Dunia Herba HPA

Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad Kali Ke-3

Posted on: 23 Jun, 2009

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 Koperasi Wahida HPA Berhad, 20 Jun 2009

Alhamdulillah.. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 Koperasi Wahida HPA Berhad bertempat di Hotel De Palma Ampang pada 20 Jun yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai 63 daripada 70 orang perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.

Mesyuarat telah di rasmikan oleh En La’anain bin Hj Jamil selaku Pengarah SKM Negeri Perlis, En La’anain dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KoWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan menjangkakan bahawa koperasi ini dilihat sebagai sebuah koperasi yang cukup tinggi potensinya.

KoWAHIDA berjaya mencatat keuntungan pada tahun berakhir 2008 sebanyak tiga kali ganda berbanding pada tahun sebelumnya iaitu hampir 1 juta ringgit keuntungan. Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Lembaga pada kali ini pula menjangkakan keuntungan sebanyak 5 juta ringgit bakal diperolehi pada tahun berakhir 2010.

Pengerusi, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah.

Mesyuarat telah pun mengisytiharkan dividen sebanyak 14% bagi modal saham berakhir 2008 kepada anggota dan barisan baru ALK juga telah di lantik. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.

AHLI LEMBAGA KOPERASI SESI 2009/2010

1-Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)
2-Azizan bin Ahmad (Setiausaha)
3-Mohd Rosli bin Abu Bakar (Bendahari)
4-Hafidzan bin Faudzi
5-Ismail bin Othman
6-Fisal bin Ahmad Tajuddin
7-Abdul Ghani bin Hussein
8-Khalid bin Iskri
9-Ramly bin Ahmad
10-Zambri bin Othman
11-Rashidah bt Abd Rahim
12-Siti Zawiah bt Abd Rahman
13-Zaharah bt Yusoff
14-Nor Bee bt Ramli
15-Norhaida bt Ramli

Sumber: http://kowahida.blogspot.com/

Berita Berkaitan:

Koperasi Wahida Sah Keluarkan Dividen 14% dan InsyaAllah 20% Pada Tahun Hadapan

Salam pada seluruh warga HPA, khususnya para ahli Koperasi Wahida Berhad. Kali pertama kita telah mengisytiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua baru-baru ini kita telah mencadangkan sejumlah 14% dan insyallah akan di sahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM). Saya mensasarkan tahun hadapan dengan plan membesarkan projek sedia ada dan projek baru, insyallah mampu mencecah sehingga 20%.

Diantara projek baru yang akan dilaksanakan adalah:

1. Pembukaan beberapa RFC di Lembah Klang.
2. Usahasama dengan Halalgel
3. Usahasama mengembangkan perniagaan HPA dengan para Pengedar HPA. (Jual beli produk dalam jangkawaktu tertentu dengan jaminan bonus). LANGKAH AWAL MISSI BANK WAHIDA.
4. Pengembangan projek Insuran berasaskan Takaful.

Sumber: http://gmalwahida.blogspot.com/

Advertisements

2 Respons to "Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad Kali Ke-3"

Salam, nak tya pengiraan dividen kali ini adalah berdasarkan pelaburan dr bila sampai bila?
Terima Kasih.

Bagaimana kaedah maupun formula pengiraan Pelaburan, Keuntungan, Dividen dan sebagainya yg digunapakai oleh pihak Ko-Wahida HPA ini? Saya sentiasa mewara-warakan Pelaburan di Ko-Wahida terhadap Masyarakat Umum tetapi tidak tahu tentang Kaedah Pengiraan secara mendetail.

Tidak pernah mana satupun Syarikat MLM Konvensional Bumiputera Islam yang begitu banyak memberi Peluang dan Ruang Perniagaan, Simpanan, Pelaburan Kewangan, Pelaburan Kesihatan, Perlindungan Takaful terhadap Masyarakat Islam terutamanya.

Semoga saya lebih banyak mendapat Informasi terkini demi perjuangan kita bersama dalam HPA.

Awang Kelana bin Awang Hassan
Kelab Pemimpin HPA Sarawak

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: