Dunia Herba HPA

Spirumadu

Posted on: 17 Disember, 2006

spirumadu.jpgSPIRUMADU adalah kombinasi Spirulina (Arthrospira platensis) dan Madu Lebah. Produk ini mengandungi Vitamin Semulajadi, Mineral dan Asi Amino yang tinggi. Berdasarkan satu kajian, Anti-oksidan dari beta karoten yang terdapat didalamnya bertindak menghalang atau mencegah penyakit kronik masakini.

Ketinggian kadar klorofil serta khasiat Madu Lebah membuatkan produk ini amat berpotensi membina, membantu dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia.

Antara khasiat SPIRULINA

• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.
• Vitamin B-12, C, D, E dan Zat Besi yang amat diperlukan untuk menguatkan sistem imuniti.
• Membantu mengaktifkan hematopoesis bagi membina hormon erythropoetin – EPO dalam sel darah.
• Menurunkan kadar kolestrol, tryglyceride dan LDL bagi menghalang hipertensi.
• Klorofil yang kaya didalamnya, dapat menyingkirkan logam berat dalam buah pinggang, kesan dari pengambilan ubatan moden (Pharmaceutical Drugs).
• Fikosianin iaitu pigmen biru (hanya pada Spirulina) berfungsi membina imuniti tubuh.

Antara Khasiat MADU LEBAH

Vitamin A
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.
Vitamin B
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).
Vitamin C
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.
Vitamin D
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memanfaatkan keduanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.
Vitamin E
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya ____ lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.
Vitamin K
• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah ___, migrain, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).

Nilai Perawatannya

• Ulser perut
• Gastrik
• Masalah hati
• Ekzema
• Buasir
• Anemia (kurang darah)
• Sembelit
• Nafas dan badan berbau
• Gusi berdarah
• Jangkitan kuman
• Penjana tenaga segera

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 60

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 55

Nilai Mata (NM): 15

22 Respons to "Spirumadu"

Saya berminat untuk membeli barangan dari hpa melalui online. Boleh tuan/puan memberi sedikit ulasan.
Pandangan saya kenapa HPA tidak menjalankn perniagaan melalui online seperti keahlian, jualbeli dsbnya.
sekian dari saya

En Zawawi, anda boleh memesan melalui kami. Sila hubungi En Mirzan (012-2780799) atau E-mail : mirzand@streamyx.com atau mrg0_getter@yahoo.com dan seterusnya nyatakan butiran maklumat seperti berikut:

1. Nama Anda:
2. Produk & Kuantiti:
3. Alamat Penghantaran:
4. Tarikh, masa bayaran & jumlah bayaran:
5. Akaun dimasukkan i.e. Maybank atau BIMB atau CIMB

HPA sememangnya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan secara online. Mungkin semuanya mengambil sedikit masa untuk menuju ke arah itu. Harap bersabar dan mencuba dengan sistem yang sedia ada setakat ini.

adakah produk ini sesuai utk kanak-kanak & bayi setahun

Pn Azlina, produk HPA sesuai diamalkan oleh semua kanak-kanak yg berumur 1 tahun ke atas.

ada tak produk yang boleh menguatkan daya ingatan utk org dewasa?

Salam Cik Liza, cdgn produk HPA utk menguatkan daya ingatan ialah EQ Minda, Mega 3 Kapsul dan Kismis Minda. Selamat mencuba!

terima kasih en redza, en banyak membantu saya didalam menimba ilmu penggunaan produk HPA. Moga Allah merahmati en redza

Assalmualaikum,
bagaimanakah cara pengambilan terbaik bagi spirumadu utk org dewasa.tq

Waalaikumussalam Pn Norhana, cara pengambilan spirumadu:

1. Minum terus 1 @ 2 sudu spirumadu
2. Campurkan 1 @ 2 sudu spirumadu dgn 1 gelas air kosong. Kacau arah lwn jam, minum. Jgn lupa baca bismillah, doa dan selawat 3x.
3. Campurkan 1 @ 2 sudu spirumadu dgn 1 gelas air kosong. Masukkan dlm botol air, tutup penutup botol dan goncang arah lwn jam 300x sambil berzikir. ini adalah cara terbaik.

Amalkan pada waktu pagi dan mlm. Selamat mengamalkannya.

assalamu’alaikum,

Saya sering juga mengamalkan herba HPA tp tak istiqomah. Kali ini saya ingin mulakan semula. Ada mengidap sakit sendi arthritis dan alahan kulit jika makan makanan tertentu spt seafood, mkn berperam, makanan masam dan bergas. Saya pernah ambil spirulina ttp sendi semakin sakit . Saya belum cuba spirumadu lagi apa pendapat pihak tuan?

Salam Pn Latifah, cdgn kami utk masalah anda:

1. Kopi Radix
2. Cosicinum Plus (jika betul anda ada resdung)
3. Omega 3 softgel
4. Paramaria Plus
5. Madu Asli

Selamat mencuba. Wassalam.

akum
adakah produk spirumadu ini sesuai untuk bayi berusia 4 bulan dan bagaimana cara untuk menggunakannya?sebelum ni saya ada memberikan madu asli HPA kepada anak saya ketika berusia 2 bulan.memandangkan madu asli cepat habis saya ingin tukarkan kepada spirumadu.

spirumadu amat berkesan untuk masalah pencernaan saya……..selaim itu saya berasa lebih segar dan sihat.

saya selalu menghadapi masalah asthma dan gastric. setelah minum spirumadu , badan saya menjadi lebih sihat dan bebas daripada penyakit.
Malah, metabolism badan saya meningkat.

Saya menghadapi masalah stress dan tekanan darah tinggi…….setelah mengambil spirumadu, saya lebih tenang dan sihat……badan pun lebih bertenaga

spirumadu amat mujarab……Masalah pencernaan saya telah berkurang setelah saya mengamalkan spirumadu……saya juga menghadapi masalah sakit perut yang kerap…….namun berjaya mengatasinya dengan spirumadu

Salam,
Arahan di botol Spirumadu menyarankan ia disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka. Masalah yang saya hadapi ialah selepas disimpan didalam peti sejuk, spirumadu itu menjadi terlalu pekat dan sukar untuk dikeluarkan dari botolnya. Saya cadangkan ia dibekalkan dalam bekas yang lebih sesuai.

[…] DIkirim oleh go4halal di Disember 4, 2008 Spirumadu […]

slm…bolhkh spirumadu atsi kulit jerwt n kusm?

ASSALAMUALAIKUM…..
Waktu yang paling sesuai untuk minum SPIRUMADU sebelum makan atau selepas makan….??

adakah spirumadu sesuai diminum oleh ibu yang sedang mengandung?

A’kum, anak sy berumur 1 tahun 5 bulan kerap mengalami masalah paru-paru(asma). Adakah produk sprumadu ini sesuai dan berapa kadar pengambilannya yg sesuai.Tq

Tinggalkan komen

PERHATIAN!

*Mulai sekarang, laman blog ini akan berpindah sepenuhnya ke laman web baru iaitu http://www.duniaherbahpa.com . Segala info terbaru tentang produk dan berita HPA tidak lagi diupdate dalam blog ini. Sebarang pertanyaan dan komen juga hendaklah dikemukakan dalam laman web baru. Harap maklum. Sekian, terima kasih-DuniaHerbaHPA

PERHATIAN!!!

DIHARAP ANDA SEMUA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHANTAR APA-APA KOMEN ATAU PERTANYAAN KE LAMAN WEB BARU IAITU www.duniaherbahpa.com . SEGALA KOMEN ANDA DALAM LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DILAYAN. HARAP MAKLUM.

Tanya Online


Muhamad Redza (0193093956)


Mirzan (012-2780799)


Nurul Huda (019-6786881)