Dunia Herba HPA

Hotel El-Zahraa Inn Telah Dibuka

Posted on: 26 Julai, 2009

Hotel El-Zahraa Inn

Hotel El-Zahraa telah pun beroperasi secara rasminya. Tepat jam 11.00 pagi 21 Julai 2009, Hotel El-Zahraa telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Haji Ahmad. Sebelum itu, diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

Kakitangan Hotel El-Zahraa Inn

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Hotel El-Zahraa Inn

Kemudahan dalam bilik :-

  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini/Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/sejuk
  9. Seterika/papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat

Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

Advertisements

8 Respons to "Hotel El-Zahraa Inn Telah Dibuka"

Alhamdulillah Tahniah!

Berapa harga bilik2nya?

Salam,
Tahniah juga daripada saya.
Memang sepatutnya harga bilik dicatatkan senang lah orang nak buat pertimbangan. Saya dah talipon dan diberitahu harganya ialah Rm90, RM100 dan RM120.. agak murah berbanding kualitinya.

insyaaAllah saya akan menginap nanti.Harap pihak hotel update website ini, masukkan waktu check in-check-ouk. Kalau boleh tu check out lepas zohor tak macam hotel biasa check out 12 thgr.TQ.

ye la berapa harga bg setiap bilik, ada diskaun ke utk ahli?

Assalamualaikum.. mohon keizinan utk sy membuat sedikit pertanyaan..
bleh sy tau brapa harga utk ketiga2 jenis bilik yg di tawarkan???beserta gambar bilik2 tersebut…
memandangkan minggu hadapan sy “outstation” di Sungai Petani, Kedah lbh kurang smggu ia memberi sedikit kesulitan utk dapatkan penginapan yg murah dan selesa serta lengkap kemudahan..berdasarkan apa yg sy baca di atas, sy tertarik utk menginap di sini tetapi tidak tahu harga bilik2 yg ditawarkan..
oleh yg demikian sy ingin tahu harga bilik & sebolehnya gambar bilik2 tersebut sebelum membuat tempahan..harap pihak tuan dapat membalas persoalan ini beserta gambar bilik2 tersebut di alamat email sy..

tahnia, lepas nie buka d kota bharu la plak yea huhu

Salam, saya setuju dengan malique, saya tinggal di Jitra, so kalau di SP jer rasanya tak berapa berbaloi nak tinggal di hotel ni, kalau di Kelantan tu memang setuju sangat, atau pun di Cameron Highland, sebab kat CH tu susah sangat nak dapatkan hotel islamik ni…saya suka melancong ke CH ni…terima kasih. Wasallam.

assalamualaikum,
tahniah hpa,diharap pihak hpa membuka cawangan hotel di johor bahru,disamping harganya yg berpatutan,salah satu hotel yang mempunyai ciri-ciri islam.diminta juga sediakan lebih banyak info mengenai hotel ini dgn lbh teperinci

Assalamualaikum,

Tahniah HPA, dan saya seronok dapat tinggal walau satu malam di El-Zahraa (28/5/2010). Biliknya kemas, bersih dan selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Diharap dapat kekalkan layanan, kebersihan dan kekemasannya sampai bila-bila. Sila lengkapkan website seperti hotel-hotel yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: