Dunia Herba HPA

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)

Posted on: 24 Mac, 2009

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) telah pun memulakan operasi sepenuhnya pada 4 Mac 09 dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan walaupun belum ada sebarang promosi atau hebahan rasmi.  Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhai Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.

Sebanyak 40 jenis masakan dihidangkan di Restoran ROC. Keenakan masakan berkonsepkan ‘Chinese Food’ ini berjaya menarik penggemar masakan itu dari kalangan kaum Tionghua yang berada di sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Suasana di ROC ketika beroperasi

Boleh dikatakan setiap malam selepas Maghrib, ROC mula dipenuhi dengan pelanggan. Pekerja tak menang tangan melayan setiap kehendak dan cita rasa pelanggan. Ada juga pelanggan berbangsa Tionghua yang berkunjung ke sini semata-mata ingin menikmati masakan di ROC.


Menurutnya masakan di ROC berbeza dengan restoran lain kerana rasanya yang unik dan lazat. Ada kelainan dengan masakan di restoran Cina yang lain. Rasa masakan di ROR seakan-akan campuran antara masakan Cina dan Melayu. Selain itu harganya juga berpatutan. Ikan siakap dan kerapu yang dimasak benar-benar segar di samping sup sayur dan cendawan yang dihidangkan sangat sedap, katanya lagi.


Kepada ahli-ahli HPA yang belum lagi berkunjung ke ROC, silalah ke sana dan anda akan dapat menikmati keenakan dan kelazatan masakannya.

Alamat Restoran ROC:

Lot 35 & 36, Jalan Lagenda 2,
Legenda Height
08000 Bandar HPA Sg.Petani,
Kedah

Waktu operasi 11.30 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam.

No Tel : 04-4484715 Faks : 04-4484716 / 04-4203850 / 52 Fax: 04-4203851

Sumber: http://pjskpu.radix2u.com/ dan http://bizdevhpa.blogspot.com
Advertisements

5 Respons to "Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)"

Tahniah! Dan berbangga sungguh dgn pencapaian HPA.Cepat2lah tambah cwgn ROC di Lembah Klang pula.

ya btui,,tak sabar nak pi ni

maaf nak buat sedikit teguran,kalau boleh pekerja wanita perlu memakai tudung menutup dada.lebih manis sekiranya memakai tudung yg menutup dada,maaf,ini adalah nasihat utk kebaikan bersama,smg perniagaan terus maju

So far, baguih Hpa ada saja produk baru yang dihasilkan……semuga berkembang maju.

salam.. pd 15 Oktober 2009, saya telah hadiri Jamuan Sambutan Aidilfitri RFC & ROC 2009 di restoran ROC.. makanannya sedap, tip-top.. chinese food package d RM199 1 meja… 7 dish, 1 ikan kerapu, daging black pepper sizling, sup sayur, dan byk lagi.. nyam.. nyam.. sungguh menyelerakan.. dalam restoran ni sungguh ekslusif, rs mcm mkn kt tempat yg 5 star.. saya igt tempat mahal.. tp harga yg bpatutan.. satu lagi restoran makanan cina halal… jom la dtg,..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: