Dunia Herba HPA

RFC Akan Dibuka Di Indonesia

Posted on: 5 Mac, 2010

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Harian Metro, 24 Februari 2010: RFC Dibuka Di Indonesia

HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.
Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.

RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.

Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

Advertisements

1 Response to "RFC Akan Dibuka Di Indonesia"

Salam, saya sebenarnya begitu terharu tetapi amat berbangga dengan kejayaan HPA. Mungkin saya terlambat tahu mengenai HPA tetapi sejak pertama kali mengenali HPA sehingga kini saya insyaAllah ingin dan akan memberi sokongan penuh terhadap HPA. Seperti yang kita sedia maklum, isu HALAL yang melanda negara terutama dalam industri pemakanan sangat-sangat membimbangkan. Secara peribadi, saya berpendapat sebenarnya inilah punca utama yang mendorong kepada masalah-masah sosial remaja, keruntuhan akhlak dan kemusnahan iman dalam diri umat Islam di Malaysia. Masalah ini perlu kita bendung segera dan perangi habis-habisan dajjal ini! Saya percaya HPA boleh membantu dalam perkara ini. Dengan wujudnya rangkaian restoran-restoran halal, produk-produk halal yang bermutu dan bermacam-macam lagi. Namun saya ada sedikit rasa kecewa kerana rangkaian restoran HPA hanya terdapat di Alor setar..kalau boleh, sebelum rangkaian luar ditubuhkan, mengapa tidak diaturkan strategi untuk tubuhkan cawangan rangkaian restoran RFC misalnya di setiap negeri/bandar di negara kita? Saya yakin, pasti sambutan mengalakkan selain kami Umat Islam mempunyai Alternatif lain untuk menikmati ‘Ayam goreng itu’ tanpa rasa ragu-ragu. Mungkin Kertas kerja perlu di usulkan pada pihak berwajib bagi mendapat sokongan mahupun pembiayaan atas niat suci ini. Doa saya, semoga HPA akan bertambah maju dan maju setiap hari di persada perniagaan ini. Diharap, HPA tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi sentiasa terus-terusan mengutamakan Agama dan Sunnah demi membantu umat islam seantero dunia. InsyaAllah..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: