Dunia Herba HPA

Kismis Minda

Posted by: duniaherbahpa on: 6 Oktober, 2006

kismis-2.jpgKismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:

1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Harga:

Semenanjung RM 10

Sabah & Sarawak RM 12

8 Respons kepada "Kismis Minda"

saya akan cuba…insyaallah

akum…
saya ingin mendapatkan jawapan kpd masalah saya:

1) tlg beri cadangan utk mengempiskan perut (set yg bersesuaian)
2) adakah herba yg blh membantu/meransang saya supaya minum air putih krn saya sgt susah utk minum air.

terima kasih utk jwpn anda….wassalam

Waalaikumussalam Hazlin, cadangan produk HPA utk masalah anda:

1. Pelawas: makan 2 biji pagi 2 biji malam
2. Kopi Radix: minum 2 kali sehari
3. Spirulina: makan 2 biji pagi 2 biji malam
4. Teh Asiatica: minum 1 uncang sehari (2@3 cawan)
5. Barut Berherba: pakai setiap malam, sapu minyak but-but dahulu

Dgn pengamalan Kopi Radix secara berterusan, ia mampu membantu anda utk sentiasa minum air kosong. InsyaAllah.

Makan semua herba 30 minit sebelum makan kecuali gastrik, makan selepas makan. Amalkan makan malam sebelum Maghrib. Kawal pemakanan anda, banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Minum air kosong >8 gelas sehari. Harap dapat membantu.

saya telah mencuba kismis untuk anak-anak saya dan alhamullillah dengan berkat taraf ingatan mereka meningkat. terima kasih hpa

Salam Pn Salinah, terima kasih kerana berkongsi pengalaman menggunakan Kismis Minda HPA. Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan izin Allah. Ini adalah satu testimonial yg baik dan perlu dikongsi bersama. Wassalam.

saya dah membeli nya…baru2 ni, saya check gula saya dalam darah…hanya 2.5, agak rendah.jadi kalu saya dah rasa lain macam ja, terus saya makan kismis MInda HPA.

Cik Ain, amalkanlah Kismis Minda setiap hari. Mulakan dengan bismillah dan selawat 3 kali sebelum makan. Makanlah dengan bilangan ganjil.

assalamualaikum, saya menghidapi risiko menghadapi kencing manis ukuran darah kira-kira 8. Apakah saya boleh makan kismis ini, saya takut akan menambahkan lagi ukuran darah saya.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)