Dunia Herba HPA

Isu Larangan Belian Atas Nama Agen Stok

Posted on: 23 Jun, 2009

Berikut ini ialah rangkuman kenyataan tentang isu larangan pembelian atas nama agen stok yang telah dikuatkuasakan oleh HPA.

1. Kenyataan Rasmi GM Al-Wahida Marketing Bertarikh 12 Jun 2009

Salam seluruh warga HPA malaysia.

Setelah surat arahan di keluarkan mengenai larangan pembelian menggunakan agen stok, saya mendapati ramai rungutan yang mengatakan kenapa arahan ini di keluarkan.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari saya:

1. Kita mendapati kebanyakan agen stok menghantar lewat laporan kerana terpaksa menunggu invois pembelian dari pengedar yang membeli atas nama mana-mana agen stok. Ini menyulitkan kerja di bahagian MIS. Bila berlaku apa yang dikatakan “sistem tukar invois”, maka akan berlakulah banyak kesilapan dan akhirnya kita menerima terlalu banyak rungutan dari peserta PBC yang tidak mendapat bonus.

2. Sebahagian besar agen stok termasuk juga pusat jualan didapati tiada stok yang sepatutnya, sebaliknya menggunakan stok cawangan dan mengarahkan staff cawangan membuka invois bagi pihak mereka.

3. Bagi pengedar yang terlibat dengan PBC, boleh membeli dalam jumlah berperingkat di mana-mana cawangan atau agen stok bagi mencukupkan 300NM.(tidak perlu membeli sekali gus). Tidak timbul perlu menggunakan hanya satu agen stok.

Sehubungan dengan itu, saya berharap semua agen stok seharusnya memiliki stoknya yang tersendiri dan tidak hanya berperanan menggunakan mereka yang datang membeli di cawangan.

GM amat berharap selepas ini tidak akan wujud apa yang dikatakan “agen stok atas angin” dan hanya mengambil kesempatan untuk meraih bonus jualan stok.

2. Sambungan Kenyataan GM Al-Wahida Bertarikh 13 Jun 2009

Terima kasih pada tuan/puan yang menelefon, SMS, email dan melakukan komen dalam blog saya.

Sebenarnya apa yang HQ lakukan adalah semata-mata untuk mengurus tadbir perjalanan pengurusan syarikat. HQ tidak ingin agen stok yang banyak di negara tetapi tiada stok.
Ada yang mengatakan larangan sebelum ini merumitkan peserta PBC adalah tidak benar sama sekali.

Bagi pengedar yang hendak maintain nilaimata PBC:

1. Boleh beli di mana-mana cawangan dan agen stok sebanyak NM 300 bila-bila masa dalam bulan yang sama dan dapatkan salinan invois.

2. Sebelum menghantar borang pink dan salinan hendaklah difotostat terlebih dahulu borang pink dan salinan invois sebagai bukti salinan.

3. Borang pink dan salinan invois tersebut boleh di pos sendiri atau dikirim melalui cawangan.

Mengenai sesiapa yang ingin memohon sebagai agen stok khususnya Pusat Jualan, GM telah nyatakan lebih awal dulu bahawa seseorang yang berhasrat menjadi pusat jualan perlu melihat kepada beberapa faktor dan diantaranya adalah kekuatan rangkaian dan memudahkan rangkaian khususnya mendapatkan produk disamping melayan di luar rangkaian.

Kekuatan Pusat Jualan tidak boleh bergantung pada rangkaian luar semata-mata. Bonus Jualan Stok tidak boleh diharap menampung kerani, letrik, api, air, minyak, sewa dan sebagainya.

Mengenai isu “bonus agen stok atas angin” adalah suatu realiti tidak sihat berlaku dikalangan agen stok. GM sendiri melihat sebahagian besar agen stok yang melakukan tindakan sedemikian.

Jadi sesuatu yang tidak sihat kita wajar rawati dan semasa rawat semestinya ada yang merasai kesakitannya. Namun penderitaan tersebut tidak akan parah selamanya. Keadaan akan kembali kepada normalnya.

Perjuangan tetap diteruskan walau dalam apa keadaan sekali pun….

3. Sambungan Kenyataan GM Al-Wahida Bertarikh 15 Jun 2009

GM sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan nama agen stok semasa pembelian barang adalah di larang sama sekali. Saya mengingatkan staf cawangan supaya mematuhi arahan tersebut.

Kepada para peserta PBC, disini cadangan bagi penyelesaian masaalah tersebut;

1. Pembelian yang dilakukan di cawangan oleh pengedar pada bulan sebelum hadir ke PBC adalah diambilkira sebagai pembelian bersyarat untuk melayakan beliau naik pangkat.

Contoh – A masuk PBC bulan Jun 09. A dah buat pembelian 150NM pada bulan Mei09 di cawangan dan menerima bonus sebanyak rm15.00. Lalu A membuat pembelian lagi sebanyak 150nm pada bulan jun09 dan ini akan melayakannya menerima bonus RM30+BPS serta berpangkat PLX. Kita cuma benarkan tempoh dua bulan pembelian 300NM biarpun berapa kali pembelian. Ini akan menyelesaikan banyak masalah. rungutan pemimpin cuma sebab tak boleh simpan, kalau beli di cawangan dianggap sebagai simpanan semua masalah boleh selesai.

2. Kalau lepas masuk PBC pada bulan Jun 09 baru A membuat pembelian – contoh 100nm pada bulan jun, A akan terima bonus RM10.00 untuk bulan jun. Pada bulan julai A perlu buat pembelian pula sebanyak 200nm dan menerima bonus rm40+BPS.

Apa yang penting peserta PBC perlu menghantar borang PINK dan salinan invois yang membuktikan telah mengumpulkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan. Sila pastikan salinan invois di fotokopi untuk simpanan rekod peribadi.

Saya rasa ini satu perkara yang praktikal untuk dilakukan dan boleh menyelesaikan masalah di kedua2 belah pihak. Isu yang berbangkit bukannya pembelian 300NM dalam satu invois tetapi bagaimana mengumpulkan 300NM kedalam satu bulan.
Selepas kenyataan ini GM berharap tiada lagi permasalahaan akan timbul.

INFO TAMBAHAN: KEPADA SEMUA PENGEDAR YANG INGIN MENDAPATKAN PENYATA BONUS BULANAN SECARA EMAIL SILA HANTAR ALAMAT EMAIL ANDA PADA awm.mis@gmail.com

4. Sekilas Pandang Mengenai Isu Larangan Belian Atas Nama Agen Stok-GM Al-Wahida

Salam semua sekali para warga HPA Malaysia;

GM berharap isu ini dapat di fahami dengan jelas dan positif. GM telah merujuk hal ini kepada Panel Syariah dan Pengarah Urusan sebelum ini.

Kita renung kembali kenapa PBC itu di laksanakan suatu masa dulu. Diantaranya adalah satu jalan pintas kenaikan pangkat yang kalau cara biasa adalah pengumpulan 1501NM timbunan berkumpulan tanpa had aras dan waktu.

Tujuan PBC adalah untuk melahirkan sebenarnya usahawan yang sukses. Seseorang usahawan perlu dipersiap dan mempersiap diri mengubah cara kerja dengan menyertai program PBC serta melengkapkan 300NM dalam waktu 2 bulan.

Namun sebahagian para pemimpin yang melakukan mungkin niat yang baik dengan membenarkan bakal peserta PBC mencukupkan 300NM mengikut sesuka hati malah ada yang sampai lebih dari satu tahun. Setelah mencukupkan 300 NM, maka peserta tersebut di tawarkan menyertai PBC.
Suka GM ingatkan bahawa kalaulah cara ini di biarkan berterusan maka akan lahir peserta PBC yang tidak berkualiti. Kita ingin lahirkan kepada mereka yang benar serius mahu jadi usahawan.

Sehubungan dengan ini saya memberi peringatan kepada seluruh PJS supaya mematuhi keputusan tribunal dan mempositifkan segala keadaan.

Sumber: http://gmalwahida.blogspot.com/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: