Dunia Herba HPA

Berita Koperasi HPA

Posted on: 4 Mac, 2009

Mulai 01 Januari 2009, keanggotaan dan modal saham ahli Koperasi Wahida HPA Bhd. telah dibuka semula. Pendaftaran baru dan penambahan modal saham anggota boleh dilakukan di semua cawangan HPA yang berdekatan atau terus ke pejabat Koperasi Wahida HPABhd.

Dividen yang dicadangkan bagi tahun kewangan Disember 2008 adalah 14% (bagi saham pada 30 Jun 2008). Dividen yang telah diisytiharkan bagi tahun kewangan Disember 2007 adalah 10% (bagi saham pada 30 Jun 2007).

Antara saham yang dibuka kini adalah perniagaan membekalkan ‘Produk Killer’ HPA iaitu Kopi RADIX dan juga ayam organik’ HPA iaitu Ayam Kita. Keuntungan dari jualan inilah yang akan diagihkan kepada semua pemodal saham Koperasi Wahida HPA dalam pembahagian dividen nanti. Permintaan yang sangat tinggi terhadap dua produk ini jugalah yang membolehkan koperasi menjalankan perniagaan yang begitu menguntungkan.

Ketika perasmian pembukaan Cawangan baru RFC di Shahab Perdana, Alor Setar Kedah pada 7 Februari ’09 tempohari, kita dapat melihat permintaan dan keperluan pengguna dalam memilih ayam organik cukup tinggi, dengan dianggarkan jumlah kehadiran 6,000 orang pada hari tersebut kita yakin bahawa produk kita telah dapat memenuhi pasaran kini.

Melaburlah dalam Koperasi Wahida HPA Berhad. Saham anda akan digunakan sebagai modal pusingan dalam aktiviti trading iaitu membekalkan Kopi RADIX dan Ayam segar kepada Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. Urusniaga yang dijalankan ini pasti InsyaAllah mendatangkan keuntungan lumayan kepada setiap anggota koperasi. Banyak lagi projek bekalan yang boleh dilaksanakan bersama anak-anak syarikat HPA yang memerlukan dana yang besar oleh Koperasi Wahida HPA Bhd.

Pada mesyuarat ALK kali ke-1/09 tempoh hari, pihak ALK telah meluluskan modal pusingan sebanyak RM10 juta dan sehingga sekarang modal pusingan terkumpul telah pun mencapai RM5 juta. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, melaburlah untuk masa depan anda dan ummah yang lebih cemerlang InsyaAllah.

Pada tahun 2008 InsyaAllah pencapaian dividen disekitar 14% setelah pihak koperasi mengeluarkan dividen sebanyak 10% pada tahun 2007. Marilah kita membina kekuatan ekonomi ummah bersama-sama.

Perkembangan lain:

1. Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi kali ke-1/09 telah diadakan pada 31 Januari 2009 bertempat di Dewan Caw. Sungai Petani, Kedah.

2.  Kowahida bergerak bersama Kuliah Perubatan Jawi dengan membuka Kaunter KoHPA sebagai aktiviti pendedahan mengenai koperasi pada setiap ahli.

3. Dividen 2008 akan mula dikira pada tahun berakhir Jun 2009.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad, sila hubungi:

Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel: kowahida@yahoo.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: