Dunia Herba HPA

Gelatin Halal Halagel & HPA

Posted on: 4 Jun, 2009

jom-support-468x60

BAGI umat Islam, mencari yang halal merupakan tuntutan Fardu Ain yang wajib dilakukan tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan.

Pemakanan, contohnya menjadi antara faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam membina dan melahirkan sebuah keluarga bahagia selaras dengan keperluan syarak.

Ini kerana melalui pengambilan makanan yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, ia boleh menyebabkan berlakunya kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan juga masyarakat.

Di samping itu, masyarakat juga harus peka dengan setiap kandungan atau bahan yang digunakan dalam setiap makanan yang dimakan bagi memastikan ia datang daripada sumber yang baik.

Menyedari hakikat itu, maka wujudlah Halagel (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mempunyai visi untuk menyediakan produk halal untuk umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Ditubuhkan sejak tahun 1997, Halagel merupakan pengimport tunggal, pengeluar dan pengedar makanan halal dan gelatin gred farmaseutikal, kapsul gelatin halal dan gel lembut gelatin halal bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Syarikat itu juga membekalkan pelbagai produk pengguna seperti ubat gigi herba, garam batu boleh dimakan, kopi pracampuran dan gula-gula getah perasa buah.

Selain itu, mereka turut menawarkan produk-produk kesihatan seperti vitamin C tambahan dan produk nutraseutikal termasuk minyak kelapa dara, minyak habbatus sauda dan minyak ikan Omega-3.

Pengurus Besar Pemasaran Halagel (M) Sdn. Bhd., Muhammad Azhar Abdullah berkata, penubuhan Halagel bertitik tolak daripada memenuhi tuntutan Fardu Kifayah bagi menyediakan produk alternatif halal untuk masyarakat Islam.

“Alhamdulillah, usaha kami untuk menyediakan produk alternatif halal bagi kegunaan pengguna Muslim khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berjaya dilaksanakan.

“Ini termasuklah memperkenalkan gelatin halal yang diimport dari Pakistan dan telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada tiga buah agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ulama Indonesia dan The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).

“Di Pakistan, semua pekerja di kilang yang mengeluarkan gelatin tersebut terdiri daripada orang Islam. Selain itu, gelatin yang dihasilkan itu pula menggunakan sumber tulang haiwan-haiwan halal seperti lembu, kerbau dan kambing.

“Paling penting, kesemua haiwan tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam,” jelas Azhar ketika ditemui Kosmo! di pejabat Halagel cawangan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penentu status halal gelatin bergantung pada beberapa faktor. Antaranya termasuklah proses pengeluaran tidak bercampur dengan sumber atau gelatin daripada haiwan tidak halal, di samping kebersihan keseluruhan di kilang tersebut.

Beliau menjelaskan, memang ada kebanyakan kilang yang menghasilkan gelatin tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk memproses gelatin halal.

Namun, disebabkan orang ramai tidak peka mengenai hal tersebut, maka tidak mustahil jika sebenarnya ada dalam kalangan pengguna Muslim telah termakan bahan yang diperbuat daripada gelatin yang tidak pasti sumbernya.

“Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana mereka tidak memahami dan menyedari perkara itu. Bagaimanapun, sebagai penganut agama Islam, kesedaran untuk memastikan makanan atau produk yang digunakan adalah halal harus ada dalam diri setiap individu,” ujarnya lagi.

PALING penting haiwan halal yang digunakan untuk membuat gelatin disembelih mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam. – Gambar hiasan

Dalam pada itu, di sebalik penghasilan gelatin, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengeluar. Contohnya, ia mengambil masa di antara 60 hingga 80 hari untuk melengkapkan kesemua proses penghasilan gelatin.

“Tempoh waktu yang lama membuatkan pengeluaran gelatin halal agak terhad. Selain itu, adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal di kilang yang sama. Ini biasanya berlaku dalam kalangan pengeluar gelatin dari negara-negara Barat.

“Paling utama, sumber tulang atau kulit haiwan yang diperoleh datangnya dari banyak pusat sembelihan yang mempunyai cara sembelihan tersendiri. Masalah inilah yang menyebabkan gelatin yang mungkin digunakan datang daripada sumber yang tidak halal,” jelas Azhar sambil berharap umat Islam lebih berhati-hati dalam hal ini.

Halagel kini telah pun mempunyai kilang memproses kapsul gelatin halal dan kilang kapsul lembut (softgel) untuk penggunaan dalam industri farmaseutikal.

Sumber: http://www.kosmo.com.my

DuniaHerbaHPA.com: HPA banyak menggunakan gelatin halal daripada Halagel untuk produk herbanya seperti produk berbentuk softgel dan ubat gigi herba. Jika selama ini kita asyik berkata kita tiada pilihan dalam bab makanan/minuman tetapi sekarang ini telah tersedia pelbagai produk keluaran umat Islam di pasaran terutamanya keluaran HPA. Mari kita bersama syarikat muslim seperti ini dengan menjadi pengguna dan usahawan supaya rangkaian perniagaan Muslim yang kuat dapat dibina. Jadikan produk Muslim sebagai pilihan UTAMA kita dan bukan lagi pilihan alternatif.

Advertisements

1 Response to "Gelatin Halal Halagel & HPA"

Assalamualaikum…
Sebagai seorang Islam saya gembira pihak HPA aktif dalam industri ini. Diharap pihak tuan dapat melebarkan perniagaan tuan ke negeri perak, terutamanya bandar-bandar utama seperti Ipoh, Tapah, Tg Malim, Taiping dan sebagainya. Diharap pihak tuan juga dapat meluaskan hebahan di tv dan radio seperti semua radio dan TV RTM seluruh Malaysia yang 100% didengari dan ditonton oleh orang Islam terutama orang kampung. Harap pihak tuan dapat melaksanakannya dengan kadar segera. Terima kasih, wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: