Dunia Herba HPA

HPA City RM100 juta di Shah Alam

Posted on: 22 Ogos, 2009

HPA City RM100 juta di Shah Alam

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Sumber: Harian Metro, 21 Ogos 2009

Advertisements

5 Respons to "HPA City RM100 juta di Shah Alam"

Wah, best ni. Semakin berkembang HPA. Pembukaan di Klang Valley mungkin akan mengembangkan lg HPA.

Tahniah! Inilah berita hebat yang orang di Lembah Kelang tunggu2kan.InsyaAllah semuanya jadi kenyataan.

SUMUGA HPA MENJADI CONTOH PENIAGA BUMIPUTRA YANG LAIN.PEMBUKAAN CAWANGAN DLEMBAH KLANG AMAT DIALUKAN SEPAYA MEMBUKA MATA PENGUSAHA BUKANBUMI BAHAWA HPA BOLEH LAKUKAN UTK BUMIPUTRA DAN MENJADI IKUTAN PENGUSAHA BUMIPUTRA YG LAIN, SEMUGA AKAN MEMONOPOLI EKONOMI PERNIAGAAN DMALAYSIA.TAHNIAH.KITA RAMAI DARI MEREKA, KITA BOLEH LAKUKAN.

sallam,,
..tahniah..best n suka sgt…semoga HPA berkembang dgn pesat!!!
seronok rasa nyer,, dekat lah sikit..
mari kita berramai..menggunakan barangan HPA..

Tiada kata-kata melainkan kesyukuran kepada Ilahi melihat berkembangnya perniagaan MLM HPA dan penigkatan mutu produk disamping kepelbagaian produk makanan harian kepada umat Islam.Selamat berjaya kepada HPA City Shah Alam. Mercu tanda baru kebangkitan ekonomi umat Islam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: