Dunia Herba HPA

Lampin Babyku (Diapers HPA)

Posted on: 16 Jun, 2009

[ PRODUK INI TELAH DIBERHENTIKAN PENGELUARAN ]

HPA mengeluarkan produk terbaru iaitu lampin bayi pakai buang. Kini sudah berada dipasaran dan ia juga tidak lama lagi akan dipasarkan ke Indonesia melalui sistem MLM HPA Nusantara.

Antara kelebihan lampin pakai buang yang HPA keluarkan ini ialah:

1.  Gred terbaik.
2.  Satu-satunya lampin pakai buang keluaran Muslim.
3.  Pelekat tahan lasak (vikro) yang mampu lekat berulang kali.
4.  Leak guard.
5.  Penyerapan extra.
6.  Kain yang berkualiti tinggi.
diapers-hpa
diapers-hpa2
diapers-hpa3
Terdapat 4 jenis saiz semuanya iaitu S, M, L dan XL. Jadikan produk ini sebagai pilihan utama untuk anak-anak kita.

1. Saiz S, 66 keping.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 50

Nilai Mata (NM): 8

2. Saiz M, 84 keping.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM60
Sabah & Sarawak: RM 70

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 60

Nilai Mata (NM): 8

3. Saiz L, 72 keping.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM62
Sabah & Sarawak: RM 72

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 52
Sabah & Sarawak: RM 62

Nilai Mata (NM): 8

4. Saiz XL, 60 keping.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM64
Sabah & Sarawak: RM 74

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 54
Sabah & Sarawak: RM 64

Nilai Mata (NM): 8


//

Advertisements
Label: ,

24 Respons to "Lampin Babyku (Diapers HPA)"

Salam,

Lampin ni berbeza x dari disposable diapers yg ada di pasaran – tiada dioxin yang boleh membahayakan bayi?

Harap dapat menjawap. Terima kasih

Salamm….
Disini saya ingin memberi komen bahawa lampin babyku ini terlalu mahal dari harga lampin yg berjenama lain di pasaran…sepatutnyerr produk keluaran tempatan semestinyerr berharga jauh lebih murahh..macam maner kiter ingin membantu industri tempatan dalam persaingan perniagaan.
Diharap dapat dipertimbangkan semula harga yang kompetitif dengan persaing.
Sekian Terimer Kasih

salam…
mengapakah harga nya terlalu mahal….
Untk saiz L shj,dh mencecah sehingga RM0.70 sekeping.

salam.
mahal sgt la…x blh krgkan lg ke regenye…tq.

Salamm..
benda halal lgi baik memang la mahal. murah tp x halal,nanti mudharat.yg kat pasaran tu ntah guna benda apa tu yg murah. Hpa menggunakan bahan halal utk bayi.lgipun duit kita tu masuk dana halal.kalu kat pasaran tu,murah tp duit kita tu dilaburkan ke perkara xberkat.

salam.. pd pandangan saya kalau pun betul lampin ini tiada dioxin yg boleh mambahayakan bayi atau kebaikan-2 lain yg mungkin melebihi kebaikan lampin-lampin yg sedia ada di pasaran namun harga lampin ni masih lagi terlalu mahal.. Kalau boleh, syarikat HPA jangan lah pula terlalu mengejar keuntungan semata-mata sehingga menetapkan harga yg tinggi..

salam.nape harga mahal..kita ni berminat nak majukan pasaran tempatan.kalu leh nak wat bisness sekali..leh hantar quotation x? nak jadi dealer kat ipoh. saya ni di behrang perak.

saya setuju ngan komen yg kata mahal..terlalu mahal..saya rasa biarla harga sama dengan produk lain yg ada kat market…kena kira jugak status pengguna..bukan semua mampu..ada yg anak 3 atau 4 yg guna pampers..bayangkan…diorang pun nak pakai produk halal tapi tak mampu.camana?kata halal untuk semua….HARAP HPA PERTIMBANGKAN…….

pada pendapat saya, harganya tidak lah mahal jika dibandingkan dgn jenama yg pampers terkenal di malaysia . contohnyer jenama mxxx pxxx untuk size L , 38 keping sudah mncecah rm30 ke atas..

assalamualaikum…
saya rasa harga lampin agak mahal. terutama bagi yang kurang berkemampuan. mereka juga mesti nak menggunakan barang yang halal tapi macam mana kalau mereka tak mampu nak beli? bagi yang berkemampuan tak payah cerita la….harap dipertimbangkan. lagipun lampin ni boleh recycle ke?

hrganya agk mhl tp ok lgi la cuma klu boleh turun kan sikit harga tu lg ok…lgi satu setahu sy diapers yg da di pasaran diperbuat dari sebuk kayu yg telah diproses mcm tuala wanita.adakah diapers hpa ni menggunakan bahan yg sama @ kapas 100%…kita semua mahu yg t’baik tuk ank2 kita

Bagi saya patut HPA kurangkan sikit harga dan kurangkan NM pada produk ini. Harga mahal msti HPA ada rasionalnya spt : bahan mentah dibeli dgn harga mahal (pengeluar bukan Islam monopoli harga) dll…

kalo di bandingkan dgn m*** P*** mmg la pampers hpa ni terasa murah…tapi kalo dibandingkan dengan Dry**** atau pon Hug**** agak mahal lah… sebagai ahli saya tidak harap harga di turunkan sehingga murah yg melampau.. tp kalau dapat harga yang ditetapkan setara dengan harga pampers yg kebanyakan orang berpendapatan sederhana pakai dh cukup memadai dan sgt bersyukur…. harap di pertimbangkan

Salam…saya melihat harga lampin ini jauh lebih mahal dari lampin berjenama yang amat terkenal dipasaran…bgaimana kita hendak menggunakan product tempatan yang jauh lebih mahal dari product asing…saya harap sebelum kita meletakkan sesuatu harga hendaklah kita melihat harga pasaran semasa product yang ada persamaan tetapi jauh lebih mempunyai harga berday saing dipasaran…terima kasih

salam, saya juga tunggu diapers hpa ni..tapi saya juga rasa ia mahal. semestinya saya juga pilih diapers yg berkualiti baik sebelum ni. tapi selalunya utk diapers dipasaran skrg saya akan borong byk bila ada offer baik…takde la beli time harga biasa mmg mahal..Tak rugi kalau hpa turunkan harga pun pasal memang baby kami akan pakai juga nak tak nak pun…kesedaran utk guna produk halal pn tinggi..barang cam ni wajib dah parent beli…sehari pun dah 3-4 keping…itupun kalau perut baby tak byk ragam…kalau meragam lagi banyak pakai..ia satu keperluan..mana ada masa nak basuh kain lampin….jadik mmg nak beli pun..cuma perlu harga yg lebih sesuai.tolong pertimbangkan ya.

satu lg….kenapa terdapat jurang NM yang agak ketara?kenapa tak letak NM 30 ke?berbaloi la juga dgn harganya.percayalah,produk lampin ni boleh menyaingi produk kopi HPA.TURUNKAN HARGA SECEPAT MUNGKIN………CEPAT ANAK SAYA TAK SABAR NAK PAKAI JENAMA HPA.

salam… bulan lepas saya mengunjungi HPA cawangan utk membeli produk nie, tp jurujual kater kesemua produk nie telah dipulangkan kepada HQ atas sebab HQ suruh pulangkan balik produk nie, boleh saya tahu x kenapa produk nie ditarik balik dari terus dijual..

Kalau nak murah (jimat sikit), jadilah ahli HPA.

Bayar lebih tu, niatlah jihad di jalan Allah. Pampers dapat, pahala pun dapat. Jgn pikir dunia je. :)

Wassalam.

turun kan harga dgn segera, standartkan dgn harga semasa. gerenty lain brand takde sale.
dan HPA lagi untung. cuba

kilang lampin ni kat mana”’

Assalamualaikum..

Saya berpendapat lampin bayi ini agak mahal kerana golongan yang berpendapatan rendah sudah tentu tidak dapat membeli dan berfikir dua kali sebelum membeli.

Bagi saya, pihak HPA kalau boleh memberi harga yang standard yang banyak terdapat dipasaran supaya umat Islam berkemampuan membeli barang2 HPA. Ada disegelintir orang bukan Islam amat berminat dengan barang keluaran umat Islam diamana mereka lebih mempercayainya.. Oleh itu, apabila harga produk berpatutan semakin ramai akan membeli bukan sahaja Umat Islam dan jugan bukan Islam.

Sekian.

Isteri saya ahli HPA. Pertama sekali megetahui ttg keluaran lampin hpa saya berhajat membeli untuk anak saya. tapi apabila melihat harga yang terlalu tinggi dari lampin yang saya guna berjenama Huggies maka terpaksalah membatalkan niat saya untuk membeli lampin keluaran hpa. Harap pihak berkenaan menurunkan harga untuk ekonomi umat islam. jangan pentingkan keuntungan semata-mata.

mcm penah tgk je lampin ni?..ambik kat kilang mane ye(comfirm x bgtau nyer ;p..).. mmg mahal pon.. kalau x nak pakai DD boleh bertukar kpd CD..jimat boleh pakai smp 3 thn.. HPA x nak buat CD ke??..

salam, bila HPA akan keluarkan pad wanita (jenis biasa, herba, pantiliner).. ramai yang x sabar untuk membelinya. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: