (agen stok) HPA […]

Salam..nak tanya, untuk jadi stokis sekarang syarat WAJIB hadir kursus 1 hari bersama Tuan Haji Ismail dahulu ke..
Saya dah mohon jadi stokis tapi diminta hadir kursus dulu sebelum buat belian. Harap mohon penjelasan.

salam zamri, utk penjelasan lanjut, sila hubungi HQ HPA, 049776805.

salam siti, awak boleh berurusan dengan mana2 cawangan HPA untuk memohon menjadi stokis HPA. Sila rujuk cawangan HPA terdekat. Boleh download list cawangan di sidebar kanan web ini pada menu LINK PENTING.

salam…sy berminat untuk buka stokis d pasir puteh kelantan…saya ada tanya d cawangan pasir puteh mengenai borang stokis tp dia macam kurang pasti jerk…jadi mcm mana sy boleh dapatkan borang 2?

terima kasih…

salam ainun, cuba rujuk dengan staf hpa yg telah lama bekerja. Mungkin staf baru kurang arif tentang hal ini. Atau anda boleh berurusan dengan cawangan hpa lain disana atau hubungi HQ HPA jika masalah tak dapat diselesaikan, 049776805.

salam…
“Pusat Jualan dan Pusat Agensi minima RM25000.00.”

saya berminat nk bukak PUSAT JUALA N PUSAT AGENSI HPA….saya nak tanya bebebrapa soalan…..
1. adakah harga tersebut untuk beli produk shj?
2. cam ne dgn tempatnya..adakah sy kena cari tempat sendiri?
3. camner pengurusannyer…coz sy xde pengalaman dlm bidang bisnes…

saya minat nak jd agen kecil-kecilan, sebab kedai tak besar.kalo kurang
sikit modal berapa? sebab tak nak ambil barang byk

Dimanakah kedai HPA di Kuantan ? Sy memerlukan kopi radix

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: