Dunia Herba HPA

HPA sertai MIHAS 2011 dan Forum Penyelidikan Halal Sedunia

Posted on: 4 April, 2011

HPA amat komited memperjuangkan Produk Halal sebagai Tanggungjawab Bersama. 10 wakil HPA hari ini menghadiri Forum Halal Dunia (World Halal Forum) yang dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. HPA juga menjadi ‘event sponsor’ untuk World Halal Forum.

HPA akan turut menyertai Pameran Halal Sedunia yang dikenali sebagai MIHAS 2011 di KLCC bermula hari Rabu ini 6 April 2011 dan akan berakhir pada 9 April 2011 (Sabtu).

Semua warga HPA dijemput menghadirinya. Booth HPA berada di dewan C iaitu C93 dan C98. 6-8 April untuk mereka yang ada perniagaan (warga HPA cuma bawa business card tanda ada perniagaan atas nama HPA). Hari Sabtu 9 April dibuka untuk orang ramai.

Di samping MIHAS, Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) diadakan di Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC) untuk memberi penerangan yang lebih jelas dan berinformasi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan industri halal dan platform untuk berkongsi idea dan inovasi baru untuk faedah industri.

Kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini.

HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004. Ternyata, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran menerajui industri halal ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)

%d bloggers like this: