Dunia Herba HPA

Konvek di Malaysia, Milad di Indonesia Bakar Semangat

Posted on: 13 Januari, 2011


HPA Hargai Pengedar Di Malaysia dan Indonesia

10 Januari 2011: DUA program mega awal tahun ini bakal menjadi peledak kepada penguasaan perniagaan syarikat pelbagai peringkat (MLM) berasaskan syariah, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) di Malaysia dan Indonesia.

Program menghargai pengedar, Milad Indonesia pada 16 Januari ini di Sport Mall, Kelapa Gading, Jakarta dan Konvek Malaysia di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Februari depan bakal menjadi pembakar semangat kepada hampir satu juta ahli HPA di kedua-dua negara itu menggempur produk syarikat berkenaan.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, Konvek dan Milad adalah program tahunan syarikat berkenaan yang terkenal dengan produk jenama Radix untuk menghargai pengedar mereka. Menurutnya, pada majlis itu, pelbagai insentif diberikan kepada pengedar cemerlang dan melepasi sasaran syarikat, sekali gus menerima ganjaran dijanjikan. “Program ini bagi menghargai sumbangan mereka terhadap pencapaian syarikat pada tahun lalu. Ini kali kedua PICC dipilih sebagai lokasi di Malaysia selepas 2007 manakala pada 2009, Konvek diadakan di MAEPS, Serdang,” katanya.

Antara insentif sebelum ini adalah ganjaran wang tunai, kereta, pakej haji dan umrah selain pakej pelancongan dalam dan luar negara hingga ke Sepanyol dan Australia. Bagi program Konvek dan Milad kali ini, ganjaran diberikan dijangka menarik berdasarkan perkembangan HPA kebelakangan ini.

Mengenai operasi di Indonesia, beliau berkata, HPA kini semakin berkembang pesat di negara jiran itu dengan pembukaan lebih banyak cawangan selain penghantaran produk yang sebelum ini tidak ada di republik berkenaan. Katanya, terbaru, enam jenis herba berbentuk softgel dihantar ke Indonesia. “Penerimaan masyarakat Indonesia terhadap Kopi Radix juga luar biasa,” katanya.

Selain Kopi Radix, HPA terkenal dengan produk herba selain restoran makanan segera berasaskan makanan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Pizza House, Radix Bakery House dan Radix Oriental Cuisine.

(http://www.hmetro.com.my/articles/Konvek_Miladbakarsemangat/Article/)

Tiket KONVEK HPA 2010 yang akan diadakan di PICC pada hari Sabtu 5 Feb 2011 sudah dijual mulai sekarang. Sila dapatkan segera daripada semua PJS di Komuniti anda dengan harga RM50.00 sahaja (termasuk makan, cabutan bertuah dan tuntutan hadiah).

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: