Dunia Herba HPA

Set Bersalin HPA

Posted on: 4 Oktober, 2006

setbersalin.jpg

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (4 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Harga :

Semenanjung : RM85

Sabah/Sarawak : RM95

8 Respons to "Set Bersalin HPA"

Berapa harganya?
Gimana cara ordernya?

Pn Maria, harganya seperti tertera di atas. Semenanjung RM85, Sabah/Sarawak RM95. Cara pesanannya, sila hubungi saya sama ada melalui emel muhamadredza@yahoo.com atau call/sms saya, Redza 0193093956. Harga produk yang tertera tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran ditambah berdasarkan berat produk. Penghantaran di dalam kawasan Lembah Klang akan dilakukan secara Cash On Delivery (COD) manakala penghantaran di luar Lembah Klang akan dibuat secara pos laju.

hari ke berapa perlu makan herba rebusan itu

Salam Hussaini, amalkan herba rebusan selepas bersalin mulai hari pertama. Panduan pengamalan herba ada diberikan dalam set bersalin tersebut.

sy nak tahu cara penngunaan set bersalin ini.gune sesudah sahaja bersalin atau ade pd hari2nya.cthnya ubat periuk nk minum pd hari keberapa,begitu jua kapsul tu.xde penerangan terperinci mengenai cara penggunaan

Salam ukhwah semua, DIHARAP ANDA DAPAT BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU http://www.duniaherbahpa.com . SEGALA PERTANYAAN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM. Wassalam.

Salam..sejak menggunakan produk set besalin pada tahun lepas.Syukur Alhamdulillah…ianya dapat membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan,mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak dan mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.Saya dapat rasakan perubahan diri pada tubuh badan dan selepas saja tempoh berpantang(30hari)darah nifas sudah tiada lagi.Terima Kasih HPA :)

Sekiranya saya bersalin tidak secara normal,masih bolehkah saya menggunakan set bersalin ini?

Tinggalkan komen

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)