Dunia Herba HPA

RFC Akan Dibuka Di Arab Saudi

Posted on: 15 Mei, 2009

RFC Buka Cawangan Di Arab Saudi

Sumber: Harian Metro. 14 Mei 2009

Oleh Wan Noriza Meor Idris, ( wannoriza@nstp.com.my )

rfc-arab-saudi

RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera milik penuh Bumiputera yang menghidangkan ayam goreng, bakal menembusi Arab Saudi menjelang akhir tahun ini dengan pembukaan cawangan restoran di negara terbabit.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera dan terkenal dengan produk Kopi Radix di negara ini, yakin restoran makanan segera itu dapat diterima bukan saja oleh rakyat negara ini, malah antarabangsa khususnya negara Islam kerana menyajikan makanan berkhasiat dan halal.

Eksekutif Bahagian Pembangunan Perniagaannya, Sharifah Roziah Syed Tahir Jalaluddin, berkata ketika ini RFC mempunyai tiga cawangan di utara tanah air, khususnya Kedah dan merancang membuka sekurang-kurangnya 200 cawangan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, RFC yang baru memulakan operasi di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, pertengahan tahun lalu menerima sambutan menggalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari dan membuka cawangan di kawasan terdekat untuk jualan pandu lalu.

Katanya, ketika ini RFC sedang dalam proses mengukuh perniagaan dan mematangkan khidmat di bahagian utara sebelum mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.

“Kami mendapat permintaan di Arab Saudi kerana kami menawarkan makanan segera halal, sejajar dengan populasi penduduknya yang beragama Islam.

“Selepas Arab Saudi, kami mungkin meneroka negara lain yang majoriti penduduknya beragama Islam, termasuk Indonesia. Kami sudah mempunyai pejabat bagi mengedarkan produk di sana menerusi PT HPA Nusantara.

“RFC alternatif kepada penggemar makanan segera, tetapi mahukan makanan berkhasiat kerana bahan yang kami gunakan adalah organik dan berasaskan herba,” katanya.

Menurut Sharifah, RFC dibina di atas pelaburan HPA dan berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah RM1.5 juta.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan 50:50 antara HPA dan pemodal.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 500,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi herba segera paling laris di negara ini.

Advertisements

5 Respons to "RFC Akan Dibuka Di Arab Saudi"

dah dpt pi sampai arab saudi dah la ni. tahniah HPA.

apa pi jauh sangat.pila ke brunei ka,pakistan ka dulu ataupun bagi habis penuh di malaysia dulu.di sabah dll belum ada lagi.lepa pun nak rasa juga.steadylah.semua ahli dok tunggu.jangan harap guruh dilangit…..atau anak kera disusu tapi anak sendiri tak dapat.

kat KL ni bila lagi..cepat la sikit

Bila nak buka kedai roti/RFC kat Johor. ataupun kawasan saya Tangkak,Ledang, Johor

salam…. pandangan saya, penuhkan RFC di Malaysia dulu bru luar Malaysia. Umat ISLAM di Malaysia sgt mmerlukan premis makanan yg bnar2 halal mcm RFC.. kat Terengganu tiada lagi…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: