Dunia Herba HPA

Jangan Tertipu Dengan Kopi Radix Palsu!

Posted on: 17 Jun, 2009

Salam ukhwah ahli HPA sekalian,

Kali ini kita digemparkan lagi dengan Kopi Radix palsu. Berita ini diperolehi dari sebuah blog komuniti HPA. Selepas isu Kopi Radix palsu yang ditiru bulat-bulat sebelum ini, timbul lagi isu baru yang mensabitkan nama Radix. Dek kerana populariti jenama Radix, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengeksploitasi jenama ini untuk kepentingan sendiri bagi meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Kita berasa sungguh kesal dan marah dengan kejadian ini.

Kepada ahli HPA yang terjumpa dengan kopi “Master Radix” ini, sila buat aduan kepada HPA. Diharap HPA akan bertindak sesuatu ke atas pihak terbabit seperti saman atau sebagainya kerana diketahui jenama Radix telah menjadi hakcipta terpelihara HPA.

Ini beritanya:

Assalamualaikum.

Apa khabar saudaraku. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan dgn perkataan “RADIX”. Pada 4 Jun 2009 saya ke sebuah restoran di Tg Rambutan utk makan.  Seperti biasa kopi Radix adalah minuman biasa yg saya minum di kedai tersebut.

Apabila minuman sampai, saya pun minum seteguk. Wah rasanya tidak spt kopi Radix yg biasa. Lalu saya pun bertanya kpd empunya kedai tersebut. Beliau mengatakan yg kopi radix telah ditukar kpd packing yg baru (disebabkan oleh berlakunya kopi radix tiruan, lalu HPA telah menukar packing supaya tidak boleh ditiru).  Saya pun mintaklah dgn tuan punya kedai nak tengok packing baru yg dinyatakan tu.  Manalah tau mmg betul HPA dah tukar.

Saya berasa terkejut apabila melihat packing kopi Radix tersebut. Apabila ditanya siapakah yg membekalkan kopi tersebut, dia pun tak tahu. Katanya Cina yg hantar kat dia. Kilangnya bertempat di Taiping Perak. Macam-macam bangsa Cina lakukan utk menjatuhkan produk org Islam kita. Yg sedihnya org Melayu kita yg menjadi mangsa penipuan mereka.

Wallahualam.

Sama-sama kita tentang habis-habisan…
Sumber: http://hpakpt.blogspot.com/ . Ini gambarnya:

Ini pula kenyataan dari Pengurus Besar Al-Wahida Marketing. Dipetik dari blog beliau:

SALAM SERIUS SELURUH WARGA HPA,

Seorang taukeh cina yang tidak bertanggung jawab telah menciplak jenama RADIX. Taukeh tersebut telah menggunakan nama MASTER RADIX. Kini terdapat di Perak, Kelantan dan Terengganu.

Mari kita perangi mereka ini dengan;

1. Maklumkan pada semua warung, kedai makan, runcit bahawa KOPI MASTER RADIX adalah palsu.
2. Minta mereka jangan jual kopi tersebut.
3. Maklumkan pada cawangan terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Ayuh mari berjihad pertahankan produk Muslim…

Advertisements

4 Respons to "Jangan Tertipu Dengan Kopi Radix Palsu!"

“tak minum isteri marah”
kahkahkahkahkah.. aparaaaa..
Syabas pd org kita yg prihatin tu.

Saya adalah ahli baru dalam HPA.

Sekalung tahniah kepada orang kita yang peka itu.

Persoalan saya adakah pihak HPA mempunyai cap Tanda Dagangan(Trade Mark)sebagai harta intelek keatas Lambang, Jenama dsb supaya tindakan undang-undang boleh diambil seperti KFC menggunakan undang-undang meminta RFC menukar warna restoran.

salam
minta pihak pengurusan HPA ambil serius sgt permasalahan ini.sementara masih awal lagi permasalahan ini berlaku eloklah diambil tindakan sewajarnya.bimbang nanti setiap kali ada produk islam (yg betul-betul islami) diperalatkan oleh pihak-pihak laknatullah. yg nak menjatuhkan islam secara perlahan-lahan dari segenap sisi..

katakan lah pihak laknatullah tu buka web ni dan ambil langkah atau ada mcm-mcm rancangan dan strategi macam mana? sedangkan kita tak buat apa-apa.. macam mana? mcm mana.. mcm mana nk gemilangkan islam…
risau tak…aku sgt risau

Tauke kntin di pejabat saya (beragama Islam) di Ipoh turut jual Radix Master ni..saya dh mklumkan kpd mereka yg kopi ni kopi ciplak… Org Islam sendiripun tak peka dgn keadaan ini…sggup bersengkokol.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: