Dunia Herba HPA

Peraturan Kursus PBC

Posted on: 14 April, 2009

1. Semua peserta diminta mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan sepenuh hati dan kesungguhan.
2. Para peserta diwajibkan mengikuti setiap modul yang telah ditetapkan dari awal hingga tamat dengan sempurna.
3. Para peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan kursus.
4. Para peserta diwajibkan memakai tanda nama ‘Peserta PBC’ yang disediakan sepanjang kursus termasuk ketika berada di bilik jamuan.
5. Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan untuk menikmati jamuan. Sesiapa yang bukan peserta yang ingin makan bersama akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat penganjuran kursus.
6. Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tanpa kebenaran rasmi tidak akan dikira sebagai peserta kursus PBC sekaligus tidak akan diberikan borang penyertaan PBC di penghujung kursus (tiada kenaikan pangkat PLX).
7. Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan kursus PBC atas sebab-sebab kecemasan perlulah melaporkannya kepada Pengarah Kursus PBC atau urusetia yang bertugas sebelum meninggalkan kursus.
8. Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik sebaliknya akan ditetapkan oleh urusetia kursus PBC.
9. Semua peserta diminta untuk mematikan nada dering telefon bimbit sepanjang kursus diadakan dan dinasihatkan agar tidak menggunakannya ketika mengikuti modul.

PAKAIAN:

1. Para peserta diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat, kemas (lelaki dianjurkan untuk memakai kemeja, seluar slack & berkasut) dan beradab (menunjukkan akhlak Islam).
2. Tidak digalakkan untuk memakai T-Shirt dan berselipar.
3. Tidak dibenarkan memakai seluar ‘jeans’.

Sumber: Blog KPU

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: